Ahad, 1 Mac 2015

PUISI : CIKGU MENTARI KEHIDUPAN

Cikgu
Kau umpama mentari yang sentiasa bersinar
Kesungguhanmu adalah semangat kami
Kerana kau adalah gedung ilmu kami
Seperti Saidina Ali.

Cikgu
Cahayamu menerangi hidup kami
Kata-kata hikmatmu sering diingatan kami
Kau pembuka minda anak bangsa
Kau juga perjuang yang berani
Hembusan semangat daripadamu adalah kekuatan kami.

Cikgu
Titisan ilmu darimu tidak kan lupus
Bak air dicincang tak kan putus
Kerana kami masih kehausan ilmu
Dunia dan akhirat.

Cikgu
Kejayaan kami adalah kejayaanmu jua
Jasamu dikenang dan doamu dijulang
Kami pasti merinduimu
Wahai cikgu yang bersemangat jitu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan