BAB 1 : NAZIHAH
Aku bercinta dengan
seorang jejaka kacak ini,Helmi.Perangai Playboynya memang selalu buat aku
bengang.Jarang sekali telefon bimbitnya tidak berdering ketika kami
bersama.Pernah sekali aku mencampak telefon bimbitnya ke dalam kolam renang di
rumahnya.
Tanpa aku duga, dia
berkata “Cemburu ke?” Ayat dia itu membuatkan aku rasa marah kerana walaupun
dia telah tahu perasaan aku selama ini namun dia masih buat-buat tidak tahu
sahaja.
Waktu malam hari lahir
aku, kami sepatutnya bersama-sama menyambut hari lahir aku di rumah aku.Namun,
dia tidak datang ke sini dengan alasan perlu membuat ulangkaji untuk ujian
peperiksaan pada hari keesokkannya.
Malam itu, aku keluar untuk
membeli belah sendirian di bandar metropolitan ini kerana bosan bersendirian di
rumah.
Ketika aku dalam
perjalanan menuju ke pusat membeli belah, aku terlihat Helmi bersama-sama lima
orang perempuan sedang berkepit ketika keluar dari pusat membeli belah. Mereka
membawa beberapa buah beg barangan mewah yang telah mereka beli.Situasi ini tambah
menyakitkan mata apabila salah seorang daripada mereka memeluk lengan kanan
Helmi. Dia pula tanpa berasa malu dia membiarkan sahaja berjalan dalam keadaan
sedemikian.
Kemarahan aku mula
membara.Aku pantas menuju ke arah Helmi lalu menampar pipi kanannya dengan
sepenuh perasaan kecewa aku terhadap dirinya.Hati aku terluka,hancur dan kecewa
terhadap jejaka yang digelar boyfriend aku selama ini.
Adakah dia tidak datang
sambut hari lahir aku dekat rumah aku semata-mata nak keluar dengan perempuan-perempuan gedik
tu?
“I hate you! Sampai bila-bila pun I tak akan terima you
semula.I dah penat dengan permainan you selama ini.Mulai hari ini, kita dah
tak ada apa-apa hubungan lagi.Segalanya dah tamat di sini.Kita tak akan
berjumpa lagi sebab I dah tak nak
tengok muka you lagi,” marah,sedih
dan kecewa.Aku berlari pulang dengan perasaan ini.
Cinta ini sangat
menyakitkan bagi aku. Aku telah membuat keputusan untuk berpindah ke sekolah
menengah yang jauh dari tempat ini sebab aku dah tidak mahu mengingati perkara
yang telah menyakiti hati aku ini.
BAB 2 : HELMI
Aku telah ditampar oleh
gadis yang paling aku cintai selama ini.Dia menangis sambil berlari pulang dan
meninggalkan aku di sini bersama-sama lima orang gadis yang tidak aku kenali.
Apa salah aku?
“Saya nak balik
sekarang,” perit kesan tamparannya masih terasa di pipi kanan aku.Aku dapat
rasakan perasaan kecewanya ketik dia menampar aku. Mungkin dia rasa kecewa
apabila dia ternampak aku dan mereka keluar dari pusat membeli belah ini
bersama-sama.
“Girlfriend kamu ke?
Maaflah sebab dah buat dia salah faham tadi,”
Mereka berlima ini
bukan sesiapa pun bagi aku kerana mereka cuma pelanggan di kafe tempat kerja
aku.
Aku datang ke pusat
membeli belah ini kerana mahu membeli hadiah hari lahir untuk Nazihah. Aku
ingat nak buat kejutan untuk dia malam ini. Sebaliknya aku pula yang terkejut
dengan kehadirannya di sini.Aku rasa bersalah kerana tidak sempat menjelaskan
keadaan tersebut.
Aku berlalu meninggalkan
mereka berlima.Kemudian, aku membuat panggilan telefon kepada Nazihah.Namun,
panggilan tersebut tidak dijawabnya. Berkali-kali aku telefon dan menghantar
mesej kepada dia tetapi semuanya tidak dibalasnya.
Dalam perjalanan
pulang, aku singgah di rumahnya.Aku lihat rumahnya gelap seperti tiada orang di
dalam dan pintu pagar juga dikunci. Mungkin dia telah pulang ke rumah neneknya.
Tapi aku tidak tahu di mana rumah neneknya.
Waktu pagi telah tiba,
aku menaruh harapan untul bertemunya dan meminta maaf.Namun hampa kerana dia
telah berpindah ke sekolah lain pada hari ini.
Selepas kejadian itu,
aku berhenti bekerja sambilan di kafe itu.Aku menghabiskan masa aku di dalam
bilik sekiranya tidak ke sekolah.Aku arasa kesal dengan kesilapan yang pernah
aku lakukan sebelum ini.
Aku menangis apabila
terkenangkan kesilapan lalu ketika dia bergelar girlfriend aku yang paling aku
cintai.Aku kecewa terhadap diri sendiri yang sering kelihatan seperti seorang
playboy walhal aku bukan sedemikian. Adakah sebab kekacakkan yang aku miliki
dan kebaikan yang ada pada diri aku ini?
BAB 3 : CINTA NAZIHAH
Ketika ini aku sedang
teringat zaman silam aku bersama-sama orang yang pernah mengecewakan aku selama
ini.Aku cuba lupakan segalanya tentang Helmi.Namun, aku tidak mampu
melakukannya kerana perasaan cinta terhadap dirinya tidak dapat dihapuskan sama
sekali.
Sepuluh tahun telah
berlalu sejak kali terakhir kami bertemu pada malam itu.Walaupun telah lama
berlaku namun cinta aku masih setia kepada cinta pertama ini.
Waktu pagi yang sibuk
di bandar metropolitan ini telah menyebabkan aku terlewat ke pejabat. Setibanya
aku di pejabat, aku dipanggil oleh CEO syarikat ini, Encik Ash. Dia merupakan
anak kepada bos besar syarikat ini.
Tanpa aku duga, dia
memanggil aku bukan kerana mahu memarahi aku kerana terlewat datang ke pejabat
sebaliknya dia melakukan luahan perasaan cintanya kepada aku di dalam biliknya
yang tiada sesiapa pun dapat melihat kejadian tersebut dari luar bilik itu.
Aku seba salah untuk
menerimanya kerana aku tidak layak untuk dimiliki oleh anak orang kaya
sepertinya.Tambahan pula, perasaan cinta aku hanya untuk Helmi walaupun dia
pernah mengecewakan aku sebelum ini.
Aku tidak menolak cinta
Encik Ash.Sebaliknya aku memerlukan masa untuk berfikir sebelum memberi jawapan
yang muktamat.
Sebulan berlalu tanpa
jawapan daripada aku.Sejak hari itu, Encik Ash tidak membangkitkan hal peribadi
tersebut di pejabat dan di luar pejabat.Aku berasa waswas kerana takut
dikecewakan sekali lagi.
Setelah puas aku
berfikir, aku membuat keputusan untuk memberitahu jawapan aku kepada Encik Ash
pada keesokkan harinya.
Namun, segalanya
berubah apabila aku mendapat tahu bahawa orang yang pernah mengecewakan aku
sebelum ini telah berpindah ke pejabat yang sama dengan aku pada hari ini.
Kami bertentang
mata.Helmi tersenyum kepada aku.Secara tidak sengaja aku telah membalas
senyumannya yang tidak mungkin aku lupakan itu.Kemudian, dia berjalan
menghampiri aku dan berhenti di hadapan aku.Situasi ini disaksikan oleh Encik
Ash dan beberapa orang pekerja pejabat tersebut.
“Dah lama kita tak
berjumpa sejak hari itu.Adakah you
masih ingat I ?” Dia sedang berdiri
di hadapan aku sambil melihat tepat ke wajah aku ketika berbicara.
“Mustahil I boleh lupa orang yang pernah
mengecewakan Idengan begitu teruk
sekali,” aku berasa sebak di dada ketika mengungkapkannya.
“You bencikan I lagi?” Dia
melihat aku dengan wajah pilunya yang aku tidak pernah lihat sebelum ini.
“I benci you!I benci you! Tapi I masih
cintakan you.Kenapa I tak boleh lupakan you walaupun dah 10 tahun berlalu?” Aku menangis di hadapannya.
“ I minta maaf. I kesal
dengan kesilapan yang telah I lakukan
dulu. I sangat cintakan you. Selama 10 tahun I mencari you sehinggalah I jumpa you dekat sini,” dia kelihatan seperti
mahu menangis tetapi ditahannya air mata itu daripada membasahi pipi kacaknya.
“Bolehkah kita
mulakannya sekali lagi?” pinta Helmi yang sedang mengesat air mata aku dengan
mengunakan kedua-dua tapak tangannya.
“Dah tentulah
boleh.Sebab I dah lama tunggu you kembali kepada I dan I dah maafkan you,” aku rasa gembira apabila dia
berkata sedemikian.
Kisah cinta kami
bermula sekali lagi.Semua yang menyaksikan kejadian ini turut memberi sokongan
kepada kami. Encik Ash hanya tersenyum tanpa berkata apa-apa.
Aku berjalan
menghampiri Encik Ash.
“Saya minta maaf. Saya
terpaksa menolaknya sebab dia telah kembali kepada saya,” aku serba salah
ketika memberitahu jawapan tersebut kerana jika Helmi tidak muncul tadi aku
mesti dah terima dia sebagai pengganti walaupun aku tahu cinta aku masih kepada
Helmi.
“Saya faham.Bukan
senang nak jumpa cinta sejati zaman sekarang ni.Semoga kalian bahagia,” Encik Ash
hanya tersenyum melihat kami berdua yang berada di hadapannya.
“Ada apa-apa yang dah
berlaku ke?” bisik Helmi di telinga kanan aku.
“Tak ada apa-apa.Kisah
silam jangan dikenang.Kali ini jangan kecewakan I lagi.Nanti I pergi
dekat orang lain baru you menyesal
tak habis,” aku sengaja berkata sedemikian supaya dia tidak mengulangi
kesilapan lalu.
“I janji dengan you.Perkara
itu tak akan berlaku lagi.Sebab dalam hati I hanya ada you,” janji manisnya
telah diungkapkan sambil berbisik di telingaku.
“Janji tetap janji,”
aku menerima janjinya dan mulakan hidup baru bersama-sama dirinya yang aku
cinta selama ini.
BAB 4 : ENCIK ASH
Pasangan kekasih yang
berada di hadapan aku ini kelihatan bahagia.Hal ini membuatkan aku rasa bahagia
juga walaupun cinta aku telah ditolak oleh seorang gadis yang aku pernah cintai
sebelum ini.
Aku tidak tahu apa yang
telah berlaku antara mereka berdua.Tetapi daripada cara mereka tadi, aku dapat
rasakan bahawa mereka pernah mengalami kekecewaan dalam percintaan mereka
sebelum ini.10 tahun bukan waktu yang singkat.Namun, perasaan cinta mereka
masih tetap dirasai antara satu sama lain.
Kisah cinta mereka
telah bermula semula tetapi kisah cinta aku bila pula?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan