Rembulan malam
mengingatkan aku kepada si dia.Ketika kali pertama aku berjumpanya tidak aku
tahu tentang dirinya.Aku melihatnya dari jarak yang jauh namun inginku
melangkah menghampirinya.Tetapi niatku ini tidak kesampaian apabila diriku ini
dikelilingi rakan-rakan sebagai penghalang.Aku melihatnya tersenyum gembira
bersama-sama rakan-rakannya tetapi diriku ini disisih rakan-rakanku sendiri.
Dunianya dan duniaku
tidak jauh bezanya.Disisih,dipulaukan dan diketepikan tetapi dirinya masih ada
sokongan.Aku sentiasa bersendirian ke sana ke mari hanya bersama-sama mereka
jika aku diperlukan.Aku bagaikan sumber keperluan mereka apabila diperlukan
tetapi akan dilupakan apabila mereka senang.
Sepi.Dunia ini sungguh sepi tanpa seorang pun yang mengerti.Walaupun diri ini tidak kisah tentang apa yang dilakukan mereka terhadap diriku ini. Walaupun aku tidak meminta apa yang telah aku berikan kepada mereka tetapi aku ingin juga diri ini dilihat pernah wujud di dunia ini.
Namun,segalanya berubah
setelah aku bertemu si dia yang telah ditakdirkan untuk diriku ini. Si gadis
yang sama usia dan juga rakan sekelasku telah muncul di hadapanku. Walaupun
pada mulanya aku ingin mengenalinya tetapi aku takut akan sahabatnya yang tidak
menyukaiku. Malah,aku juga tidak tahu bagaimana aku ingin berbual-bual
dengannya.
Setiap hari ketika aku
berada di sekolah,aku akan memerhatikannya walaupun dari jauh. Hal ini demikian
kerana rakan-rakanku yang lain tidak suka akan dirinya yang dianggap sombong
itu tetapi bagiku itu tidak benar kerana aku telah lama memerhatikannya.Jika
aku tidak boleh bersamanya secara terang-terangan,aku akan bersamanya secara
senyap.Aku membantunya dalam diam tanpa diperasani rakan-rakan sekelas.Tidak
kira mereka mahu berkawan atau tidak ianya langsung tiada kaitan dengan
aku.Bagiku lebih baik mencari kawan daripada mencari lawan dan lebih baik hidup
bersokongan daripada hidup bersendirian.Hidup ini lagi indah sekiranya memiliki
insan-insan yang disayangi.
Aku terus maju
mengenali dirinya sehinggalah aku berada di bangku sekolah menengah.Saat itu
aku mengenalinya dengan lebih mendalam sehingga kini aku masih ingin
mengenalinya dengan lebih lagi.Tahun ini adalah tahun terakhirku di sekolah
ini,namun aku berharap kami tetap akan bersama walaupun kami tinggal
berjauhkan.Tanpa aku jangka hubungan persahabatan ini telah menunjukkan aku
suatu keajaiban yang bukan hanya kebetulan.Aku dapat merasakan bahawa aku dan
dia bukan sahabat yang biasa kerana setiap kali aku teringat akan dirinya atau
tersebut namanya,dirinya akan muncul di hadapanku tanpa diduga atau dia mungkin
akan menelefonku tanpa aku tahu sebabnya.
Kali pertama aku rasa itu hanyalah kebetulan dan kali kedua juga sedemikian.Tetapi untuk kali yang seterusnya bagiku semua itu bukan kebetulan semata-mata tetapi hubungan persahabatan ini yang menariknya ke sini bertemuku.
Kali pertama aku rasa itu hanyalah kebetulan dan kali kedua juga sedemikian.Tetapi untuk kali yang seterusnya bagiku semua itu bukan kebetulan semata-mata tetapi hubungan persahabatan ini yang menariknya ke sini bertemuku.
Pada malam yang indah
ini,aku sedang menunggunya di hadapan rumahku ini.Ketika aku sedang menulis
ceritaku ini beberapa minit yang lalu,kedengaran alunan lagu Bird nyanyian Yuya
Matshuhita daripada telefon bimbit Samsung hitamku yang terletak di atas meja
tulisku.Ternyata mesej itu dihantar oleh si dia yang aku sedang sebut-sebutkan
tentang dirinya dalam cerita ini.Diajaknya aku keluar bersama-samanya untuk
meraikan hari lahir si putera terakhir kami pada malam ini.
Dia datang ke rumahku
dengan motorsikal Kriss hitamnya yang baru dibeli oleh ayahnya pada hari
semalam.Aku datang menghampirinya setibanya dia ke rumah aku. Kemudiannya,kami
bersama-sama menunggang motorsikal masing-masing menuju ke taman di mana tempat majlis hari lahir si putera
terakhir itu bakal berlangsung.
Ketika ini aku dan
dirinya menyaksikan keindahan malam bersama-sama rakan-rakan sekelas kami yang
telah menjadi seperti keluarga kami sendiri.Diri ini tidak lagi berasa tersisih
kerana rakan-rakanku kini adalah yang terbaik.Kami selalu bersama-sama berkongsi
kegembiraan dan kesedihan serta saling memahami situasi masing-masing.Sokongan
guru-guru,rakan-rakan dan ahli keluarga juga membuatkan aku berasa diri ini
bukan bersendirian tetapi sentiasa bersama mereka walaupun berada di mana
sahaja.Dirinya juga semakin ceria kerana adanya rakan-rakan yang seia-sekata
yang sentiasa memberinya dorongan.
Tidak akan aku lupa
jasamu
walaupun diri ini jauh di matamu
namun
aku tetap memanggil-manggil namamu
supaya kita dapat bertemu.
Inginku
katakan kepadamu
bahawa diri ini sangat menyayangimu
berharap dapat terus bersamamu
kerna
aku ingin sentiasa di sisimu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan