Tepat detik 10 malam,telefon
bimbit Nokia milik Afiqah akan berbunyi dan itu menandakan mesej diterima.Dia
tidak tahu siapa yang menghantar mesej tersebut kepadanya. Malahan,dia mendapat
mesej itu bukan pada hari ini sahaja tetapi setiap hari pada pukul 10
malam.Beberapa hari yang lalu dia ada bertanya kepada rakan-rakannya tentang
hal ini tetapi tiada sesiapa pun yang tahu.
Waktu pagi di bandar
metropolitan ini sangat sesak dengan kesibukan di jalan raya. Afiqah akan
keluar dari rumah untuk ke kolejnya pada pukul 6.30 pagi pada setiap hari.Hal
ini demikian kerana bagi mengelakkan diri daripada terperangkap dalam kesesakan
jalan raya.
Setibanya dia di
kolej,dia berasa hairan apabila melihat ramai gadis berada di tempat letak
kereta.Ternyata di tempat itu terdapat seorang putera yang menjadi kegilaan
semua gadis di kolej tersebut.Afiqah hanya membiarkan keadaan tersebut
sedemikian dan dia berlalu pergi untuk menempatkan kereta Kancil merahnya di
tempat letak kereta.
Kemudian,dia keluar
dari kereta tersebut dan menuju ke dewan kuliah.Pada masa inilah Afiqah ditarik
oleh seseorang dan orang itu mengakui bahawa Afiqah adalah teman wanitanya.
‘Ha?Apa yang mamat ini
fikirkan?Sejak bila kami bercouple sedangkan berjumpa pun jarang,’Afiqah
terkejut besar tentang pengakuan tersebut.
Para gadis yang berada
di tempat letak kereta itu juga terkejut apabila putera idaman mereka berkata
sedemikian.Mereka merungut dan berasa sedih.Kemudian,mereka berlalu pergi
meninggalkan si putera bersama-sama Afiqah.
“Kenapa Hakim cakap
macam tu?Terkejut,tahu tak.”Afiqah bertanya kepada Hakim sambil mendongakkan
kepalanya kerana Hakim lebih tinggi daripada dia.
“Apa salahnya.Kau
dengan aku bukannya orang asing.Pernah tinggal serumah lagi,kan.”ujar Hakim
sambil menundukkan kepalanya melihat wajah Afiqah yang kelihatan malu.
“Ah,itu pun sebab aku
ni kerja dekat rumah kau kalau tidak aku pun tak ingin nak lepak dekat rumah
kau lama-lama,”ujar Afiqah sambil menyilangkan tangannya di dada tanda protes.
“Tak ingin?Yalah
tu.Bukan kau lagi suka ke kalau tinggal dekat rumah aku.Dapatlah kau tengok
muka kacak aku ni hari-hari,”sakat Hakim sambil mendekatkan mukanya ke muka
Afiqah.
“Kacak apanya?Langsung
tak kacaklah kalau suka kacau orang,”bengang Afiqah lalu mengatur langkah
beredar dari tempat tersebut.
Namun,tangan kanannya
ditarik sekali lagi oleh Hakim sambil berkata, “Kenapa kau tak boleh nak cakap
baik-baik kalau dengan aku? Kenapa dengan lelaki lain kau okey je? Dekat rumah
pun sama.Kau selalu je tak nak layan aku sedangkan aku rasa kesunyian dekat
dalam rumah tu,”dia menyatakannya dengan nada yang sayu.
“Mama dan papa kau kan
ada.Sunyi apa lagi.Lagipun aku ni cuma maid sementara dekat rumah kau je.Kalau
dah dapat maid baru nanti aku berhentilah.Kau pun bukan budak-budak lagi,dah
besar gajah pun.Sudahlah.Aku ada kuliah ni nanti lambat pula,”kata Afiqah
dengan harapan tangannya akan dilepaskan.
Hakim melepaskan tangan
Afiqah dan memerhatikan langkah Afiqah yang meninggalkannya di tempat letak
kereta itu.Dia termenung panjang tanpa berkata apa-apa.
Tiba-tiba,terpancul
satu ayat daripada mulutnya, “Kau langsung tak terfikir ke aku selalu hantar
mesej tu sebab aku sangat mencintai kau?”
Selepas pulang dari
kolej,Afiqah terus ke rumah Hakim untuk menjalankan tugasnya sebagai orang gaji
di rumah itu.Tempat pertama yang dia akan pergi ialah dapur.Hal ini demikian
kerana Hakim akan tanya pasal makanan apabila dia pulang ke rumahnya.
Setengah jam
kemudian,Afiqah telah selesai memasak beberapa jenis hidangan.Tidak lama
selepas itu Hakim pulang ke rumah lalu melemparkan beg sandang dan topinya
sesuka hati.Afiqah yang berada di dapur terus menuju ke ruang tamu apabila
Hakim pulang ke rumah.Dilihatnya beg sandang dan topi Hakim berada di atas
lantai.
“Hakim!Berapa kali aku
nak cakap,jangan buang beg dengan topi kau merata-rata? Letihlah aku kalau kena
cakap benda yang sama hari-hari,”rungut Afiqah sambil memandang tajam ke arah
Hakim yang sedang berbaring di atas sofa.
“Suka hati aku la nak
buat apa pun. Yang kau kisah sangat buat apa?Tak payahlah layan aku yang tak
kacak ni.Pergilah buat kerja dekat sana tu,”rajuk Hakim sambil menutup mukanya
dengan bantal sofa.
“Jangan nak
merajuklah.Pergi makan cepat.Aku dah masak makanan kegemaran kau dekat meja
makan tu.Kalau kau tak habiskan,aku belasah kau cukup-cukup,faham?”tegas
Afiqah.Kemudian, Afiqah mengambil beg sandang dan topi milik Hakim dan
diletakkannya di atas meja pendek di hadapan sofa.
“Tak nak,” bantah Hakim
yang masih berada dalam keadaan tersebut.
“Suka hati kau la. Aku
dah nak balik ni.Ada banyak kerja yang aku nak kena hantar esok.Kalau kau lapar
pandai-pandailah ambil makanan tu sendiri,ya.Assalammualaikum?” Afiqah berlalu
pergi meninggalkan rumah tersebut.
Kini tinggallah Hakim
bersendirian di atas sofa itu.Dia memeluk bantal sofa yang di letakkan pada
mukanya tadi.
‘Adakah dia bencikan
aku?Kenapa dia selalu je marah-marah aku?’ Hakim berfikir sejenak sehingga dia
tertidur di atas sofa itu.
Pada pukul 10
malam,Afiqah menerima mesej tersebut lagi.Pada setiap hari dia akan mendapat mesej yang sama iaitu ‘Saya
sangat rindukan awak.Tolonglah datang ke
sini.’ Afiqah masih tidak tahu siapa yang menghantar mesej tersebut walaupun
sudah sebulan berlalu sejak dia bekerja di rumah Hakim.
“Hakim!Marilah makan
malam dengan mama dan papa,”panggil ibu Hakim,Puan Salmah yang berada di
hadapan pintu bilik Hakim.
“Hakim tak rasa lapar
pun.Mama dan papa makanlah dulu,”sahut Hakim yang berada di dalam
biliknya.Ketika itu,dia berbaring di atas katilnya sambil memegang telefon
bimbit Samsung Galaxy hitamnya.
“Afiqah,kenapa kau
langsung tak balas mesej yang aku selalu hantar?Adakah kau bencikan aku?”
ujarya yang sedang kesedihan.Dia memejamkan matanya sambil memeluk Samsung
Galaxynya dan dia terus dibuai mimpi indah padamalam itu.
Selama empat hari
Afiqah tidak datang ke rumah Hakim kerana terlalu sibuk dengan kerja
kolejnya.Selain itu,di rumah Hakim juga mempunyai pembantu rumah yang
baru.Sejak daripada kejadian itu,Hakim langsung tidak keluar dari biliknya dan
dia juga tidak pergi ke kolejnya.Mama dan papanya risau akan keadaannya yang
pelik itu.Tidak tahulah apa yang dilakukannya di dalam bilik itu sendirian.
Afiqah mula berasa sepi
apabila tidak berjumpa dengan Hakim lagi.Hal ini demikian kerana dia tidak ke
rumah Hakim lagi.Selain itu,dia juga langsung tidak berjumpa Hakim di
kolej.Afiqah bercadang untuk pergi ke rumah Hakim dan bertemunya tetapi dia
terlalu sibuk dalam minggu ini.
Pada detik 9.30
malam,Afiqah mendapat satu panggilan daripada Puan Salmah.Dia menyatakan bahawa
Hakim telah lama tidak keluar dari biliknya.Hal ini membuatkan Puan Salmah
risau kerana dia dan suaminya serta pembantu rumahnya telah puas memujuk Hakim
keluar tetapi Hakim tetap tidak keluar.Sekarang ini cuma tinggal Afiqah sahaja
yang belum mencubanya.Puan Salmah mengharapkan Afiqah untuk memujuk Hakim
keluar dari biliknya.
Afiqah datang ke rumah
Hakim dengan menaiki kereta Kancil merahnya.Kedatangan Afiqah di sambut oleh
Puan Salmah yang berada di hadapan muka pintu.Puan Salmah dan Afiqah menapak
naik anak tangga menuju ke bilik Hakim yang terletak di tingkat 2.
“Assalammualaikum,Hakim.Aku
datang ni.Kau okey ke?Mama kau cakap kau langsung tak keluar sejak hari
terakhir aku datang sini.Kenapa kau buat macam tu?”soal Afiqah yang berada di
hadapan pintu bilik Hakim.
Ketika ini Hakim membuka
matanya apabila terdengar suara Afiqah memanggilnya. Dilihatnya ke pintu
biliknya dengan pandangan yang sayu dan tidak bermaya.
“Hakim,keluarlah
cepat.Kau tak rasa lapar ke duduk dekat dalam bilik tu lama-lama? Hakim,kenapa
kau berperangai macam ini?Aku minta maaf kalau aku buat kau marah masa tu.Aku
cuma letih sebab ada banyak lagi kerja nak kena buat dan hantar pada hari yang
sama.Tambahan pula,hari tu banyak masalah yang aku perlu hadapi.Maaflah sebab
buat kau marah,”jelas Afiqah sambil menundukkan kepalanya dan melihat ke
lantai.
Hakim bangun daripada
baringnya lalu dia duduk di atas katil.Dicapainya Samsung Galaxy yang berada di
atas katil itu.Kemudiannya,dia menghantar mesej yang sama kepada Afiqah. Tepat
jam 10 malam,telefon bimbit Nokia milik Afiqah berbunyi lalu dia mencapainya.
Dilihatnya mesej itu dengan teliti.Terdapat satu kelainan pada mesej tersebut
iaitu ‘....Akhirnya awak datang juga ke sini.Dah lama saya tunggu awak di
sini.’Afiqah berasa hairan terhadap mesej yang diterimannya itu.
“Hakim,selama aku tak
berjumpa kau dekat kolej aku rasa sunyi sangat.Yalah,kau pun selalu kacau aku
dekat kolej tu sebab tu aku rasa sunyi,”ujarnya dengan wajahnya yang sayu.
Manakala,Hakim yang
berada di dalam biliknya pula mula mengatur langkah menuju ke pintu
biliknya.Kemudian,dibukannya pintu tersebut.Dia tersenyum ketika melihat wajah
Afiqah yang berada di hadapannya.
“Hakim!”Afiqah dan Puan
Salmah terkejut apabila Hakim pengsan di hadapan mereka.
Mereka menerpa ke arah
Hakim yang telah terterap di atas lantai di hadapan pintu biliknya.Pada tangan
kanannya digenggam erat Samsung Galaxy miliknya.Afiqah mencapai telefon
tersebut lalu dilihatnya.Alangkah terkejutnya apabila dia mendapati bahawa
orang yang menghantar mesej kepada dia selama ini adalah Hakim.Hal ini demikian
kerana mesej yang baru dihantarnya sebentar tadi masih tidak dipadamnya.
Hakim dikejarkan ke
hospital.Dia dirawat di wad kecemasan dan disahkan demam kerana kekurangan air
dalam badan dan tidak makan dalam beberapa hari.
Wajah Hakim yang kacak
itu ditatap lama-lama oleh Afiqah.
‘Kenapa aku langsung
tak perasan pasal hal ini?Patutlah aku rasa kekurang je kalau dia tak ada
bersama aku.Adakah ini cinta?’fikir Afiqah.
Seminggu telah
berlalu,kini Afiqah dan Hakim telah memulakan percintaan mereka yang sebenarnya.Walaupun Afiqah tidak
bekerja di rumah Hakim tetapi dia tetap datang untuk menyediakan makanan bagi
teman lelakinya itu sebab Hakim akan merajuk lagi sekiranya Afiqah tidak
menyediakan makanan untuknya.
Namun,mesej tersebut
tetap diterima oleh Afiqah pada setiap malam tepat jam 10 malam.Tetapi mesej
kali ini adalah mesej yang berbalas dan bukan seperti sebelum ini,mesej yang
tidak dibalas.Hubungan mereka semakin mesra malah mereka juga semakin rapat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan