Sabtu, 8 Ogos 2015

LAGU : AKHIRKU



Aku ingin bertemu denganmu
Walaupun hanya seketika
Untuk terakhir kalinya
Sebelum aku pejamkan mata.

Ombak membadai tebing
Tatkala bayu bertiup kencang
Aku di sini menantikanmu untuk kali terakhirnya.

Andaikata aku pejamkan mata sebelum bertemu dirimu
Aku mohon kau ampuni dosaku
Aku kesal dengan segala kesilapanku selama ini

Janjiku kepadamu bukan hanya janji biasa
Janjiku kepadamu akan aku tunaikan sebelum aku tutup mata

Percayalah kata-kataku ini
Aku ikhlas untuk bersamamu
Aku harap kau tetap diri kau yang aku kenali
Biarpun aku tiada di sini.

Aku reda dengan segalanya
Antara hidup dan matiku
Aku serahkan kepada Yang Maha Esa.

By : ZulianaZuki

Tiada ulasan:

Catat Ulasan