Jika anda tidak
mencintai seseorang itu, jangan biarkan dirinya meletak harapan yang tinggi
menggunung kepada anda kerana anda akan hancurkan hatinya yang telah lama
menaruh harapan untuk hidup bersama-sama.
Jika anda cintakan
seseorang itu, anda perlu jujur dan ikhlas bercinta kerana Allah dan bukan
untuk kepuasan nafsu semata-mata.
Jika anda terlalu
cintakan seseorang, jangan terlalu mengawal dirinya sepenuhnya kerana dia akan
terseksa dan menyalahkan cinta.
Jika anda tidak mampu
setia, jangan membuat sebarang janji sesuka hati kerana anda mungkin akan
mungkiri janji dan melukakan hati si dia yang mengharapkannya.
Jika dia bukan milik
anda, jangan memaksanya mencintai anda kerana dia telah bertemu jodohnya.
Jika anda tidak mampu
mengahwini dirinya, jangan mengawalnya seperti anda adalah isteri atau suaminya
kerana dia juga perlukan kebebasan untuk diri sendiri.
Jika anda ingin menolak
cintanya, jangan gunakan kata-kata kesat kerana dia akan membenci diri anda dan
ada kemungkinan dia berdendam terhadap diri anda.
Jika anda kecewa,
jangan salahkan cinta kerana itu ialah jalan cinta yang anda pilih.
Jika anda menangis
kerana cinta, anda merupakan seorang yang setia.
Jika anda cemburu
apabila kekasih anda bersama-sama rakan lelaki atau rakan perempuan yang lain,
jangan terlalu menghalangnya kerana dia akan berasa tersingkir daripada
rakan-rakannya.
Jika anda benar-benar
mencintainya dan tidak mahu kehilangannya, percepatkanlah ikatan yang sah untuk
memilikinya kerana ikatan ini dapat mengelakkan maksiat dan nafsu semata-mata.
Jika dia jodoh anda,
terimalah dirinya sebagai insan yang penting dalam hidup anda walaupun anda
tidak pernah mencintainya kerana cinta akan bermula selepas itu.
Jika dia bukan jodoh
anda, redalah dengan segala ketentuan yang telah ditakdirkan kerana dia milik
insan yang lain.
Cinta sangat indah jika
anda memahami ertinya. Bercinta bukan sahaja sebelum perkahwinan, bercintalah sampai ke hujung hayat. Bercinta
sehingga ke pintu Syurga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan