Khamis, 12 Februari 2015

PUISI : DADAH DURJANA

Dadah,
Ketika dulu kau bagaikan penawar,
Mengukir sejarah di bidang perubatan,
Penyelamat nyawa ketika kesakitan.

Namun kini,
Martabatmu begitu hina,
Kehadirmu bak najis semata-mata,
Kau hanyalah pemusnah,
Generasi dunia.

Dadah,
Kau umpama rakan yang mengalir,
Dalam pembuluh darah,
Bagai jarum yang ditusuk hingga ke tulang,
Perit,
Pedih.

Dadah,
Kau durjana.

PUISI : DADAH PEMBUNUH GENERASI

Dadah,
Kau bermartabat tinggi dalam dunia perubatan,
Kau juga pemusnah dalam dunia penagihan,
Kau bagaikan racun dalam madu,
Membunuh pencintamu dalam diam.

Dadah,
Jika dahulu kau adalah kawan,
Kini kau adalah lawan,
Kau penyebab generasi-generasi kini,
Kecundang dalam rencah penagihan.

Wahai generasi muda,
Tajamkan fikiranmu,
Luaskan pengetahuanmu,
Dadah bukan sahabatmu,
Dadah pemusnah dirimu.

Musuhmu jangan cuba didekati,
Kerana dirimu akan disakiti,
Hidupmu akan merana sehingga mati,
Kerana dirimu sukar diubati,
Kubur juga sedang menanti.

PUISI : ADD MATH

Kali pertama kita bertemu
Aku tidak tahu siapakah dirimu
Hari demi hariku
Kau dan aku sentiasa bertemu.


Diriku tertarik akan dirimu
Pelbagai gaya kau tunjukan kepadaku
Sehingga aku pening memikirkan dirimu
Namun kau tetap di hatiku.


Kini sudah dua tahun kita bertemu
Tidak jemu aku menatap dirimu
Makin dilihat makin kujatuh cinta kepadamu
Kerana dirimu ada di hatiku.


Add Math adalah namamu
Kau subjek kegemaranku
Makin aku lihat makin aku ingin tahu
Sejauh mana keistimewaan dirimu.

KISAHKU : MESEJ DETIK 10 MALAM

Tepat detik 10 malam,telefon bimbit Nokia milik Afiqah akan berbunyi dan itu menandakan mesej diterima.Dia tidak tahu siapa yang menghantar mesej tersebut kepadanya. Malahan,dia mendapat mesej itu bukan pada hari ini sahaja tetapi setiap hari pada pukul 10 malam.Beberapa hari yang lalu dia ada bertanya kepada rakan-rakannya tentang hal ini tetapi tiada sesiapa pun yang tahu.

Waktu pagi di bandar metropolitan ini sangat sesak dengan kesibukan di jalan raya. Afiqah akan keluar dari rumah untuk ke kolejnya pada pukul 6.30 pagi pada setiap hari.Hal ini demikian kerana bagi mengelakkan diri daripada terperangkap dalam kesesakan jalan raya.

Setibanya dia di kolej,dia berasa hairan apabila melihat ramai gadis berada di tempat letak kereta.Ternyata di tempat itu terdapat seorang putera yang menjadi kegilaan semua gadis di kolej tersebut.Afiqah hanya membiarkan keadaan tersebut sedemikian dan dia berlalu pergi untuk menempatkan kereta Kancil merahnya di tempat letak kereta.

Kemudian,dia keluar dari kereta tersebut dan menuju ke dewan kuliah.Pada masa inilah Afiqah ditarik oleh seseorang dan orang itu mengakui bahawa Afiqah adalah teman wanitanya.

‘Ha?Apa yang mamat ini fikirkan?Sejak bila kami bercouple sedangkan berjumpa pun jarang,’Afiqah terkejut besar tentang pengakuan tersebut.

Para gadis yang berada di tempat letak kereta itu juga terkejut apabila putera idaman mereka berkata sedemikian.Mereka merungut dan berasa sedih.Kemudian,mereka berlalu pergi meninggalkan si putera bersama-sama Afiqah.

“Kenapa Hakim cakap macam tu?Terkejut,tahu tak.”Afiqah bertanya kepada Hakim sambil mendongakkan kepalanya kerana Hakim lebih tinggi daripada dia.

“Apa salahnya.Kau dengan aku bukannya orang asing.Pernah tinggal serumah lagi,kan.”ujar Hakim sambil menundukkan kepalanya melihat wajah Afiqah yang kelihatan malu.

“Ah,itu pun sebab aku ni kerja dekat rumah kau kalau tidak aku pun tak ingin nak lepak dekat rumah kau lama-lama,”ujar Afiqah sambil menyilangkan tangannya di dada tanda protes.

“Tak ingin?Yalah tu.Bukan kau lagi suka ke kalau tinggal dekat rumah aku.Dapatlah kau tengok muka kacak aku ni hari-hari,”sakat Hakim sambil mendekatkan mukanya ke muka Afiqah.

“Kacak apanya?Langsung tak kacaklah kalau suka kacau orang,”bengang Afiqah lalu mengatur langkah beredar dari tempat tersebut.

Namun,tangan kanannya ditarik sekali lagi oleh Hakim sambil berkata, “Kenapa kau tak boleh nak cakap baik-baik kalau dengan aku? Kenapa dengan lelaki lain kau okey je? Dekat rumah pun sama.Kau selalu je tak nak layan aku sedangkan aku rasa kesunyian dekat dalam rumah tu,”dia menyatakannya dengan nada yang sayu.

“Mama dan papa kau kan ada.Sunyi apa lagi.Lagipun aku ni cuma maid sementara dekat rumah kau je.Kalau dah dapat maid baru nanti aku berhentilah.Kau pun bukan budak-budak lagi,dah besar gajah pun.Sudahlah.Aku ada kuliah ni nanti lambat pula,”kata Afiqah dengan harapan tangannya akan dilepaskan.

Hakim melepaskan tangan Afiqah dan memerhatikan langkah Afiqah yang meninggalkannya di tempat letak kereta itu.Dia termenung panjang tanpa berkata apa-apa.

Tiba-tiba,terpancul satu ayat daripada mulutnya, “Kau langsung tak terfikir ke aku selalu hantar mesej tu sebab aku sangat mencintai kau?”

Selepas pulang dari kolej,Afiqah terus ke rumah Hakim untuk menjalankan tugasnya sebagai orang gaji di rumah itu.Tempat pertama yang dia akan pergi ialah dapur.Hal ini demikian kerana Hakim akan tanya pasal makanan apabila dia pulang ke rumahnya.

Setengah jam kemudian,Afiqah telah selesai memasak beberapa jenis hidangan.Tidak lama selepas itu Hakim pulang ke rumah lalu melemparkan beg sandang dan topinya sesuka hati.Afiqah yang berada di dapur terus menuju ke ruang tamu apabila Hakim pulang ke rumah.Dilihatnya beg sandang dan topi Hakim berada di atas lantai.

“Hakim!Berapa kali aku nak cakap,jangan buang beg dengan topi kau merata-rata? Letihlah aku kalau kena cakap benda yang sama hari-hari,”rungut Afiqah sambil memandang tajam ke arah Hakim yang sedang berbaring di atas sofa.

“Suka hati aku la nak buat apa pun. Yang kau kisah sangat buat apa?Tak payahlah layan aku yang tak kacak ni.Pergilah buat kerja dekat sana tu,”rajuk Hakim sambil menutup mukanya dengan bantal sofa.

“Jangan nak merajuklah.Pergi makan cepat.Aku dah masak makanan kegemaran kau dekat meja makan tu.Kalau kau tak habiskan,aku belasah kau cukup-cukup,faham?”tegas Afiqah.Kemudian, Afiqah mengambil beg sandang dan topi milik Hakim dan diletakkannya di atas meja pendek di hadapan sofa.

“Tak nak,” bantah Hakim yang masih berada dalam keadaan tersebut.

“Suka hati kau la. Aku dah nak balik ni.Ada banyak kerja yang aku nak kena hantar esok.Kalau kau lapar pandai-pandailah ambil makanan tu sendiri,ya.Assalammualaikum?” Afiqah berlalu pergi meninggalkan rumah tersebut.

Kini tinggallah Hakim bersendirian di atas sofa itu.Dia memeluk bantal sofa yang di letakkan pada mukanya tadi.

‘Adakah dia bencikan aku?Kenapa dia selalu je marah-marah aku?’ Hakim berfikir sejenak sehingga dia tertidur di atas sofa itu.

Pada pukul 10 malam,Afiqah menerima mesej tersebut lagi.Pada setiap hari dia akan   mendapat mesej yang sama iaitu ‘Saya sangat  rindukan awak.Tolonglah datang ke sini.’ Afiqah masih tidak tahu siapa yang menghantar mesej tersebut walaupun sudah sebulan berlalu sejak dia bekerja di rumah Hakim.

“Hakim!Marilah makan malam dengan mama dan papa,”panggil ibu Hakim,Puan Salmah yang berada di hadapan pintu bilik Hakim.

“Hakim tak rasa lapar pun.Mama dan papa makanlah dulu,”sahut Hakim yang berada di dalam biliknya.Ketika itu,dia berbaring di atas katilnya sambil memegang telefon bimbit Samsung Galaxy hitamnya.

“Afiqah,kenapa kau langsung tak balas mesej yang aku selalu hantar?Adakah kau bencikan aku?” ujarya yang sedang kesedihan.Dia memejamkan matanya sambil memeluk Samsung Galaxynya dan dia terus dibuai mimpi indah padamalam itu.

Selama empat hari Afiqah tidak datang ke rumah Hakim kerana terlalu sibuk dengan kerja kolejnya.Selain itu,di rumah Hakim juga mempunyai pembantu rumah yang baru.Sejak daripada kejadian itu,Hakim langsung tidak keluar dari biliknya dan dia juga tidak pergi ke kolejnya.Mama dan papanya risau akan keadaannya yang pelik itu.Tidak tahulah apa yang dilakukannya di dalam bilik itu sendirian.

Afiqah mula berasa sepi apabila tidak berjumpa dengan Hakim lagi.Hal ini demikian kerana dia tidak ke rumah Hakim lagi.Selain itu,dia juga langsung tidak berjumpa Hakim di kolej.Afiqah bercadang untuk pergi ke rumah Hakim dan bertemunya tetapi dia terlalu sibuk dalam minggu ini.

Pada detik 9.30 malam,Afiqah mendapat satu panggilan daripada Puan Salmah.Dia menyatakan bahawa Hakim telah lama tidak keluar dari biliknya.Hal ini membuatkan Puan Salmah risau kerana dia dan suaminya serta pembantu rumahnya telah puas memujuk Hakim keluar tetapi Hakim tetap tidak keluar.Sekarang ini cuma tinggal Afiqah sahaja yang belum mencubanya.Puan Salmah mengharapkan Afiqah untuk memujuk Hakim keluar dari biliknya.

Afiqah datang ke rumah Hakim dengan menaiki kereta Kancil merahnya.Kedatangan Afiqah di sambut oleh Puan Salmah yang berada di hadapan muka pintu.Puan Salmah dan Afiqah menapak naik anak tangga menuju ke bilik Hakim yang terletak di tingkat 2.

“Assalammualaikum,Hakim.Aku datang ni.Kau okey ke?Mama kau cakap kau langsung tak keluar sejak hari terakhir aku datang sini.Kenapa kau buat macam tu?”soal Afiqah yang berada di hadapan pintu bilik Hakim.

Ketika ini Hakim membuka matanya apabila terdengar suara Afiqah memanggilnya. Dilihatnya ke pintu biliknya dengan pandangan yang sayu dan tidak bermaya.

“Hakim,keluarlah cepat.Kau tak rasa lapar ke duduk dekat dalam bilik tu lama-lama? Hakim,kenapa kau berperangai macam ini?Aku minta maaf kalau aku buat kau marah masa tu.Aku cuma letih sebab ada banyak lagi kerja nak kena buat dan hantar pada hari yang sama.Tambahan pula,hari tu banyak masalah yang aku perlu hadapi.Maaflah sebab buat kau marah,”jelas Afiqah sambil menundukkan kepalanya dan melihat ke lantai.

Hakim bangun daripada baringnya lalu dia duduk di atas katil.Dicapainya Samsung Galaxy yang berada di atas katil itu.Kemudiannya,dia menghantar mesej yang sama kepada Afiqah. Tepat jam 10 malam,telefon bimbit Nokia milik Afiqah berbunyi lalu dia mencapainya. Dilihatnya mesej itu dengan teliti.Terdapat satu kelainan pada mesej tersebut iaitu ‘....Akhirnya awak datang juga ke sini.Dah lama saya tunggu awak di sini.’Afiqah berasa hairan terhadap mesej yang diterimannya itu.

“Hakim,selama aku tak berjumpa kau dekat kolej aku rasa sunyi sangat.Yalah,kau pun selalu kacau aku dekat kolej tu sebab tu aku rasa sunyi,”ujarnya dengan wajahnya yang sayu.

Manakala,Hakim yang berada di dalam biliknya pula mula mengatur langkah menuju ke pintu biliknya.Kemudian,dibukannya pintu tersebut.Dia tersenyum ketika melihat wajah Afiqah yang berada di hadapannya.

“Hakim!”Afiqah dan Puan Salmah terkejut apabila Hakim pengsan di hadapan mereka.

Mereka menerpa ke arah Hakim yang telah terterap di atas lantai di hadapan pintu biliknya.Pada tangan kanannya digenggam erat Samsung Galaxy miliknya.Afiqah mencapai telefon tersebut lalu dilihatnya.Alangkah terkejutnya apabila dia mendapati bahawa orang yang menghantar mesej kepada dia selama ini adalah Hakim.Hal ini demikian kerana mesej yang baru dihantarnya sebentar tadi masih tidak dipadamnya.

Hakim dikejarkan ke hospital.Dia dirawat di wad kecemasan dan disahkan demam kerana kekurangan air dalam badan dan tidak makan dalam beberapa hari.

Wajah Hakim yang kacak itu ditatap lama-lama oleh Afiqah.

‘Kenapa aku langsung tak perasan pasal hal ini?Patutlah aku rasa kekurang je kalau dia tak ada bersama aku.Adakah ini cinta?’fikir Afiqah.

Seminggu telah berlalu,kini Afiqah dan Hakim telah memulakan percintaan  mereka yang sebenarnya.Walaupun Afiqah tidak bekerja di rumah Hakim tetapi dia tetap datang untuk menyediakan makanan bagi teman lelakinya itu sebab Hakim akan merajuk lagi sekiranya Afiqah tidak menyediakan makanan untuknya.

Namun,mesej tersebut tetap diterima oleh Afiqah pada setiap malam tepat jam 10 malam.Tetapi mesej kali ini adalah mesej yang berbalas dan bukan seperti sebelum ini,mesej yang tidak dibalas.Hubungan mereka semakin mesra malah mereka juga semakin rapat.

Tepat jam 10 malam pada setiap hari,satu mesej akan dihantar kepada anda dan penghantarnya adalah misteri.Apabila anda tahu kebenaran itu,maka orang itu adalah orang yang mencintai anda tanpa anda sedari.Malah,jika anda tidak bersamanya anda juga akan rasa kesunyian yang tidak diduga.Semoga anda memiliki si dia yang tercinta.

Rabu, 11 Februari 2015

KISAHKU : DIA CINTAKU


BAB 1 : JEJAKA ITU MUNCUL


Mimpi memberi aku pertanda bahawa aku akan bertemu si dia di sini.Situasi kami sama seperti dalam mimpi aku malam tadi.Dia sedang berdiri di hadapan aku sambil memegang telefon bimbit aku yang telah terjatuh tadi.Wajah kacaknya sukar untuk aku lupakan walaupun kami sudah lama tidak bertemu.

“Ini telefon bimbit kamu.Lain kali masa berjalan tu hati-hati sikit,” dia menyerahkan semula telefon bimbit kepada aku.

Adakah dia langsung tidak perasaan bahawa kami pernah berjumpa sebelum ini?

“Saya minta maaf sebab terlanggar kamu,” aku rasa bersalah sebab telah terlanggar dia ketika bergegas menaiki LRT sebelum pintu LRT ditutup.

Ketika di dalam LRT, kami duduk bersebelahan. Aku nak berbual dengan dia tetapi tidak tahu topik apa yang sesuai untuk dibualkan.Sejak bertolak lagi dia asyik mendengar lagu daripada telefon bimbitnya menggunakan hearphone.Aku rasa malas nak mengganggu lalu aku hanya mendiamkan diri.

“Siapa nama kamu?” Tiba-tiba dia bertanya kepada aku.Lantas aku melihat ke arahnya.

“Saya?” Dia menghanggukkan kepalanya tanda mengiakannya.

“Nama saya Fatin. Kamu pula?” aku berasa sedikit malu ketika berbicara.

“Khairul,” jawabnya ringkas.

Destinasi kami telah tiba.Pintu LRT dibuka.Orang ramai berebut keluar dari LRT ini.Aku menoleh ke kiri di mana dia berada sebelum ini.

Dia sudah hilang.Ke mana dia pergi?

Aku melangkah keluar daripada LRT tersebut.Kemudian, aku melihat ke sekeliling kawasan perhentian untuk mencari keberadaannya.Namun, aku tidak menemuinya.

Aku meneruskan perjalanan aku menuju ke tempat yang telah aku dan rakan-rakan aku janjikan.Kami berkumpul di sebuah taman yang romantik.

“Lambatnya kau sampai.Terlewat bangun ke?” Syafiqah menyambut kedatangan aku ke taman ini.Manakala yang lain sibuk berbual-bual di pondok.

“Bukan lambat sangat pun.Mana boyfriends korang?Tak sampai lagi ke? Mereka lagi lambat daripada aku, tahu tak,” aku mengeluh sambil berjalan mengekori Syafiqah ke pondok.

“Kejap lagi sampailah tu. Budak lelaki, biasalah,” ujar Syafiqah yang memahami lelaki kerana dia telah mempunyai seorang boyfriend yang kacak dan begaya.

“Kau tak kisah ke kitaorang dating dekat depan kau?Nanti kau bosan pula,” tanya Ana apabila dia sedar kehadiran aku di sini.

“Aku tak kisah pun.Lagi bosan kalau aku duduk dekat rumah,” Aku mengambil tempat di kerusi yang terletak di sebelah Ana.

“Hello, girls! Sorry terlambat. Ada orang sesat dekat tengah jalan tadi,” seloroh Amir sambil

Khairul?Apa yang dia buat dekat sini?

“Kenapa you bawa Khairul ke sini?Dia tak sibuk ke hari ini?Maklumlah orang popular,” sakat Robiatul. Sikap dia yang suka perkenakan orang lain sama macam sikap kekasih hati dia juga.

“Fatin?” aku terkejut apabila dia menyebut nama aku di hadapan rakan-rakan aku.

“Ha....Hai, bertemu lagi kita,” aku rasa malu apabila mereka melihat ke arah aku dengan pandangan yang mencurigakan itu.

“Bila masa pula korang berkenalan?” tanya Fendi yang kehairanan.Yang lain turut hairan dengan keadaan ini.

“Aku terjumpa dia dalam LRT tadi masa nak datang ke sini,” jawab Khairul dengan jujur.

“Dah tu, kenapa kau tak datang dengan Fatin ke sini? Kalau dah dating dalam LRT tu, apa salahnya kalau dating sambil berjalan ke sini,” Adi mengangkat kedua-dua keningnya ketika menyakat Khairul.

“Kau ni dah kenapa? Tak akan aku nak ajak anak dara orang yang aku tak kenal pergi dating dengan aku?Aku balik je lah.Malas aku nak layan korang yang entah apa-apa ni,” bengang Khairul lalu dia berpaling ke belakang.

“Ooppss! Baru sampai, tak akan dah nak balik.Asyik berkurung dekat rumah je, tak bosan ke? Aku ajak kau pun bukan suka-suka tapi sebab kami tak cukup orang,” Amir menahan Khairul daripada balik begitu sahaja.

“Maksud kau?” tanya Khairul yang kurang faham.

“Kedua-duanya single.So, apa salahnya kalau kau temankan Fatin hari ni. Lagi pun dia datang sini sebab nak cari cinta.Betul tak Fatin?” ujar Amir sambil tersenyum bahagia.

“Mana ada la.Aku datang sini sebab bosan duduk dekat rumah.Kau pandai-pandai je buat cerita,” rungut aku.

“Bila nak mula ni?Aku tak sabar-sabar nak pergi shopping,” ujar Ana yang berada di sebelah aku sekarang ini.

“Jom kita pergi shopping!” ajak Amir selaku ketua pada hari ini.

Mereka berjalan beriringan dengan pasangan masing-masing .Tetapi aku dan Khairul berjalan berjauhan antara satu sama lain.Aku mengekorinya dari belakang.

“Kenapa kau berjalan lambat sangat?Nanti aku tinggal baru kau tahu,” ujar Khairul dengan selambanya.

Aku tidak tahu perasaan apakah yang aku sedang alami ketika ini.Aku rasa gembira apabila dia berada bersama-sama aku sekarang ini.Rasa gembira ini lebih daripada rasa gembira yang biasa.Aku mula berangan-angan, andai kata dia menjadi milik aku seperti yang aku inginkan selama lima tahun yang lalu.

Langkah aku terhenti apabila menyedari bahawa aku telah ditinggalkan dalam perjalan kami di dalam pusat membeli belah.

Ke mana mereka telah pergi?Khairul pun tak ada.

Rasanya aku tidak patut ikut mereka.Lebih baik aku pergi jalan-jalan dekat kawasan lain.

Aku pergi membeli belah sendirian di tempat-tempat yang telah lama aku tidak kunjungi. Ketika aku mahu pergi ke kedai buku, aku ternampak Khairul sedang berlari ke arah aku.Dia kelihatan penat.

“Kau ke mana?Puas aku cari kau dekat semua tempat dalam pusat membeli belah ni,” ujarnnya dengan keadaan termengah-mengah selepas berlari sekuat hatinya.

Dia risau pasal aku ke?

“Bukan ke korang yang tinggalkan aku?Aku rasa lebih baik tak payah ikut korang.Sebab tu aku shopping sendirian dekat sini,” jelas aku sambil menunjukkan beg-beg barangan yang telah aku beli tadi.

“Boleh tak,kau jangan buat aku risau lagi?Aku jadi tak keruan bila kau tak ada dekat belakang aku tadi,” perasaan risaunya terpapar di wajah kacaknya ketika ini.

“Kalau macam tu, kenapa tak pegang je tangan saya tadi kalau rasa tak nak kehilangan saya,” aku berkata sedemikian seolah-olah aku memahami perasaan dia walhal aku langsung tak tahu apa-apa.

“Boleh ke?Rasanya lebih baik aku pegang tali beg tangan kau daripada aku pegang tangan kau sebab kita bukan adik-beradik pun.Aku harap kau faham,” cara dia berbicara itu melambangkan dirinya yang baik.

Aku jadi malu apabila menyuruh dia memegang tangan aku tadi.

“Jom pergi makan dekat Restorant Sushi,” ujar kami secara serentak. Kami terkejut dan kemudiannya ketawa.

“Aku tak sangka kita ada cita rasa yang sama,” dia masih tidak berhenti ketawa.

“Sudah la gelak tu.Jom pergi makan,” aku menarik lengan bajunya yang panjang itu untuk membawanya ke tempat makan tersebut.

“Siapa yang pimpin siapa sebenarnya ni?”perli Khairul sambil berjalan menuju ke Restorant Sushi.

“Suka hati aku la.Sebab aku tak nak kehilangan kau sekali lagi.Aku nak kau sentiasa ada dengan aku,” aku mengatakannya dengan jujur tentang isi hati aku selama ini.

Ketika ini dia memandang ke arah aku.Manakala, aku pula tertunduk malu.Mungkin wajah aku telah berona merah ketika ini.




BAB 2 : GADIS ITU SERING BUAT JANTUNGKU BERDEGUP KENCANG


Kali pertama aku berjumpa gadis ini aku rasa seperti aku pernah berjumpa dengan dia sebelum ini.Tapi di mana?

“Nama saya Fatin,” jawab si gadis ketika aku bertanyakan namanya.

Fatin? Mustahillah dia yang pernah aku suka sebelum ini.

Jantung aku berdegup kencang apabila aku mendapat tahu bahawa dia ialah Fatin yang pernah aku kenali dahulu.Aku tak sangka dia dah semakin cantik.

Aku jadi malu apabila dia melihat ke arah aku.Aku tidak dapat menahannya perasaan teruja, suka dan bahagia ini.Setibanya di perhentian,aku bergegas keluar daripada LRT menggunakan pintu yang berlainan.

Aku datang ke sini bukan kerana sesuka hati mahu ke luar dari rumah.Sebenarnya aku dipaksa datang ke sini oleh Amir.Kalau aku tak datang ,segala rahsia aku selama ini akan terbongkar. Sebelum ini aku pernah beritahu dia bahawa aku ada perasaan terhadap Fatin sejak sekolah menengah sehingga sekarang.

“Taman yang Amir maksudkan tu dekat mana?Aku dah tersesat ke?”

Aku merayau-rayau mencari taman itu sehinggalah aku dah putus asa sebab aku tidak tahu taman mana yang dia maksudkan itu.Lain kali beritahulah nama taman tu senang sikit aku nak cari sebab dekat sini ada banyak sangat tamannya.

Tiba-tiba, telefon bimbit aku berdering.Aku menjawab panggilan tersebut yang datangnya daripada Amir.

“Hello, kau dekat mana?” aku menjawab panggilan tersebut sambil mencari-cari Amir di kawasan ini.

“Aku dah hampir sampai taman.Kau dekat mana?” Kedengaran suara rakan-rakan Amir ketika dia sedang berbual dengan aku melalui telefon bimbit.

“Aku rasa, aku dah sesat,” secara jujurnya aku langsung tak pernah datang dekat kawasan ini.

“Kau tunggu dekat sana, nanti aku datang,”

Panggilan ditamatkan.

Beberapa minit kemudian, aku terlihat Amir dan rakan-rakannya sedang menuju ke arah aku yang berada di hadapan taman ini.

“Ini ke yang kau kata sesat?”Amir ketawa diikuti oleh Adi dan Fendi.

“Pembetulan. Bukan sesat tapi dah sampai,” ujar Fendi sambil ketawa kepada aku.

“Cis,aku tahulah aku tak berapa arif sangat dengan kawasan ni.Kalau tak sebab Amir yang paksa aku, mustahil aku ada dekat sini,” aku berasa bengang walaupun mereka sedang bergurau.

“Relax la.Kau tak sia-sia ikut kami datang sini sebab ada kejutan khas untuk kau hari ini,” cara Adi bercakap macam main-main sahaja .Aku rasa seperti percaya tak percaya je.

“Jom la masuk taman dulu baru kau tahu,”  ujar Amir sambil mengiringi aku masuk ke taman tersebut. Mereka bertiga masih tidak berhenti ketawa walaupun tidak ada perkara yang lucu sangat terjadi.

Ketawalah sekuat hati korang sampai sakit perut.Korang suka sangat permainkan aku sebab tu aku malas nak ikut korang pergi mana-man.

Setibanya aku di taman, aku terlihat seorang gadis yang aku kenali.

“Fatin?” aku tersebut nama dia secara selamba.Kemudian, aku berasa malu apabila dia melihat ke arah aku.Rasa macam nak lari sahaja dari situ.

“Ha....Hai, bertemu lagi kita,”suara merdunya buatkan jantung aku berdegup kencang.

“Bila masa pula korang berkenalan?” Fendi memandang tepat ke wajah aku dengan riak wajah tertanya-tanya.

“Aku terjumpa dia dalam LRT tadi masa nak datang ke sini,” aku cuba menjelaskannya.

“Dah tu, kenapa kau tak datang dengan Fatin ke sini? Kalau dah dating dalam LRT tu, apa salahnya kalau dating sambil berjalan ke sini,” Adi bertanyakan soalan yang bukan-bukan kepada aku.Dia buat aku rasa bertambah tak selesa.

“Kau ni dah kenapa? Tak akan aku nak ajak anak dara orang yang aku tak kenal pergi dating dengan aku?Aku balik je lah.Malas aku nak layan korang yang entah apa-apa ni,” geramnya aku dengan Adi ni.

Lebih baik aku balik sekarang.

“Ooppss! Baru sampai, tak akan dah nak balik.Asyik berkurung dekat rumah je, tak bosan ke? Aku ajak kau pun bukan suka-suka tapi sebab kami tak cukup orang,” Amir sengaja menghalang aku daripada balik ke rumah.

“Maksud kau?” Apa yang dia rancangkan sebenarnya?

“Kedua-duanya single.So, apa salahnya kalau kau temankan Fatin hari ni. Lagi pun dia datang sini sebab nak cari cinta.Betul tak Fatin?” Amir memang nak buat macam tu daripada awal lagi ke?

“Mana ada la.Aku datang sini sebab bosan duduk dekat rumah.Kau pandai-pandai je buat cerita,” Fatin tiba-tiba melenting apabila Amir berkata sedemikian.

“Bila nak mula ni?Aku tak sabar-sabar nak pergi shopping,” Ana mula mengubah topik.

“Jom kita pergi shopping!” Bersemangatnya Amir.

Bersemangat sebab dia dah nak mulakan perancangan yang seterusnya ke?

Sekarang ini aku berjalan berdua-duaan dengan Fatin tapi aku tak berani nak pegang tangan dia seperti mana mereka yang mesra dengan pasangan masing-masing. Jantung aku semakin berdegup kencang.Aku rasa nak lari jauh daripada dia sebelum dia nampak mula aku yang memalukan ini.

“Kenapa kau berjalan lambat sangat?Nanti aku tinggal baru kau tahu,” aku sengaja berkata sedemikian kerana aku tidak tahu apa yang patut aku bualkan dengan dia.

Disebabkan perasaan aku yang tidak dapat dikawal lagi,langkah aku semakin laju.Tanpa aku sedari, aku telah tinggalkan dia di belakang.

“Dia dah tertinggal,” aku mula gelisah apabila aku melihat dia tiada di belakang aku.

“Khairul, apa hal ni?Mana Fatin?” tanya Fendi yang berpaling ke arah aku.

Mereka yang berada di hadapan aku berjalan menghampiri aku yang sedang risau tentang Fatin.

“Aku dah tertinggal dia dekat belakang tadi,”jawabku dengan perasaan cemas.

Oi, anak dara orang tu.Pergi cari dia cepat.Dia tu bukan tahu pun kawasan pusat membeli belah ni,”Amir menyuruh aku mencari Fatin.

Tapi dia ada dekat mana sekarang ni?

“Aku pergi cari dia sekarang,” aku berlari meninggalkan mereka di situ.

Aku mencari Fatin di kawasan yang aku telah lalui sebelum ini.Namun, dia tiada di sini. Aku mencarinya di merata-rata tempat sehinggalah aku bertemunya di hadapan kedai buku.

“Kau ke mana?Puas aku cari kau dekat semua tempat dalam pusat membeli belah ni,” kerisauan aku terus hilang apabila aku bertemu Fatin di sini.

“Bukan ke korang yang tinggalkan aku?Aku rasa lebih baik tak payah ikut korang.Sebab tu aku shopping sendirian dekat sini,” dia berkata seperti dia tidak kisah dengan apa yang telah berlaku.

“Boleh tak,kau jangan buat aku risau lagi?Aku jadi tak keruan bila kau tak ada dekat belakang aku tadi,”Aku tidak mahu kehilangan dia lagi.

“Kalau macam tu, kenapa tak pegang je tangan saya tadi kalau rasa tak nak kehilangan saya,” aku tak sangka dia akan berkata sedemikian.

“Boleh ke?Rasanya lebih baik aku pegang tali beg tangan kau daripada aku pegang tangan kau sebab kita bukan adik-beradik.Aku harap kau faham,” aku rasa aku tidak layak memegang tangannya.

“Jom pergi makan dekat Restorant Sushi,” ujar kami secara serentak.Selepas itu, kami ketawa.

Comelnya bila dia ketawa.

“Aku tak sangka kita ada cita rasa yang sama,” ujarku dengan perasaan teruja.Pada masa yang sama aku juga masih ketawa kerana aku gembira dapat bersama-sama dirinya.

“Sudah la gelak tu.Jom pergi makan,” dia menarik lengan baju aku untuk berjalan bersama-samanya menuju ke Restorant Sushi.

“Siapa yang pimpin siapa sebenarnya ni?” Aku rasa bahagia ketika itu.

“Suka hati aku la.Sebab aku tak nak kehilangan kau sekali lagi.Aku nak kau sentiasa ada dengan aku,”

Adakah dia pun sukakan aku selama ini?

Aku melihat ke arahnya.Aku tidak dapat melihat wajah jelitanya lagi apabila dia menundukkan kepalanya.

“I LOVE YOU,” aku dah tak dapat tahan perasaan cinta terhadap dirinya yang telah lama aku simpan.

Sejurus dia mendengar kata-kata aku tadi, dia terus melihat ke arah aku.Wajahnya berona merah ketika itu.Langkah kami terhenti di hadapan Restorant Sushi.

“Sekali lagi,” permintaannya aku tidak dapat menolak lagi.

“I LOVE YOU,FATIN, ”rasa malu bercampur gembira bersarang dalam hati aku ini.

“I LOVE TOO,KHAIRUL,” aku terkejut kerana dia membalas cinta aku sambil menangis.

“Kenapa kau menangis?” aku jadi tidak tentu arah apabila melihat dia menangis.

“Sebab aku gembira kau terima cinta aku.Sebenarnya aku dah lama suka dekat kau tapi masa tu kau pelajar popular .Aku rasa aku tak layak untuk kau.Walaupun macam tu,aku tetap cintakan kau,” dia mengesat-ngesat air matanya menggunakan tisu yang dibawanya di dalam beg tangan.

“Tak sangka, kita ada perasaan yang sama selama ini. Tapi sekarang baru kita tahu.Kalau dari dulu lagi dah tahu pasal ini kan bagus.Boleh la kita bercinta lebih lama lagi,” aku rasa lega dia mengakui perasaannya terhadap aku.

“Aku tak suka bercinta lama-lama. Kalau berani masuklah meminang,”dia buatkan aku rasa tak sabar-sabar untuk mengenalinya dengan lebih rapat lagi.

“Jom makan!” dia menarik lengan baju aku dengan sekuat hatinya ketika masuk ke dalam restorant.Hampir sahaja aku nak tersungkur ketika masuk ke dalam restorant tersebut.

Sikap dia langsung tak berubah.Masih periang seperti dahulu.

Kami menjamu selera di sini berdua-duan tanpa gangguan.

Aku tak sangka kejadian ini berlaku pada hari yang indah ini.Maka, hari lahir aku pada tahun ini lebih bermakna dengan adanya dia di sisi aku.



*****


“Bila mereka berdua dah bergembira mereka akan lupakan kita,” rungut Robiatul sambil melihat mereka berdua yang sedang duduk di sudut kiri restorant tersebut.

“Bahagia sungguh pasangan kekasih tu.Macam dah lama bercinta,” perli Adi yang duduk di sebelah Syafiqah.

“Mereka sepatutnya berterima kasih kepada aku yang dah rancangkan semuanya,” ujar Amir dengan bangganya.

“Segalanya dah selesai.The End,” ujar Ana dengan gembiranya sambil makan sushi kegemarannya.

“Amir,macam mana kau tahu mereka akan datang ke sini?” tanya Syafiqah sambil membelek-belek sushi yang dia tidak pernah makan.

“Tengok kakilah,” Amir berseloroh dan ketawa.

Syafiqah geram dengan jawapan yang diberi oleh Amir.Dia mahu menyumbat sushi yang dibeleknya tadi ke dalam mulut Amir tetapi di halang oleh Adi.

“Tak baik sumpat sushi dalam mulut orang.Kalau nak buat juga, buatlah macam ni,” Adi menyumbat sushi miliknya dan Syafiqah ke dalam mulut Amir yang sedang ketawa itu.

Fendi yang diam dari tadi tiba-tiba ketawa terbahak-bahak sampai tersedak.Nasib baik Ana sempat bagi Fendi minum air.Kalau tidak mesti dah masuk hospital.



*****


“Betul ke kau tak biasa dengan kawasan pusat membeli belah ni?” Khairul bertanya kepada aku ketika kami sedang menjamu selera di restorant ini.

“Ha?Untuk pengetahuan kau, aku selalu datang sini bila ada masa lapang.Aku selalu lepak dekat kedai buku yang kita jumpa tadi tu,” aku menjelaskannya secara ringkas.

“So,aku kena tipu dengan Amir la.Dia kata kau tak tahu pasal kawasan pusat membeli belah ni,” Khairul rasa bengang seketika.

“Kalau tak disebabkan dia, kau tak akan datang cari aku,” aku sengaja berseloroh dengan dia.

“Kalau tak disebabkan dia pun aku tetap akan cari kau.Sebab aku dah jatuh cinta dengan gadis cantik dekat depan aku ni,” kata-kata dia menyebabkan aku rasa bahagia dan terharu.

Cinta ini begitu indah jika kedua-dua insan merasai satu perasaan yang sama antara satu sama lain.Cinta menyatukan dua insan yang berbeza dan menyempurnakan kehidupan masing-masing dalam menjalani hari-hari yang mendatang.