Aku bahagia walaupun
hanya seketika kerana bagi aku mereka merupakan rakan-rakan yang terbaik dalam
kalangan rakan-rakan yang aku miliki. Aku bersyukur kerana pernah mengenali
diri mereka walaupun hanya seketika.
Rasa rindu tidak
terhingga apabila mereka berjauhan dan tidak kelihatan di hadapan mata aku. Walaupun
seketika, aku telah menganggap mereka seperti adik-beradikku sendiri. Susah
senang kami bersama-sama dan bersatu dalam menyelesaikan pelbagai masalah. Aku
tidak akan melupai insan-insan yang pernah mendampingi aku walaupun hanya
seketika.
Aku bersyukur kerana
memiliki seorang ketua yang yang hebat, bijaksana, bertanggungjawab dan
bertoleransi. Dia merupakan seorang lelaki yang pernah aku kenal. Seseorang yang
pernah memberi semangat kepada aku,hanya melihatnya sahaja. Aku mahu menjadi
sehebatnya.
Tidak lupa juga kepada
sahabat-sahabat yang sentiasa di samping aku. Sahabat yang setia melayani aku
walaupun aku tidak seperti mereka. Hidup dalam kalangan orang yang hebat buatkan
aku rasa bersemangat untuk mencapai impian aku.
Ketika kalian bersedih,
aku turut bersedih. Namun, aku tidak mengalirkan air mata kerana aku cuba tabah
di hadapan kalian. Tetapi aku juga manusia biasa,menangis ialah perkara normal
kerana aku juga mempunyai perasaan.
Saat perpisahan, aku
menangis tanpa henti. Air mata yang aku tahan selama ini tidak mampu ditahan
lagi kerana saat bersama-sama kalian
selama ini buatkan aku gembira walaupun seketika. Saat aku memeluk kalian,aku
rasa tidak mahu melepaskannya. Aku sunyi apabila kalian tiada di sini.
Ketika aku menulis
coretan ini, aku sedang menangis tanpa mengalirkan air mata kerana air mataku
telah kering sejak hari perpisahan kita.
Apabila aku merindui
kalian, aku menulis memori silam aku bersama-sama kalian, aku membaca diari
lamaku, aku melihat gambar-gambar kita dan aku berdoa agar kalian sentiasa
sihat, diberi rahmat dan sentiasa dilindungi oleh Allah.
Andai kata kalian
sedang membacanya. Aku berharap agar
kesilapan lalu dimaafkan. Walaupun kalian jauh di mataku namun memori bersama-sama
kalian tidak akan aku lupakan walaupun hanya seketika.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan