Waktu petang yang
nyaman membuatkan aku berasa bebas daripada beban yang menyakitkan bahuku ini. Tugasku
di sekolah bukan sahaja sebagai Ketua Kelas malah aku juga ialah seorang Ketua
Pelajar yang telah dipilih untuk menggantikan senior-senior aku yang terdahulu.
Sudah lama aku tidak keluar bersiar-siar bersendirian di taman bunga sakura
macam ini. Alangkah bagusnya kalau dapat keluar macam ini selalu,tiadalah rasa
tertekan sangat dengan tugasan.
Angin petang yang sepoi-sepoi
bahasa berubah menjadi kencang. Langkahku terhenti tatkala sebuah topi berwarna
merah jambu terkena wajahku. Aku mencapai topi yang menghalang pandanganku itu.
Wow,cantiknya si bidadari yang ada dekat depan mataku ini.Siapakah dia si jelita yang berpakaian ala lolita ini?
Dia kelihatannya
seperti anak seorangjutawan. Dia tersenyum tatkala kami bertentang mata. Tanpa
aku sedari aku telah membalas senyumannya yang telah membuatkan hatiku mula
cair apabila bertentang mata dengannya.
Tidak lama kemudian,dua
orang lelaki berkot hitam datang menghampiri gadis itu. Mereka mengajak si
jelita pergi dari taman ini. Si jelita akur lalu aku hulurkan topinya dan dia
menerimanya dengan senyumannya yang masih tidak lekang di bibirnya. Mereka
pergi meninggalkan aku sendirian di taman itu.
Aku masih
tertanya-tanya siapakah si jelita itu sebenarnya?
Bunga-bunga di halaman
rumahku berkembang megah selepas disirami embun pagi. Burung-burung berkicauan
tatkala bertenggek di atas pokok sakura di halaman rumahku. Rama-rama juga
tidak ketinggalan berterbangan di halaman rumahku menghiasi keindahan pagi di
kediaman pengurus syarikat besar di bandar Tokyo ini.
Pagiku dimulakan dengan
mengerah sebahagian daripada tenagaku untuk mengayuh basikal pergi ke sekolah. Setibanya
aku di sekolah pada jam 7 pagi, aku terus menuju ke kelasku yang berada di
tingkat dua bahagian selatan bangunan blok A. Kelas yang gelap itu membuatkan
aku berasa sedikit seram apabila masuk ke dalamnya. Namun, hakikatnya aku masuk
ke dalam kelas tersebut dengan langkah bersahaja dan terus menekan suis lampu. Kemudian,
aku meletakkan beg sandangku di tempat dudukku dan berlalu pergi menuju ke
bilik Pengaawas.
Ketika sampai di
hadapan pintu bilik tersebut,aku teragak-agak hendak masuk atau tidak. Hal ini
kerana bilik tersebut lagi seram berbanding kelas aku pada hari ini. Aku
membuat keputusan untuk masuk ke dalam demi mengambil buku teks sejarah yang
aku telah tertinggal semalam. Aku menyeluk poket kanan seluarku untuk
mandapatkan kunci bilik tersebut. Kemudian,pintu bilik dibuka.Selangkah aku
menapak masuk ke dalam bilik tersebut manakala tangan kananku masih memegang
tombol pintu bilik itu. Mataku liar memerhatikan di sekeliling bilik tersebut, tidak
ada satu pun yang mencurigakan.
Namun,tanpa
dijangka.Aku terlihat suatu kelibat berwarna hitam lantas aku memejamkan mata. Aku
fikir dia akan menghilang selepas aku membuka mataku semula. Ternyata dia
berdiri dekat dengan aku. Tangan kiriku meraba-raba suis lampu lalu menekannya.
Pada masa yang sama, tangan kananku terlepasdaripaada tombol pintu tersebut. Apabila
lampu sudah menyala, aku berpaling semula ke arah di mana kelibat itu berada. Hampir
sahaja aku mahu menjerit apabila melihatnya masih berdiri kaku di hadapan aku.
Eh?Manusia ke?Kenapa
pakai jubah hitam macam ini?Buat terkejut aku je.
Dia memandang ke arahku
dengan wajahnya yang tidak kelihatan di sebalik penutup kepalanya yang labuh
itu. Dia menarik penutup kepalanya ke belakang,maka terserlahlah wajahnya yang
jelitawan itu.
Eh, dia ini perempuan yang aku pernah jumpa dekat taman hari itu?
Eh, dia ini perempuan yang aku pernah jumpa dekat taman hari itu?
Si jelita tersenyum apabila melihatku.Aku membalas senyumannya dan pada masa yang sama aku juga berasa kurang selesa apabila kami berdua-duaan di dalam bilik tersebut. Hatiku mula tergerak untuk mengenali dirinya lalu aku membuat keputusan untuk bertanyakan namanya.
“Boleh saya tahu siapa
nama awak?”Walaupun aku berasa janggal tapi tidak salah kalau nak tahu
namanya.Namun hampa apabila soalanku tidak dijawabnya.Dia hanya tersenyum tanpa
berkata sepatah perkataan pun. Aku berasa hairan,macam mana dia boleh berada di
sini padahal pintu bilik ini berkunci?
Aku terkejut apabila
pintu bilik tersebut dikuak oleh seseorang.Ternyata orang itu adalah rakanku
sendiri,Intan. Dia memandang sayu kepadaku.Tapi kenapa?Hairan,kenapa dia langsung
tidak menegurku apabila bertemuku hari ini?Malah wajahnya kelihatan mahu
menangis sambil matanya memerhatikan sejanak panjang di suatu sudut.Ke manakah
dilihatnya itu?Dia sepertinya tidak merasakan kehadiaranku di sini.
“Intan, janganlah kau
bersedih sangat.Nanti kau pula yang sakit.Aku yakin Asyraf akan okey?”Kedengaran
suara seorang lagi rakanku, Sabrina di belakang Intan.
Sekejap!Apakah maksud
semua ini?Aku?Kenapa dengan aku?
“Macam mana kalau Asyraf
tak dapat diselamatkan?Siapa yang akan menggantikan tempatnya nanti?Lagi pula
aku tidak boleh hidup tanpanya,”air mata Intan mengalir membasahi pipi comelnya
yang putih itu. Sabrina cuba memujuk Intan yang sedang menangis.
“Janganlah berfikiran
negatif.Asyraf mesti selamat.Petang ini kita sama-sama pergi melawat dia dekat
hospital,okey,” Sabrina mengesat-ngesatkan air mata Intan menggunakan tisu.
Kenapa aku boleh berada
di hospital?Apa sebenarnya yang dah berlaku?Perempuan ini pula, macam mana
boleh ada dekat sekolah ini?Mengapa keadaan boleh jadi keliru macam ni?
Si jelita itu berjalan
merapatiku.Dipegangnya tangan kananku dan aku dibawa ke hadapan cermin yang
berada si sudut kiri bilik tersebut.Aku
terkejut ketika melihat cermin tersebut kerana imejku tidak kelihatan
pada cermin itu.
Adakah aku telah mati?
Kemudian,si jelita
menarik tanganku sekali lagi dan membawa aku keluar dari bilik tersebut melalui
tingkap yang masih terkunci rapat.
“Hei,tunggu
dulu.Tingkap tu kan berkunci mana boleh redah macam tu saja,” dia menggendahkan
kata-kataku itu lalu menarikku meredah tingkap itu.Waktu itu aku memejamkan
mata kerana ketakutan. Kemudian,aku kembali membuka mata. Alangkah terkejutnya
apabila mendapati bahawa aku sedang terbang seiring dengan burung-burung yang
berterbangan di awan.
Beberapa minit kemudian,kami
sampai di hadapan hospital.
“Kenapa bawa saya ke
sini?” tanya aku kepada si jelita.
Dia masih tidak
menjawab soalanku. Dia berpaling ke arahku sambil menguntumkan senyuman
manisnya yang boleh mencairkan hati ramai lelaki. Si jelita mememegang erat tangan kananku dan menarik
aku masuk ke dalam hospital tersebut. Kami berjalan menuju ke wad ICU di
tingkat dua. Di hadapan wad tersebut aku
dapat melihat wajah ayah dan ibuku yang sedang menangis teresak-esak di tempat
penunggu yang terletak di hadapan wad itu.
Kemudian,kami masuk
pula ke dalam wad itu. Aku terlihat sekujur tubuhku terlantar di atas katil
dengan berlumuran darah yang terdapathampir ke seluruh tubuhku. Aku tidak
faham, mengapa keadaan aku sebegini?
Si jelita menekapkan
tangan kananku di atas dahi jasadku yang kaku itu. Tidak aku tahu tujuan
sebenarnya. Aku hanya membiarkan dia berbuat sedemikian sambil mataku melihat
wajahnya yang cantik lagi suci seperti bayi yang baru dilahirkan. Senyuman
manisnya tidak lekang tatkala melihat wajahku. Bagiku senyumannya itu memberi
ketenangan dalam hatiku yang sepi ini.
Sekelip mata
sahaja,kami berada di suatu tempat yang tidak asing lagi bagi aku iaitu di
hadapan kedai serbaneka. Kedai itu terletak di antara jalan rumahku dan
sekolahku.Di situ aku terlihat kelibatku yang sedang mengayuh basikal menuju ke
sekolah. Tiba-tiba,kayuhanku terhenti apabila terlihat kelibat si jelita yang
sedang meminta tolong di sebuah van hitam yang tersadai di tepi jalan yang
sunyi itu. Aku lantas mengayuh laju basikalku menuju ke arah van tersebut. Si
jelita itu berlari keluar dari van tersebut dengan sekuat tenaganya.
“Cepat naik
basikal,”ajakku yang berhenti betul di hadapannya. Tanpa berkata sepatah pun si
jelita terus menunggang basikal bersama-samaku. Aku mengayuh basikal tersebut
dengan sepenuh tenagaku kerana kami dikejar oleh tiga orang lelaki yang berusia
30-an dengan menaiki van tersebut.
Ketika kami tiba di simpang empat,sebuah kereta Toyota merah merempuh kami di hadapan lampu isyarat. Van yang mengejar kami turut berhenti dan berpatah balik tanpa melalui tempat kejadian.
Ketika kami tiba di simpang empat,sebuah kereta Toyota merah merempuh kami di hadapan lampu isyarat. Van yang mengejar kami turut berhenti dan berpatah balik tanpa melalui tempat kejadian.
Setelah itu, kami
dikejarkan ke hospital selepas beberapa orang awam membuat panggilan kecemasan.
Kami dimasukkan ke wad ICU yang berasingan.Badan kami masing-masing berlumuran
darah. Papa dan mama juga kelihatan bergegas masuk ke hospital tersebut. Selain
itu, sepasang suami isteri yang
berpakaian seperti orang ternama masuk ke dalam hospital tersebut, namun
mereka menuju ke wad ICU di mana si
jelita berada.
Sekarang ini aku mula
faham mengapa aku boleh berada di sini dan mengapa dia boleh berada di sekolah.
Kami masih belum mati. Kami masih ada harapan untuk hidup sekali lagi. Aku
berasa macam mimpi saja semua ini berlaku. Aku berharap apabila aku sudah sedar
nanti aku boleh bertemu si jelita yang masih aku tidak ketahui namanya itu.
Sebulan telah berlalu
selepas kejadian itu.Aku kembali ke sekolah dan menjalankan tugasku sebagai
ketua seperti biasa.Bilik pengawas yang sunyi pada waktu pagi bertukar menjadi
ceria dan bising ketika para pengawas menjalankan tugas pada waktu rehat.Hal
ini kerana waktu pagi kebanyakan pengawas akan bertugas di luar bilik pengawas
berbanding waktu rehat.Tetapi kini,bilik ini mula ceria pada waktu pagi dengan
adanya si jelita yang selalu datang awal ke bilik ini walaupun dia bukan
seorang pengawas.
Kini aku ketahui namanya dan aku tidak akan lupakannya kerana bagiku Farhana ialah bidadari yang telah mengisi kekosongan dalam hati ini.Hidupku lebih bermakna dengan kehadirannya di sisi aku selalu. Hidup kami untuk kali yang kedua akan kami penuhi dengan kebahagiaan kami untuk masa hadapan.Aku berharap kisah cinta kami berkekalan sehingga ke penghujungnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan