Ada awal, ada akhirnya. Setiap pertemuan pasti ada perpisahannya.Dalam
pertemuan hingga perpisahan ini pasti ada kenangan manis dan kenangan
pahitnya.Memori tetap memori.Sama ada anda mahu mengingatinya atau tidak itu
adalah terpulang kepada setiap individu.
Pertemuan ini telah pun dirancang oleh aku dan rakan-rakanku.
Kami pergi ke sekolah untuk mengadakan perjumpaan bekas pelajar sekolah ini.
Kami dikumpulkan di bilik mesyuarat bagi menjalani sesi bersama-sama guru
kaunseling.
Ketika ini aku dan tiga orang rakan sekelas aku
berada di dalam bilik ini sementara menunggu rakan-rakan yang lain.
Beberapa minit kemudian, mereka tiba di bilik
mesyuarat ini dengan membawa beg yang berisi laptop msing-masing. Gaya
berpakaian dan bertudung mereka membuat aku berasa kagum kerana mereka
kelihatan begitu cantik. Salam mesra diberikan oleh kami yang berada di dalam
bilik tersebut.
Aku mengambil tempatku di meja mesyuarat.Dikeluarkan
laptop yang berada di dalam beg sandang aku dan diletakkan di atas meja
tersebut. Manakala,beg diletak di atas
kerusi yang kosong di sebelah kanan aku.
Laptop dibuka dan Window 8 diaktifkan.
Ketika aku sedang sibuk berbual, tiba-tiba aku
terdiam seketika.Aku merasai kehadiran seseorang yang sedang menuju ke bilik
ini.Bunyi tapak kasut itu begitu jelas kedengaran. Kemudian, pintu bilik mesyuarat
diketuk dan dibuka. Bau haruman ALLURE SPORT memenuhi ruang bilik mesyuarat
ini.
Aku kenal bau yang sering kali membuat hati aku
berbunga-bunga ini. ALLURE SPORT ialah wangian kesukaan aku.Sebelum ini aku
pernah menggunanya tetapi aku berhenti menggunanya selepas ada seorang jejaka
yang mengguna wangian tersebut.Tambahan pula dia seorang yang terkenal di
sekolah ini sejak dia mula diangkat menjadi Ketua Pengawas di sekolah ini.
Langkahnya pantas menuju ke sebuah tempat duduk yang
selesa baginya.Dia duduk bertentangan tempat duduk aku.
Laptop,iPad dan telefon bimbitnya dikeluarkan
daripada beg sandangnya dan diletakkan di atas meja.
Aku hanya memerhatikan dirinya tanpa dia sedari.
Pintu bilik mesyuarat diketuk sekali lagi walaupun
telah terbuka luas.
Beberapa orang rakannya masuk ke dalam bilik
tersebut dengan lagak macho mereka. Semuanya tinggi-tinggi dan kacak seperti
seorang model pakaian kasual.
Mereka mengambil tempat di meja yang telah dipilih
oleh si jejaka itu.Mereka memenuhi setiap ruang yang ada di meja itu.
Aku tidak menyangka mereka semua kacak juga walhal
sebelum ini nampak selekeh sahaja bila bergelar pelajar sekolah menengah
daripada tingkatan satu sehingga tingkatan lima.Tetapi sejak bergelar bekas
pelajar sekolah menengah, semuanya telah berubah.
Jika bercakap pasal zaman sekolah.Aku selalu
teringat satu kisah yang tidak mungkin aku lupakan.Kisah tentang aku dan si
jejaka yang berada di hadapan aku sekarang ini.
Kisah ini berlaku pada
7 Julai 2014 yang bertempat di dalam kelas 5 Sains.
Suasana ketika
ketiadaan guru di dalam kelas ini tidak terlalu bising seperti di kelas-kelas
lain kerana semua pelajarnya sedang sibuk menyiapkan kerja sekolah yang masih
belum disiapkan. Kadang-kala mereka berbual sesama mereka sambil membuat kerja
sekolah. Pelbagai topik mereka bualkan, namun semua itu tidak menarik minat aku
untuk ikut campur.
Segala kerja sekolah
telah aku siapkan. Ketika mereka sedang sibuk menyiapkan kerja sekolah mereka
sambil berbual-bual, aku sedang melukis gambar si jejaka ini yang sedang diulik
mimpi di pagi hari.
Aku dapat melihat wajahnya dengan jelas apabila aku
meletakkan muka aku di atas meja dan melihat dirinya yang berada sebaris dengan
tempat duduk aku.Wajah tampannya aku lukis dengan teliti di atas sebuah buku
yang penuh dengan pelbagai lakaran yang pernah aku lukis sebelum ini.
Kelas yang tidak
terlalu bising ini memang selesa untuk tidur.Terutamanya apabila daripada pagi
sehingga waktu rehat tiada cikgu yang masuk ke dalam kelas kerana terlalu sibuk
dengan mesyuarat PT3.
Waktu berlalu dengan
pantas. Matematik Tambahan ialah subjek
terakhir pada hari ini. Ujian mengejut telah diadakan pada hari
ini.Soalan-soalan yang terlalu susah membuatkan aku rasa sangat menyampah dan
membiarkannya kosong.
Ketika masa telah
tamat. Arif diminta untuk menggumpulkan kesemua kertas jawapan dan diserahkan
kepada Cikgu Malik.
Arif yang merupakan
Ketua Pengawas yang paling dipercayai oleh guru-guru di sekolah ini sedang
berjalan menghampiri tempat duduk aku yang terletak pada jarak dua meja
daripada tempat duduknya.
Bau ALLURE SPORT
membuatkan aku berasa tenang.Pada masa yang sama, aku juga dapat merasakan
kehangatan dirinya yang sedang berdiri di hadapan aku. Tiba-tiba aku
menggelabah ketika menyerahkan kertas jawapan kepada dia. Secara tidak sengaja
aku tersentuh tangan kanannya yang hangat itu.
Dia demam ke?
Kemudian,dia menuju ke
tempat duduk rakan-rakan yang lain untuk mengutip kertas jawapan.
Loceng waktu pulang telah berbunyi.Cikgu Malik telah keluar bersama-sama kertas jawapan tersebut. Bebas rasanya apabila waktu persekolahan telah tamat pada hari ini.
Hari Rabu merupakan
giliran aku dan rakan karibku untuk bertugas membersihkan kelas ini. Namun,
hakikatnya aku bertugas sendirian di dalam kelas ini kerana dia perlu mengambil
adik-adiknya di sekolah rendah setiap hari Rabu.Kadang kala aku rasa tidak adil
untuk aku membersihkan kelas yang seluas ini sendirian kerana memerlukan masa
yang lama.
“Tugas tetap tugas.Tak
boleh merungut,” monologku sambil menuju ke sudut belakang kelas untuk
mengambil penyapu.
Ketika aku berpaling ke
hadapan di mana terletakknya tempat duduk Arif,aku terlihat Arif sedang
mengemas semua bukunya lalu dimasukkan ke dalam beg sandangnya. Kemudian, dia
bangun daripada tempat duduknya. Tiba-tiba,dia memegang kepalanya dan duduk
semula di atas kerusinya.
Aku datang menghampiri
Arif sambil membawa penyapu.
“Kau tak sihat ke? Nak
aku tolong bawa ke bilik rawatan?” tanya aku yang berdiri di kirinya.
“Tak payah.Pening sikit
je.Kau pergilah kemaskan kelas.Nanti lambat pula kau balik,” ujar Arif sambil
memandang kepada aku dengan wajahnya yang kelihatan serius.
“Aku nak tolong pun
kena marah juga ke?”
“Hei,Aini.Kau tak takut
ke duduk dekat dalam kelas ni berdua-duaan dengan aku.Apa kata kau siapkan
kerja kau cepat-cepat dan terus balik,”nasihat Arif.
“Kalau demam buatlah
cara orang demam.Tak payahlah nak mengarut,”
Aku beredar dari
tempatnya dan mula menjalankan tugas aku di dalam kelas ini.Manakala, Arif
tertidur di tempatnya.
Bau ALLURE SPORT
memenuhi ruang kelas ini sehingga aku tidak sedar setengah jam telah
berlalu.Kerja pembersihan kelas telah dilaksanakan sepenuhnya.Kemudian, aku
mengatur langkah menuju ke tempat duduk aku yang terletak pada jarak dua meja
daripada tempat duduk Arif.
Aku memerhati Arif daripada
tempat duduk aku.Setelah puas aku memerhati dirinya,aku mengeluarkan buku
lakaran aku dan mula melukis potret dirinya yang sedang lena di dalam kelas
ini.
Setelah selesai melukis
potretnya,aku menyimpan buku tersebut di dalam beg sandang aku. Kemudian,aku
mengeluarkan kertas kajang dan mula menulis sebuah cerpen tentang cinta di atas
kertas kajang.
Keasyikan menulis
memang tidak dapat disangkal.Aku dikejutkan dengan dengan kehadirannya ketika
aku sedang menulis sebuah cerpen yang bakal aku siarkan untuk majalah sekolah
pada tahun ini.
Bau ALLURE SPORT telah
membuatkan aku leka dengan situasi yang aku hadapi sekarang ini sehingga
kehadirannya di belakang aku tidak dapat aku kesan.Walhal sebelum ini aku
sering perasan dengan segala tindakan dan gerak-gerinya walaupun di belakang
aku.
“Cerita apa yang kau
tulis ni?Menarik sangat ke?”tanya Arif lalu merampas skrip cerpen yang telah
aku tulis.
“Hei,pulangkan.Cerpen
tu belum siap lagi.Aku tak suka orang lain tengok karya aku yang masih belum
siap,” bengangku sambil cuba untuk mendapatkannya semula.Namun hampa kerana dia
mengangkat tangan kanannya lebih tinggi daripada aku.
“Cerpen cinta?Aku nak
baca,” Arif membawa skrip cerpen tersebut ke tempatnya tanpa mempedulikan aku yang sedang bengang dengan
tindakannya itu.Kemudian,dia duduk di atas kerusi dan membaca skrip cerpen
tersebut.
“Berani kau abaikan
aku!Siaplah kau,”
“Oi,kenapa ayat mamat
ni skema sangat?Boringlah bila baca ayat yang skema macam ni,” kritik Arif.
“Suka hati aku la nak
tulis macam mana pun,”Aku membangkang apabila dia mengkritik sedemikian.
Aku berjalan menuju ke
tempat duduknya.
“Hidup kau mesti
membosankan.Apa kata kau menulis berdasarkan kehidupan sebenar kau. Mustahil
kau tak ada boyfriend,”
“Yang kau kisah sangat
tu kenapa?Lagi pun aku ni single lagi,” jelas aku lalu merampas semula skrip
cerpen tersebut.
Mata bertentang
mata.Aku langsung tak tahu nak kata apa lagi.Kepanasan suhu badannya masih
dapat aku rasa kerana aku berada dekat dengan dia.
“Kau sukakan ALLURE
SPORT,kan?” soalan yang tidak disangka telah terpancul daripada mulutnya.
“Ada masalah ke?Macam
mana kau tahu?” aku bertanya kerana hairan.
“Aku perasan bila lalu
dekat sebelah kau.Tak sangka kau pakai wangian lelaki,”perli Arif lalu berdiri
di hadapan aku.
“Aku pinjam wangian abang
aku punya sebab wangian aku punya dah habis,” alasan semata-mata.
“Sejak bila kau ada
abang?Setahu aku, kau tinggal dengan ibu kau je sebab ayah kau ada kerja dekat
luar negara dan adik-adik kau dah tinggal dekat asrama sekarang ni?”
Aku tidak menyangka
bahawa banyak benda dia tahu pasal aku pada hal sebelum ini tak pernah berbual
pun.
“Sibuk je la kau ni.Dah
lewat ni.Aku nak balik,”aku cuba mengelak daripada ditanya oleh dia.
“Jom balik sama-sama,”
ajak Arif.
“Ha?Biar betul kau?”
aku terkejut dengan kata-katanya sebentar tadi.
“Betullah.Lagi pun aku
tengah demam sekarang ni.Risau juga kalau apa-apa berlaku dekat aku kalau aku balik sendirian.Kalau kau ada senang
sikit,”
Dia ni pentingkan diri
sendiri ke?Aku ingatkan sebab risau pasal aku.
“Cis!Menyampah pula aku
rasa.Jom aku hantar kau balik.Rumah kau bukannya jauh pun dari sekolah ni,”
rungutku sambil menuju ke tempat duduk aku untuk mengambil beg.
“Baiknya hati kau,”
puji Arif.
Arif menggalas begnya
dan berjalan mengiringi aku sehingga ke pintu kelas.Kemudian,dia berjalan
mendahului aku.Aku tertinggal di belakangnya.
“Kata demam.Tapi kenapa
dia berjalan laju sangat?”rungutku.
Kelibat Arif telah
hilang disebalik dinding yang terletak berhampiran tangga.
“Cis,aku dah kena
tinggal.Teruk betul la dia tu,” tiba-tiba sahaja terasa marah terhadap Arif.
Akhirnya,aku dah tiba
di pagar sekolah.
“Lambatnya.Dah lama aku
tunggu kau dekat sini,” rungut Arif yang duduk bersandar di dinding pagar
sekolah.
“Apa yang kau buat
dekat sini?Aku ingat kau dah balik.Bangun cepat.Panas ni,” aku datang
menghampirinya.
“Relaxlah.Aku tengah
pening ni.Lagi pun aku yang ajak kau balik sama-sama.Tak akan aku nak
tinggalkan kau sendirian dekat sekolah ni.Bahaya,tahu tak?” ujarnya yang cuba
berdiri.
Kenapa aku rasa semacam
sahaja? Rasa macam degupan jantung aku semakin kencang.
“Jomlah balik.Aku tak
tahan panas, nanti aku pula yang demam,” aku mengajaknya pulang.
Kami balik bersama-sama
melalui jalan yang sama.Dalam perjalanan pulang,tiba-tiba beg aku terasa berat
lalu aku berhenti dan berpaling ke belakang.
“Apa yang kau buat
ni?Nak bagi aku marah lagi ke?” aku bengang apabila mendapati bahawa Arif
meletakkan kedua-dua lengannya dan kepalanya sambil menunduk di atas beg yang
aku sedang galas sekarang ini.
“Kepala aku pening.Aku
tak larat nak berjalan lagi,” ujar Arif.
“Oi,janganlah pengsan
dekat sini.Nanti tak ada orang nak angkat.Kau tu berat macam gajah,” perli aku.
“Sedap mulut je kau
cakap.Aku kurus je tapi tulang besi, urat dawai,” balas Arif.
“Cepatlah jalan.Nanti
kalau aku pengsan dekat sini,kau yang angkat,” tambah Arif.
“Tak nak,”
Aku terpaksa berjalan
dengan membawa beban yang lebih berat
daripada buku yang aku bawa ke sekolah pagi tadi.
Setelah 15 minit kami
berjalan,akhirnya sampai juga ke rumah Arif yang terletak tidak jauh daripada sekolah.
“Dah sampai. Cepatlah
masuk.Aku nak balik dah ni,” ujarku sambil berjalan menuju ke depan pintu rumah
Arif.
“Tak nak lepak dekat
rumah aku dulu ke?” tanya Arif sambil mengangkat kepala dan kedua-dua lengannya
daripada beg aku.
“Tak ada masa aku nak
melayan kau.Aku ada banyak kerja lagi yang nak dibuat.”
Tiba-tiba pintu rumah
dibuka oleh seseorang.
“Arif bawa
girlfriend?Wah, dah besar rupanya anak kesayangan mama.Papa mesti seronok bila
dapat tahu Arif dah ada girlfriend,” ibu Arif berasa sangat teruja dengan
kehadiran aku yang disangkanya girlfriend Arif.
“Mama!Dia bukan
girlfrind Arif.Dia ni cuma tolong hantar Arif balik je. Demam ni,” ujarnya
sambil menuju ke arah ibu kesayangannya.
Mamat ni manja
rupanya.Sakit sikit pun dah mengadu.
“Kesiannya anak mama.Jom
masuk dalam,” ibu Arif membawa Arif masuk ke dalam rumah.
“Kamu masuklah
juga.Makcik buatkan minuman,” jemput ibu Arif.
“Maaflah.Saya kena
balik sekarang nanti mama saya risau sebab dah lambat sangat ni.Saya minta diri
dulu.Jumpa lagi,”
“Terima kasih sebab dah
hantar Arif balik,” ujar ibu Arif.
“Kalau sudi, jadilah
girlfriend anak makcik ni,” tambah ibu Arif lagi.
Aku meninggalkan
pekarangan kediaman Arif.
“Mama!Apa ni?” rungut
Arif.
“Mama dah berkenan
dengan dia,”jelas ibu Arif.
“Suka hati mama la,”
Arif akur dengan keputusan ibu kesayangannya itu.
Biar betul mak Arif tu?Tak
mungkin aku ni jenis yang Arif suka.Lagipun, aku dengan dia jarang berbual
walaupun satu kelas. Tapi aku rasa aku dah tersuka dekat dia.Tak mungkin!
Kini segalanya mungkin
kerana kami telah bercouple selama setahun.Mak
dan ayah Arif ialah insan yang paling gembira apabila Arif mengumumkan
perkara ini kepada mereka berdua. Sebelum ini aku tak sangka Arif jenis yang
terlalu memilih sehingga mak dia risau tentang zaman percintaan anak tunggalnya
itu.
Semakin lama aku bersama dia semakin terisi ruangan kosong di hatiku.
Ketika dia sedang
bergembira bersama-sama rakan-rakannya di tempatnya, aku sedang memerhatinya
dari sini.Tiba-tiba, kami bertentangan mata.Dia tersenyum melihat aku di
hadapannya lalu dia bangun dari tempat duduknya dan menuju ke arah aku.Aku
mengelabah ketika dia datang ke sini.
Aku mahu menutup skrip
novel yang aku sedang tulis sementara menunggu cikgu datang tadi. Namun, hasrat
tersebut terpaksa dibatalkan apabila langkah dia lebih cepat daripada jangkaan
aku. Dia berdiri di sebelah kiri aku sambil memegang tetikus untuk melihat skrip
novel daripada mula dan dibacanya skrip tersebut.
“Gaya penulisan dah
semakin menarik.Macam ni la yang saya suka.Bila baca tak rasa bosan,” puji Arif
sambil menguntumkan senyuman manisnya.
“Tak payahlah puji
sangat,” aku melemparkan pandangan ke arah lain supaya dia tidak dapat melihat
wajah aku yang kelihatan berona merah selapas dipujinya sedemikian.
Arif ketawa apabila dia
perasaan tentang perkara tersebut. Aku menjadi bengang apabila dia
ketawa.Lantas aku memukul manja bahu kanannya. Dia mula berlakon kesakitan.
Suasana yang meriah ini
disaksikan oleh rakan-rakan sekelas aku yang berada di bilik mesyuarat. Ketika
ini tiada guru kaunseling di dalam bilik mesyuarat kerana dia pergi mengambil
fail peribadi murid tingkatan 5 tahun lepas iaitu tahun kami.
Setelah cukup setahun
kami couple,maka terbitlah novel yang bertajuk ‘PERTEMUAN KITA’. Novel ini
memaparkan kisah hidup yang sebenar di antara aku dan dirinya. Kalau tiada dia
di sisi aku mustahil aku dapat menghasilkan karya yang penuh dengan memori
indah, suka dan duka ini. Dialah cinta pandang pertamaku selama ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan