Nikmat
datang daripada Allah, Yang Maha Pencipta Seluruh Alam Semesta. Namun, nikmat
tersebut telah disalahgunakan oleh makhluknya di atas muka bumi ini terutama
makhluk yang bergelar manusia. Manusia terkenal dengan sikap tamak terutama
tentang harta. Bagi mereka, harta yang dimiliki masih tidak cukup walhal
segalanya sudah lebih daripada cukup. Oleh itu, manusia memang tamak terhadap
harta duniawi.
Manusia
yang tidak bersyukur ialah manusia yang rugi dan dimurkai-Nya. Mengapakah
manusia tidak mampu mengungkapkan kesyukuran sedangkan perkataan itu mudah
untuk disebut. Jawapannya ialah manusia itu ego terhadap ketamakkannya.
Nikmat
yang sedikit sering dikritik walhal nikmat itu datangnya daripada Allah.
Siapakah yang mampu memberi rezeki sekiranya bukan Allah?
Manusia
yang tamak dan tidak mensyukuri nikmatnya, maka tempatnya ialah neraka.
Mengapakah perlu berbangga diri sedangkan segala yang berada di atas muka bumi
ini bukan milik kita untuk selama-lamanya?
Inilah
manusia yang dahulunya susah dan kini menjadi senang, kesyukuran tidak terucap
selepas diberi nikmat. Kalau ada pun hanya sekali pada kali pertama mereka menerima nikmat itu. Ingatlah wahai
manusia, tidak kira kaya atau miskin yang pasti segala harta di atas bumi ini
bukan milik kita melainkan amalan yang akan dihitung untuk ditempatkan ke
syurga atau neraka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan