Assalammualaikum
pembuka bicara
salam perkenalan kepada
semua
5 Zamrud empunya seloka
harap anda turut
gembira.
Cantik bergaya berbaju
kurung
wajahnya jelita umpama
puteri
setiap hari pelbagai
gayanya
Puan Nadia guru kelas
kami.
Putera kacak berbaju
kuning
pangkatnya kini amatlah
penting
ketua kelas ketua
pengawas
gelaran disandang
Asyraffullah yang tegas.
Kecil molek si pengawas
kedai
hadirnya kini sebagai
penolong
dihimpitnya ketua di sebelah
kanan
Noor Farhana penolong yang cekap.
Jika ada kanan mestilah
ada kiri
dirinya kecil namun
jangan dicabar
rakan setugas si
penolong kelas
Nurul Hafizah si pengawas
kedai.
Dari MAHAD terbang ke
SMKPP
bertudung labuh ayu
orangnya
sekali teruja fuh!boleh
pecah gelas
Nur Syafillah peminat
EXO.
Pergi ke sekolah
janganlah lambat
ada penunggu di depan
pagar
kalau awal anda selamat
Nur Ain Nazihah
pengawas pagar.
Dahulu orang biasa
kini dia berbeza
berbaju kuning si
pengawas sekolah
Nur Sabrina Izati setiausaha
pengawas.
Kuning bukan sebarangan
kuning
kuning berseri tandanya
ceria
gelak tawanya menghiasi
hening
Fatin Syakillah si
pengawas kuning.
Orang jauh mangsa
banjir
datang ke SMKPP kami persilakan
buat latihan Add Math
digunanya pen
fuh!hebatnya si Iffah
Syafiqah.
Tak padan dengan kecil tubuhnya
bila bergurau
melebih-lebih sekali
diam-diam ubi berisi
itulah dia Nurul Hidayu
kami.
Fuh!bila speaking lancar
sekali
bila menulis tak ada
tanda berhenti
bila membaca terus ke
alam fantasi
Robiatul Aini Aliza
pembahas kami.
Bidang penulisan adalah
minatnnya
bidang lukisan tidak
ditinggalkannya
masa terluang diisi
bidangnya
Nor Zuliana seloka ini
ditulisnya.
Sekian sudah seloka
kami
harap anda terhibur
hati
salah dan silap harap
dimaafi
semoga kita berjumpa
lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan