Dadah,
Kau bermartabat tinggi
dalam dunia perubatan,
Kau juga pemusnah dalam
dunia penagihan,
Kau bagaikan racun dalam
madu,
Membunuh pencintamu
dalam diam.
Dadah,
Jika dahulu kau adalah
kawan,
Kini kau adalah lawan,
Kau penyebab
generasi-generasi kini,
Kecundang dalam rencah
penagihan.
Wahai generasi muda,
Tajamkan fikiranmu,
Luaskan pengetahuanmu,
Dadah bukan sahabatmu,
Dadah pemusnah dirimu.
Musuhmu jangan cuba
didekati,
Kerana dirimu akan
disakiti,
Hidupmu akan merana
sehingga mati,
Kerana dirimu sukar
diubati,
Kubur juga sedang
menanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan