Alam semesta sudah sekian lama wujudnya. Yang kini bumi semakin uzur ditelan zaman. Pelbagai masalah kian mendatang di dalamnya. Ada yang kita tahu dan yang tidak. Murka-Nya semakin marak tatkala manusia kian melupakan-Nya. Ingatlah hidup ini tidak selamanya abadi di atas muka bumi ini. Hargailah hari-hari yang datang agar kita tidak menyesalinya. Bertaubatlah selagi jasad ini masih bernyawa.
Lihatlah wahai sahabat. Apakah yang kalian dapat lihat? Andaikata masa kian tiba, apakah persediaannya? Tiada siapa yang tahu, masa yang telah dijanjikan. Hanya Dia Yang Mengetahui Segalanya.
Jangan mengeluh jika diuji kerana Dia Maha Penyayang. Beramallah dan dekatkan dirimu kepada-Nya agar dirimu boleh hidup dengan senang di sana.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan