Bunyi
seretan yang jelas kedengaran buatkan seorang penghuni asrama terjaga pada jam
3: 15 pagi. Pagi yang sangat sunyi. Seretan itu semakin hampir dengan biliknya. Mazlan berkelumbung di dalam
selimutnya. Mungkin kerana takut. Tagisan kedengaran kuat secara tiba-tiba. di
hadapan tingkap yang terletak bertentangan dengan padang asrama. Tingkap bilik
yang dikunci rapat dicakar makhluk yang tidak dikenali itu.
Pada
masa yang sama, seorang lelaki yang berlumuran darah berjalan sendirian sambil
mengheret mayat seorang gadis tanpa kepala. Darah dari leher mayat tersebut
telah membasahi padang yang terletak berhampiran asrama lelaki. Manakala,
kepala mayat tersebut tercacak pada mata pisau yang dipegang pada tangan
kirinya. Jejaka itu membebel sendirian dan ketawa bagaikan orang gila.
“Dah
tak ada guna lagi untuk aku simpan kau lama-lama. Aku pun dah muak tengok muka
kau yang hodoh ni.” Diangkatnya pisau yang berkepala itu di hadapan mukanya.
Wajah yang ditoreh itu diludahnya tanda kebenciannya.
Langkahnya
berhenti di hadapan tingkap bertentangan dengan bilik di mana Mazlan berada.
Kaki kiri mayat yang diheretnya tadi dilepaskan dan kepala yang berada pada
hujung pisau dicampak di atas padang. Kemudian, dia menggali satu lubang di
kawasan tersebut dengan menggunakan pisau yang dibawanya tadi.
Seusainya
dia menggali, dia mencampak tubuh mayat tersebut ke dalam lubang yang tidak
terlalu dalam dan tidak terlalu cetek itu.dan kepalanya ditikam berkali-kali
sebelum mencampak mayat itu bersama-sama pisaunya ke dalam lubang tersebut.
Tanah dikambus kembali. Langkahnya meninggalkan kawasan tersebut bersama-sama
tawaannya yang menggila.
Jeritan
nyaring seorang gadis buatkan Mazlan kecut perut. Bunyi cakar semakin kuat
seperti mahu pecah kaca tingkap itu. Taufik yang tidur di sebelah Mazlan turut
terjaga. Matanya dibuka dan melihat ke arah tingkap bilik yang bertentangan
dengan padang. Lembaga berikal mayang dengan ciri-ciri yang lainnya sedang
terapung diudara dengan mata merahnya memerhati jejaka itu. Taufik segera
menutup wajahnya dengan menggunakan bantal.
Seketika
kemudian, air pancut terpasang dengan sendirinya. Bunyi air yang keluar deras
itu telah mengejutkan Mazlan dan Taufik. Mereka saling berpandangan. Siapa yang
berada di dalam bilik mandi sedangkan mereka berdua ada di sini?
Seretan
selipar di dalam bilik mandi menambahkan lagi ketakutan kepada dua orang jejaka
ini. “Ada hantu ke?” Soal Taufik.
“Oi,
celupar betul mulut kau. Diam sudahlah.” Marah Mazlan seraya menarik selimutnya
ke dada.
Suara
tagisan mula kedengaran selepas bunyi air pancut di bilik mandi senyap. Esakkan
itu seperti berada sangat hampir dengan mereka. Taufik menelek ke tepi katil
pada hujung kakinya. Dia menjerit apabila melihat kepala seorang gadis yang
ditoreh teruk sedang bergolek-golek ke arahnya.
Mazlan
turut terkunci mulut apabila melihat tubuh gadis yang berlumuran darah di
hadapan pintu bilik mandi yang terbuka dengan sendirinya ketika tagisan itu
kedengaran. Masing-masing bingkas bangun dan berlari keluar dari bilik
tersebut. Mereka berlari ke arah padang di mana kawasan tersebut berhampiran
dengan lubang yang ditanam mayat pembunuhan.
Taufik
tersandung. Dilihatnya ke arah kakinya terasa sakit itu. Kakinya telah dipegang
oleh tangan seseorang dari dalam tanah. Lantas Taufik memanggil Mazlan sekuat
hatinya apabila Mazlan kelihatan mahu melarikan diri dari situ. “Lan, janganlah
tinggalkan aku. Lan, tolonglah aku.” Jeritnya.
Mazlan
segera mencapai tangan kanan rakannya lalu ditariknya kuat sehingga kaki Taufik
dilepaskan.
Masing-masing
cuak dan berlari ke arah pondok jaga yang berada tidak jauh daripada kawasan
padang tersebut. Setibanya Mazlan di pondok jaga, Mazlan menjengukkan kepalanya
di dalam pondok tersebut dan memberi salam.
Taufik
yang berlari di belakang Mazlan tadi tercungap-cungap menangambil nafas.
Dilihatnya seorang lelaki sedang bercakap-cakap sendirian sambil memegang
sebilah pisau kecil pada tangan kanannya di dalam pondok tersebut. Lelaki itu
menoleh ke arah Taufik dengan senyuman yang menyeramkan. “Ya, ada apa?”
Taufik
berundur ke belakang. “Mana Mazlan?” Soalnya kepada lelaki itu sambil matanya
melihat pisau pada tangan manusia itu.
“Kawan
kau ke? Jangan risau. Dia selamat.” Lelaki itu bangun dan menghampiri Taufik.
Taufik pula jatuh terduduk akibat terlanggar batu ketika berundur.
Dengan
senyuman kejamnya dia menyua pisau tersebut pada perut Taufik. “Dia selamat
dikebumikan.” Lelaki itu ketawa. Taufik cuak dan kesakitan.
Tanpa
belas kasihan. Rambut Taufik ditariknya lalu dia memenggal kepada Taufik sambil
ketawa bagaikan orang gila.
Kemudian,
diheretnya jasad Taufik yang tidak berkepala itu ke padang di mana dia menanam
mayat seorang gadis dan Mazlan. Entah mengapa dia tampak gembira sangat ketika
melakukannya.
Kini,
kes pembunuhan tersebut tidak dapat dikenal pasti siapa yang melakukannya biarpun
pihak polis telah menyelongkar tapak penanaman mayat di padang tersebut pada
bulan lalu. Ketika penyiasatan dilakukan, lelaki pelik itu mengintai di sebalik
bangunan berhampiran padang sambil tersenyum sendirian dengan sebilah pisau
pada tangan kanannya.
Apakah
yang anda akan lakukan sekiranya anda berada dalam situasi ini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan