Beranikah anda berjalan
sendirian di kawasan asrama pada pukul 5 : 30 pagi dengan dalam keadaan yang
tidak suci (uzur bagi perempuan)? Pernahkah anda merasai bahawa diri anda
sentiasa diekori? Apa yang anda akan lakukan sekiranya anda dapati bahawa hijab
anda dibuka pada waktu itu? Lari, menjerit, diam atau membaca ayat suci
Al-Quran? Ini kisah benar yang pernah berlaku kepada penulis sendiri.
Jam berdering
menandakan pukul 5 : 00 pagi. Seperti biasa aku akan ambil masa selama 30 minit
hingga 45 minit untuk sambung tidur dan terjaga dengan sendirinya. Tetapi pada
hari itu aku terjaga pada pukul 4 : 50 pagi dan terus pergi mandi. Aku
sangkakan itu pukul 5 :50 pagi, waktu biasa aku bangun. Aku tak tahu pula hari
itu aku terkunci jam pukul 4 : 00 pagi.
Setelah selesai kemas
apa yang patut, aku terus pergi mandi dan bersiap-siap untuk pergi ke surau.
Sekali lagi aku melihat jam yang kusangka sudah pukul 6 : 20 pagi walhal baru
pul 5 : 20 pagi. Siapa bolah nampak jarum jam dalam keadaan gelap ditambah pula
jam tangan yang berwarna hitam dan tiada nombor, hanya garisan-garisan besar
dan kecil sahaja.
Setelah itu,
mengejutkan adik bilik aku atas tujuan untuk mengajaknya pergi ke surau. Dia
terjaga, bangun, tengok jam dan tidur kembali. Aku abaikan sahaja. Lantas aku
mencapai sebuah novel yang bertajuk ‘KILL ME’ dan aku selitkan Yassin di
dalamnya. Aku memang suka bawa buku ke mana-mana sahaja tak kiralah buku apa
pun yang pasti mesti ada buku pada tangan aku. Selalunya aku bawa buku kerja
sekolah tapi entah macam mana aku hari itu aku boleh pula terambil novel ‘KILL
ME’ tu dari dalam beg sekolah aku dan mencapai botol air.
Kemudian, aku membuka
pintu. Situasi sunyi seperti tiada penghuni di dalamnya. Aku keluar daripada
bilik. Seperti biasa aku berjalan menuruni anak tangga menuju ke surau dalam
keadaan senyap disebabkan aku seorang pendiam, dalam fikiran hanya ingat Allah
sahaja. Ketakutan terasa tetapi diabaikan. Diri yang terasa diekori turut
diabaikan. Dalam hati “Think positive.” Diulang beberapa kali. Adakalanya aku
berzikir sepanjang perjalanan. Nak pandang belakang memang tak berani.
Apabila tiba di luar
blok asrama. Aku cuba kawal pandangan aku daripada melihat ke arah sebatang
pokok melor yang terletak bertantangan dengan tangga. Hal ini demikian kerana
itulah tempat yang sering menjadi penarik perhatian aku. Dengan langkah
bosannya aku berjalan menuju ke surau, namun dalam perjalanan tersebut aku
hampir menjerit kerana terkejut melihat burung hantu terbang dari atas bumbung.
Kemudian, aku mengeluh dan kembali tenang. Ingatkan apa yang terbang tadi.
Think positive. Langkah aku diteruskan sehingga ke pintu pagar.
Aku berdiri di hadapan
pintu pagar dan menjenguk ke arah surau. Gelap. Macam tak ada orang. Kemudian,
aku melihat ke arah pondok jaga, tak ada orang juga. Tapi pintu pagar terbuka
luas. Aku perhati blok A yang terletak berhampiran, gelap. Jadi, aku mengambil
keputusan untuk pergi ke dewan makan untuk ambil air panas. Pintu dewan makan
turut terbuka luas tetapi tiada manusia di dapur dewan makan. Mungkin masih
tidur. Selalunya aku masuk dah ada orang tapi hari itu semuanya gelap dan
sunyi. Kenapa tak tutup pintu seperti biasa. Ada kelainan di situ, macam mimpi sahaja.
Setelah itu, aura
diekori semakin kuat. Aku ada bayangkan bahawa yang mengekori aku itu pelbagai
rupanya, ada yang merangkak dan sebagainya. Aku tak tahu nak cakap macam mana.
Sebab aku tidak mahu melihatnya.
Aku pantas menuju ke
arah blok B di mana terletaknya bilik aku di tingkat dua. Selepas selamat
masuk, aku terus tukar tengok jam di hadapan pintu bilik mandi, 5 : 30 pagi.
Baru aku sedar bahawa aku berjalan sendirian pada jam sedemikian. Lantas aku
menukar pakaian dan terus berselimut atas katil. Terasa bahawa ada yang
memerhati aku dalam bilik tidak kurang juga yang berdiri berhampiran aku.
Nasiblah kiri aku ada Yassin dan kanana ada Al-Quran yang sering berada di
samping aku.
Siapa sangka apa yang
aku rasakan mungkin menjadi lebih daripada itu?
Pada malam itu,
elektrik tiba-tiba terputus. Semua blok gelap. Aku dan rakan-rakan berada di
dalam bilik study. Perasaan pertama ialah MUNGKIN. Itu je yang aku fikirkan.
Ada yang menjerit dalam gelap sebab takut dan ada yang berlari. Aku pula masih
berfikiran positif walaupun tangan aku dah mengeletar. Sebenarnya, di dalam
bilik tersebut ada satu sudut yang aku rasakan ada sesuatu sejak akhir-akhir
ini, di tingkap depan dan belakang aku.
Aku segera mengambil
beg lalu mencapai lampu picit di dalamnya. Ada yang tanya. “Kau memang dah tahu
ke hari ni tak ada elektik? Kau dah dapat petanda ke?” Aku jawab. “Kebetulan
je. Aku tak tahu pun.”
Semua pelajar di minta
berkumpul di dataran bertentangan dengan surau asrama puteri tanpa pengawasan
warden. Hal ini demikian kerana semua warden ada urusan pada hari itu dan yang
ada hanyalah EXCO dan guard sahaja. Kemudian, pembantu warden
datang untuk mengurusan masalah tersebut sehinggalah aku terdengar perkataan
“NAMPAK.” Aku dah boleh agak apa yang sedang dibualkan oleh pelajar tersebut
dan pembantu warden.
Selepas pelajar
asrama ke bilik masing-masing, arahan untuk membaca Yassin bagi setiap bilik
diberi. Aku lantas memasang bacaan ayat suci tersebut dek ketidakmampuan aku
untuk membacanya sendiri. Jantung berdegup kencang apabila terfikir tentang
peristiwa pagi itu, 5 : 30 pagi.
Salah seorag daripada
adik bilik aku dapat melihatnya. Ya, memang ada di pokok itu. Dia nampak rambut
ikal mayang itu. Nasiblah aku kawal perasaan dan pandangan itu.
Apakah tindakan anda
apabila anda berada di tempat saya? Fikirlah sendiri.
*****
Aku
tak pasti sama ada ianya kebetulan ada sememangnya firasat. Kadang kala aku
sendiri keliru, mahu percaya atau tidak. Ada saja yang berlaku di sekelilingku.
Senang cerita sesuatu keadaan yang sememangnya memerlukan aku untuk melakukan
persediaan.
Sehinggakan
kawan-kawan bertanya “Kau memang dah dapat petanda ke pasal ni? Selalu sahaja kau
bawa benda yang diperlukan. Macam mana kau tahu benda ni nak berlaku? Kau ni
hebatla. Penyelamat masa kitaorang susah. Mesti bestkan kalau dapat jadi macam
kau. Semua benda kau tahu. Kau boleh tengok masa depan ke?”
Kata-kata mereka tu buatkan aku tertanya-tanya “Siapakah aku sebenarnya? Benarnya ianya
firasat atau kebetulan semata-mata?”
Nak
jadi seperti aku? Insaflah siapa yang kata macam tu. Dan aku bukan yang mereka
sangkakan hebat tu. Aku tidak boleh lihat masa depan. Aku cuma buat persediaan
tentang perkara yang terlintas dalam fikiran aku saja. Aku tak tahu pun benda
tu nak berlaku dan aku bukan peramal.
Aku
juga manusia. Aku tak nak korang sanjung aku lebih daripada itu. Kata-kata aku
tidak 100% adalah nyata. Semua tu kebetulan. Allah yang menentukan segalanya kerana Dia Maha Berkuasa Lagi Maha Mengetahui.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan