Selasa, 10 Mac 2015

LAGU : SENDIRIAN



Malam tanpa rembulan
Aku berjalan sendirian
Tanpa cahaya menerangi kegelapan.

Dalam kegelapan
Tanpa resah gelisah
Aku terus berjalan tanpa cahaya
Menuju ke destinasi nun jauh di sana.

Aku sendirian di sini
Tanpa sahabat tanpa teman
Aku terus menuju ke hadapan
Mencari cahaya untuk menerangi kegelapan.

Langkahku terhenti apabila dia di sini
Sinar cahayanya menerangi
Sepanjang jalan menuju ke destinasi
Sinar cahayanya menyinari
Setiap sudut tanpa kegelapan.

Aku bersyukur kerana dia di sini
Cahaya yang aku cari ada di sini
Aku berharap diri ini tidak sendirian lagi
Kerana aku perlukan dia di sisi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan