Pernahkah anda
mendengar sebuah kes pembunuhan yang mengerikan terutama kes yang berkaitan
dengan senjata tajam. Keratan atau lebih dikenali sebagai mengerat badan
manusia kepada beberapa bahagian. Di sini saya menghidangkan sebuah kisah yang
mungkin benar atau hanya fantasi sahaja di atas muka bumi ini. Kisahnya bermula
tatkala seorang gadis membenci rakan serumahnya pada beberapa hari yang lalu.
TOK! TOK! TOK!
Pintu utama diketuk
ketika seorang gadis sedang khusyuk menulis kisah cinta menggunakan computer ribanya.
Amalina mengendahkannya dan cuba mengumpul keberaniannya untuk terus berada di
situ demi ilhamnya yang mencurah-curah. Ketukan tersebut berhenti selepas
sepuluh minit berlalu. Di saat itu, aura yang menyeramkan memenuhi ruang di
ruang tamu ini. Hatinya mula berdebar-debar dan tidak senang duduk.
Angin bertiup kencang
apabila had kelajuan kipas meningkat secara tiba-tiba. Pada masa yang sama,
derapan kaki seseorang telah mengkakukan jiwa yang tadinya kukuh dengan
keberanian. Amalina tidak berani untuk berpaling ke belakang.
Bunyi derapan semakin
menghampirinya sehingga jarak satu inci. Amalina mula mengatur strategi untuk
melarikan diri dari situ tetapi bahu kirinya terlebih dahulu dicapai oleh
seseorang. Amalina terkejut dengan sentuhan tersebut lantas dia menelan air
liurnya sendiri. Tangan yang menyentuh bahunya tadi mula merayap ke lehernya. Amalina
cuba memberanikan dirinya untuk berpaling ke belakang. Ternyata tiada sesiapa
di belakangnya, yang ada hanya tangan tanpa badan.
Amalina menjerit dan
bingkas bangun dari sofa. Dia mencampak tangan tersebut ke lantai lalu langkahnya
pantas menuju ke kamarnya yang terletak di tingkat dua. Perasaan takut
menyelubungi jiwanya sehingga menyebabkan wajah jelitanya menjadi pucat. Sementara
itu, tangan yang dicampaknya tadi hilang entah ke mana..
Amalina mengunci pintu
dan terus melompat ke atas katilnya. Dicapainya selimut lalu di menyorok di
dalamnya sambil menggigil ketakutan. Pada masa yang sama, bunyi derapan kaki
keengaran jelas menuju ke biliknya dan berhenti di hadapan pintu billik.
“Amalina~” sayup-sayup
kedengaran suara seorang gadis memanggil namanya di hdapan pintu bilik.
Amalina memegang erat
selimutnya. Bibirnya terketar-ketar dan matanya dipejamkan kerana ketakutan. Tiba-tiba,
Amalina dapat merasakan ada tangan sedang menyentuh tubuh dan rambutnya. Amalina
tersentak lantas dia membuka mata dan selimutnya. Sepasang tangan sedang
membelai tubuh dan rambutnya . dia terduduk di atas katil dalam ketakutan
sambil mencapak sepasang tangan tersebut ke lantai.
Bau hanyir darah
menusuk hidungnya. Amlina menekup mulut dengan menggunakan kedua-dua tangannya
apabila terasa mual kerana bau darah tersebut. Manakala , tangan yang di
campaknya tadi terapung di udara tanpa tali. Wajah si gadis bertambah pucat
apabila melihat situasi tersebut.
Amalina berpaling ke
kiri apabila dia terlihat setitis darah membasahi tilamnya. Kemudian, ada
sesuatu telah jatuh di atas kepalanya dan terjuntai di hadapan wajahnya. Amalina
menarik benda tersebut lalu dia melihatnya. Siapa sangka benda yang dipegangnya
itu ialah usus. Amalina menjerit hysteria apabila dia melihatnya.
Amalina bingkas bangun
dari katil lalu menuju ke pintu biliknya. Pintu itu berkunci dari luar. “tolong!”
jeritnya sekuat hati sambil mengetuk-ngetuk pintu. Siapakah yang akan
menolongnya sedangkan dia sendirian di dalam rumah ini lepas rakannya meninggal
dunia.
“Amalina, kenapa kau
sanggup buat aku macam ni?” suara sedih yang sangat menyayat hati itu sangat
dikenali oleh Amalina.
Amalina berpaling ke belakang.
“Wisda? Kau dah mati. Kenapa kau ganggu aku di sini?” wajah pucatnya bertambah
pucat apabila dia melihat kepala Wisda terapungdi dalam biliknya.
“Sebab kau dah bunuh
aku!” Berang Wisda. Sepasang tangan menerkam kea rah Amalina yang berdiri di
hadapan pintu.
Amalina meronta-ronta
untuk melepaskan dirinya tetapi tidak berjaya apabila biliknya dibanjiri darah
secara tiba-tiba.
“Kau akan mati juga
selepas kau lakukan semua ini kepada aku,” marah Wisda, makala pada tangan
kanannya terdapat sebilah pisau yang pernah digunakan oleh Amalina untuk
membunuhnya pada beberapa hari yang lalu.
Amalina menjerit sekuat
hatinya tatkala dia lemas dalam banjiran darah yang berbau hanyir itu. Wisda
mengendahnya. Senyuman sinis diberikan seraya tangannya mengelar leher Amalina.
Hilaian kedengaran memenuhi setiap ruang rumah tersebut.
Darah di dalam bilik
tersebut mula kering dan menghilang seraya Wisda menghilang.Wisda lenyap
selepas dia membalas dendamnya terhadap Amalina yang telah mengeratnya kepada
lapan bahagian. Begitulah jadinya kepada Amalina apabila roh Wisda tidak
tenang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan