Apakah
makna kehidupan bagi manusia yang hidup tanpa mendirikan solatnya? Adakah ia
bahagia atau menderita di atas muka bumi ini?
Manusia
tanpa solat sama sahaja dengan manusia tanpa rumah yang utuh kerana jiwanya
mudah diganggu oleh syaitan. Tempatnya ialah neraka. Tidakkah mereka terfikir
tentang akhirat kelak?
Hanya duniawi dalam fikiran mereka. Tapi ada dalam
kalangan mereka ini sering memikirkan kematian mereka sendiri, adakah mereka
tidak tahu tentang azab yang menanti mereka itu. Kesakitan kerana seksa, tidak
solat dan dosa-dosa mereka yang lainnya.
Hidup
tanpa solat sangat tidak bermakna, tiada kebahagiaan dan tiada pertolongan
daripada-Nya kerana tidak pernah bersujud kepada-Nya.
Solatmu,
Istanamu. Solat yang utuh seumpama istana yang utuh daripada serangan. Mohonlah
pertolongan daripada Allah semoga istanamu tidak mudah diserang oleh bala
tentera syaitan yang kejam itu. Solat adalah tiang agama.
Sembahyanglah
kamu sebelum kamu disembahyangkan. Hanya Allah, Tuhan Yang Maha Esa, Tuhan Seluruh
Semesta Alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan