Rabu, 4 Mac 2015

PERBUALAN : AKU DAN DIRIKU (1)

DALAM PERJALANAN PULANG


Zack : Zulie,JUJ ni kau kena buat yang terbaik tahu.Soalan semuanya lebih kurang sama je.So, kau tunjuk dekat semua cikgu bahawa kau boleh buat yang terbaik untuk Spm nanti.Kalau kau tak tunjuk kebolehan kau sekarang mesti mereka akan kecewa lagi.Kau jangan anggap bahawa P2 yang lepas cukup membanggakan nanti kau menangis pula time SPM nanti.

Zulie : Aku tahulah apa yang aku patut buat.Lagipun P2 tu masih belum cukup membanggakan.Aku nak lebih lagi daripada itu.

Zack : So,kau kenalah berusaha.Jangan asyik nak tangguh-tangguh kerja sekolah je.Baiklah,esok study untuk lusa dan buat latihan sikit,okey?

Zulie:Okey,Fighting!


ESOK MALAM


Zulie : Aku mengantuklah.Pagi esoklah aku study.Pukul 3.30 pagi sempat lagi nak study sebelum sahur.

Zack : Awal betul kau tidur.Sekarang ini baru pukul 9.00 malam.Selalu kau buat kerja sekolah sampai pukul 12 malam pun tak ada masalah.Tapi kenapa sekarang nak study sekejap pun tak boleh?

Zulie : Ni bulan puasa.So,aku rasa letih dan mengantuk sangat.So,jangan kacau aku.Esok aku nak bangun awal.Bye.Good night.

Zack : Woi!Esok nak pereksa.Esok juga kau nak study?Kalau macam ini peninglah kepala aku nak ingat semua tu.Bukan hari ini je,malah setiap hari macam tu.

Zulie : Kepala kau,kepala aku juga.Jangan lupa tu.

Zack : Esok BI lah.Kau tak takut ke?Habislah BI kau kalau kau terus macam ini.Entah-entah aku pun blank juga masa tu sebab tak cukup tidur dan tak ada idea.Wargh!Mimpi pereksa lagi aku malam ini!

Zulie : Relaxlah.Esok semuanya akan okey.Soalan senang je.Aku conform continues writting dapat banyak markah kalau soalan bahagian A tu senang.

Zack : Relax apa?Wei,dah nak tidur ke?Aku tak habis fikir lagi ni macam mana nak buat ayat esok.Apa jenis soalan akan keluar?

Zulie : Tidur jelah.

Zack : ............(dah tidur)



KARANGAN BAHASA INGGERIS BAHAGIAN A


Zulie : Speech?Senang je.

Zack : ....


BEBERAPA MINIT KEMUDIAN


Zulie : Apa benda yang dia nak ni?Soalan kata bekas pelajar yang belajar di Jepun.Lepas tu apa kaitan dengan komuniti masyarakat,organisasi dan entahlah apa benda ni.Macam mana aku nak buat ayat.

Zack : .......

Zulie : Zack,tolonglah aku buat karang bahasa inggeris ini.

Zack : Blank.Aku pun tak faham apa yang dia nak.

Zulie : Tak mungkinlah.Selama ini kau yang buat karangan yang boleh tahan tu pun dah tak ada idea nak buat karangan ini.

Zack : Tak ada.Jawapannya kosong.

Zulie : Habislah aku kali ini.Buat jelah.Ada aku kisah.

Zack : Aku suruh study malam tadi kau tak nak.Pagi ini dahlah bangun sahur pun lambat.Mana nak sempat study.Menyesal ke?

Zulie : Tak menyesal pun.

Zack : Tipulah kalau tak menyesal.Dah,buat karangan tu sendiri.Masa dah nak tamat ni.

Zulie : Yelah.



KARANGAN BAHASA INGGERIS BAHAGIAN B


Zulie : Baiklah.Masa untuk buat bahagian B.Akhirnya,tiba juga masa yang aku nanti-nantikan selama ini.Soalan senang je. “Alice dan ibu-bapanya berada dalam kesusahan....”Rasanya sesuai kalau family dia bankrap atau rumah terbakar atau kena pecat.Baiklah,aku buat rumah dia terbakar lagi senang.

Zack : 15 minit.Kau rasa sempat ke?

Zulie : Sempat lagi.Lambat lagi kan?

Zack : Lambat apa bendanya.15 minit cukup satu perenggan jelah.

Zulie : Diamlah.Aku nak buat karangan ni (bersemangat)


5 MINIT KEMUDIAN


Zack : 10 minit lagi.Kau rasa sempat ke?

Zulie : Zack,tolong aku.Aku rasa macam dah blanklah.Masa pula tinggal lagi 10 minit je.

Zack : Aku tak ada idea.

 Zulie : Kau buat jelah cerita apa-apa pun asalkan siap.Tu pun dah okeylah.

Zack : Apa-apa je?Okey.Alice ya,hmm...Baiklah aku dah dapat idea macam mana nak sambung cerita ini.

Zulie : Bagus aku serahkannya kepada kau,okey.Harap cerita itu nanti menarik.

Zack : Serahkan je kepada pakar fantasi.Semuanya beres dalam masa 10 minit tepat.



10 MINIT KEMUDIAN


Zack : Siap!Nasib baik sempat.Cepat stepler nanti Asyraf nak kutip.

Zulie : Alice in wonderland?Apa benda ni?Ini bukan cerita fantasi Alice la.Ini cerita kesusahan Alice.Siap ada arnab putih dengan lubang besar lagi.Habislah aku kali ini.

Zack : Hantar jelah.Sorrylah.Aku tak baca pun tajuk dia.Just tengok nama ‘Alice’ je aku terus terfikir pasal cerita tu.Hahaha...Bila baca balik rasa macam kelar pula.

Zulie : Ini  bukan masanya nak ketawa,okey.

Zack : Sorry.Lagipun ketua dah minta kertas tu.So,hantar jelah.Okey atau tak kita tengoklah nanti.


Zulie : Reda jelah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan