Aku sering menantikan
mesej daripada dia dan sering mengharapkan dia membalas semua mesej dan whatapp
yang aku selalu hantar. Namun, dia jarang membalasnya. Mesej, whatapp secara
peribadi dan kumpulan, chat dalam facebook atau email, semuanya tidak dibalas.
Walaupun aku tahu perkara itu akan berlaku, aku tetap juga melakukannya.
Setiap kali aku membuka
whatpp, aku akan membuka dan melihat profil dia. Aku sengaja bertegur sapa
dengan dia dalam kumpulan whatapp apabila dia berada dalam talian. Namun, yang
membalas sapa aku adalah beberapa orang rakan yang berada dalam kumpulan
tersebut dan tidak termasuk dia.
Apabila aku merinduinya, aku akan membuka facebook miliknya dan melihat gambar-gambarnya dan keluarganya. Dia jarang mengemaskini facebooknya tetapi dia sering online. Kadang-kala aku tidak faham, kenapa dia tidak membalas chat aku walaupun dia tahu aku sering menghantarnya.
Dia selalu muncul dalam
mimpiku apabila aku merinduinya. Suaranya, wajahnya, senyumannya, gelak
tawanya, gayanya dan cara berjalanya tidak dapat aku lupakan walaupun sudah
sekian lama kami tidak berjumpa. Kadang-kala aku tahu dia akan datang dan kami
akan bertemu di sini. Sememagnya perkara itu berlaku setiap kali gerak hati aku
mengatakan bahawa dia akan ke sini. Walaupun dia tidak melayaniku, aku tetap
rasa gembira kerana rindu aku terhadapnya telah terubat walaupun seketika.
Dahulu dia pernah
melayani aku walaupun seketika. Tetapi kini, dia langsung tidak bertegur sapa
dengan aku walaupun kami berkali-kali bertemu. Aku tidak faham, kenapa dia
boleh membalas whatapp kawan-kawan yang lain dengan segera tetapi dia tidak
pernah membalasnya dengan secepat itu apabila aku yang bertegur sapa dan ingin
berbual dengan dia. Dia tidak pernah melayani aku seperti mana dia melayani
kawan-kawan yang lain.
Apabila orang bercakap
perkara buruk tentang dia, aku cuba mempertahankan diri dia walaupun di hadapan
sahabat baik aku sendiri. Walaupun perkara yang dikatakan itu ada kalanya betul
tetapi aku tetap cuba mempertahankan dirinya. Sahabat aku tidak suka akan
dirinya kerana mereka sering bergaduh apabila mereka bertemu sejak zaman
persekolahan lagi.
Aku tahu siapa dirinya.
Aku tahu kebaikan dan keburukannya. Aku tahu tentang dirinya yang orang lain
tidak pernah ambil tahu. Aku tahu dia mempunyai banyak rahsia. Aku tahu dia
ramai peminat. Aku tahu dia sukakan seseorang tetapi orang itu hanya jadikan
dia batu loncatan untuk melalui alam percintaan dan mereka beransur-ansur
menjadi sahabat kerana gadis itu bersama-sama insan yang lebih dicintainya. Aku
juga tahu dia sedang kesunyian dan aku tahu apa yang difikirkannya setiap kali
kami bertemu kerana aku sering memerhatikanya.
Dia boleh layan orang lain
seperti rakan-rakannya tetapi kenapa dia tidak boleh melayan aku seperti
rakan-rakannya juga? Siapakah aku di mata dia sebenarnya? Kawan, lawan,
penghalang atau orang asing? Selama sepuluh tahu aku mengenalinya walaupun
tidak terlalu rapat dengan dia dan aku pernah cuba untuk mendekatinya walaupun
hanya sebagai seorang rakan sekelas tetapi jarang sekali dia berbual-bual
dengan aku jika dibandingkn dengan mereka yang baru sahaja menjadi rakan
sekelas.
Aku tahu siapa aku. Aku
kenal diri aku. Aku tidak sesuai menjadi rakannya mahupun orang yang istimewa
bagi dirinya. Aku hanya dianggap sebagai seseorang yang jarang wujud dalam
kehidupannya atau cuma halimunan yang berada di dalam kelas itu selama ini.
Aku perhatikannya,
tanpa aku sedari aku terlalu obses tentang dirinya. Aku tidak tahu perfume
jenis apa yang dia pakai tetapi aku cuma dapat cam dia apabila terbau perfume
jenis itu. Tidak hairan kalau aku tahu di mana dia berada walaupun tanpa
memberi salam.
Kami ada persamaan dan
kami ada perbezaan. Perbezaan kami lebih banyak daripada persamaan. Tetapi
disebabkan persamaan yang terlalu sedikit itu yang membuatkan aku ingin
mengetahui tentang dirinya dengan lebih mendalam. Hanya sebab dia sahaja aku
melakukannya kerana bagi aku, dia adalah seseorang yang pernah menarik
perhatian aku selepas aku kehilangan seorang insan yang paling aku cintai sejak
zaman persekolahan lagi.
Seorang insan yang
paling rapat dengan aku sehingga seorang pelajar perempuan itu membuat satu perkara
yang menyebabkan persahabatan kami terputus serta-merta. Hanya kerana pelajar
perempuan itu, persahabatan yang baru dua tahun bermula telah terputus sehingga
sekarang. Insan yang paling aku cintai itu hanya buat tidak nampak sahaja
apabila aku berada di hadapannya dan dia hanya berbual-bual dengan rakan-rakan
yang lain tanpa berbual dengan aku yang telah lama tidak berjumpa.
Kadang-kala aku berasa
geram apabila bertemu dengan pelajar perempuan itu tetapi aku tetap cuba
bersabar kerana perkara tersebut telah enam tahun berlalu. Aku hanya
berpura-pura tersenyum dan mesra dengan pelajar perempuan tersebut apabila kami
bertemu tetapi siapa tahu, dalam hati aku api kemarahan sedang marak membakar
kesabaran ini.
Demi masa hadapan, aku
cuba lupakan kisah silam yang melukakan itu. Dia menjadi pilihan aku untuk
melupakan kisah lama aku bersama-sama insan yang aku paling cintai itu kerana
mereka ada persamaan. Hanya mereka yang boleh menarik minat aku setakat ini.
Sekarang aku rasa sunyi
apabila tiada sesiapa yang melayani diri ini. Hanya aku dan komputer. Menulis,
menulis dan terus menulis segala yang terbuku dalam isi hati aku ini. Tanpa aku
sedari, azan subuh berkumandang. Daripada pukul 8.00 pagi sehingga 6.00 pagi
pada keesokan harinya, aku asyik menulis tanpa rasa lapar dan dahaga tetapi
solat tidak dilupakan. Aku menulis tanpa henti selagi aku ada idea untuk
menghasilkan beberapa karya yang sangat rumit untuk aku hasilkan. Demi janji aku
kepada seorang sahabat, aku akan tunaikan tidak kira di mana dia berada. Jangka
tiga tahun sangat singkat dan aku telah menghabiskan setahun aku untuk
menulisnya sehingga sekarang.
Aku sudah tidak kisah
apabila mereka tidak melayani aku kerana aku tahu siapa diri aku. Aku tidak
memaksa untuk mereka menerima aku kerana mereka juga tidak memaksa aku untuk
menerima mereka. Aku pernah marah,geram dan kecewa kepada mereka tetapi aku
cuba bersabar apabila berhadapan dengan mereka. Aku hanya seseorang yang tidak
berperasaan apabila di hadapan mereka tetapi cuma seorang sahaja yang perasan
tentang perasaan aku yang sebenarnya. Dia tahu aku marah, sedih dan kecewa
walaupun aku tidak pernah memberitahunya dan tidak pernah menunjukan reaksi
wajah sedemikian. Dia adalah sahabat istimewa aku yang pertama kali pernah menerima
kewujudan aku di sisi mereka.
Bagi dia, aku adalah
sahabat, pendorong dan penasihatnya. Aku seorang yang pengecut tetapi
disebabkan dia, aku menjadi berani walaupun tidak seberani dirinya yang sering
berada di atas pentas pertandingan dari dalam sekolah sehingga ke wakil negeri.
Kebanyakkan urusan dia dalam pertandingan dan pelajaran aku yang uruskan supaya
dia tidak terlalu terkejar-kejar sehingga dia rasa tertekan. Aku faham masalah
peribadinya walaupun aku tidak merasainya kerana kami tidak banyak bezanya.
Anak sulung memang perlu uruskan banyak perkara dalam keluarga jika
dibandingkan dengan adik-adik yang masih kecil.
Insan itu, dia dan
sahabatku merupakan inspirasi aku untuk menulis sehingga kini. Mereka sangat
baik dengan aku tetapi itulah kisahnya. Diri ini sedang kesunyian dan sedang
menanti masa untuk merantau ke daerah lain. Merantau untuk mencari ilmu dan
terus berkarya walaupun aku tahu aku bukan orang yang berseni. Aku berdiri di
atas bakat seni walaupun aku bukan pelajar kelas seni. Setiap kali ada pertandingan
seni memang nama aku tersenarai.
Aku hanya tahu menulis
tetapi bukan membaca seperti sajak,pantut,seloka dan sebagainya. Aku terkejut
apabila seorang guru pakar seni telah membuat penilaian terhadap hasil seni
lukisan aku kerana aku telah menganggap seni lukisan aku itu yang paling teruk sebab
aku telah lama meninggalkan seni lukisan sejak tangan aku sakit. Tanpa aku
jangka, aku setanding dengan pelajarnya daripada kelas seni walhal lukisan
mereka lebih bagus daripada aku. Lukisan yang menggunakan pelbagai jenis warna
seperti warna air, cat minyak, arang dan sebabaginya sangat rumit untuk
dilakukan tetapi karya mereka sangat cantik. Jika dibandingkan dengan aku yang
hanya menggunakan warna biasa dan krayon.
Aku tidak mengharapkan
sebarang penghargaan daripada hasil seni aku kerana aku melakukannya untuk
minat aku sendiri. Tetapi jika mereka memberi penghargaan, aku hanya
menerimanya dan rasa bersyukur kerana aku tahu aku masih wujud di dunia nyata
ini walaupun hanya kerana seni.
Berkarya hanya hobi
sahaja dan bukan mahukannya sebagai kerjaya. Selepas sekian lama aku berhenti
berkarya tetapi kini aku kembali berkarya walaupun aku tahu tiada sesiapa
berminat untuk membacanya. Selagi aku ada idea dan mampu menulis dan melukis,
aku akan menerukannya kerana semua itu buatkan aku hilang stress.
Tidak
kisahlah mereka kata, “Tidak penat menulis ke? Tidak bosan menulis ke?” Atau
cikgu kata, “Berhentilah menulis tu. Tidak penat ke sejak saya masuk tadi awak
dah menulis? Saya pula yang rasa stress bila tengok awak menulis,” walaupun
waktu itu aku sedang menulis karangan Bahasa Melayu di hadapan guru ganti itu.
Daripada tidak tahu nak berbual apa-apa dengan cikgu itu, lebih baik aku
siapkan karangan. Kadang-kala aku juga melukis apabila waktu cikgu itu gantikan
cikgu yang tidak hadir ke sekolah dan soalan yang sama juga dia bertanya
sehinggakan sahabat baik aku sorok semua buku dan kotak pensil aku ketika cikgu
itu masuk ke dalam kelas.
Kisah silam aku jadikan
karya,
Masa kini aku jadikan
titik permulaan,
Susah senang aku akan
cuba sehingga berjaya,
Kerana usaha tangga kejayaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan