Di sudut sana aku
terlihat bayang-bayang hitam lengkap beranggota badan tetapi tidak bermata.
Kewujudan dirinya di sana tiada sesiapa yang tahu. Aku hanya termenung melihat
dirinya di sebalik semak yang tidak nipis dan tidak tebal.
Aku berdiri di dalam
kelas yang terletak di tingkat dua di mana tempat aku berada. Dia seperti
melihat ke arah aku biarpun tidak bermata. Ketika itu jiwaku kosong seperti
terawang-awang di udara, ketakutan hilang entah ke mana. Apakah benda itu? Dia
berdiri dalam semak yang terletak berdekatan dewan yang gah berdiri di atas
bukit berhampiran kelas aku.
Bunyi deruan angin
kedengaran kuat secara tiba-tiba walhal malam itu tiada angin yang bertiup.
Bunyi angin itu kedengaran jelas di telingaku. Gerun terasa secara tiba-tiba.
Aku berpaling ke belakang, tiada apa-apa yang kelihatan. Pandangan aku kembali
merentasi tingkap untuk melihat semak di mana bayang-bayang hitam itu berdiri
tadi. Nyata ia hilang tanpa jejak.
Pintu kelas tertutup
secara tiba-tiba, lantas aku berpaling melihatnya. Aku berdiri di tempatku
tanpa bergerak setapak pun, kaku di situ tanpa suara. Hatiku bergolak untuk
keluar dari kelas itu. Namun, niatku terbatal apabila kerusi di meja guru
tiba-tiba bergerak, tiada sesiapa di situ.
Malam yang panas
tiba-tiba menjadi dingin seraya bayang-bayang hitam itu munculkan dirinya di
sebalik tingkap yang terletak berdekatan pintu hadapan kelas. Kelihatan mata
yang berwarna merah muncul di antara cermin-cermin tingkap. Bau yang pelik
menguasai udara di dalam kelas itu sehingga perasaan panik mula menguasai diri
ini.
Jiwa aku meronta-ronta
ketakutan tetapi setapak pun aku tidak mampu bergerak. Aku mencapai Yassin di
dalam poket baju kurung aku lalu digenggam erat kerana takut. Hanya Allah yang
tahu bertapa takutnya saat itu. Mulut aku terkumat-kamit membaca ayat suci
Al-Quran yang aku ingat. Mata aku hanya tertumpu kepada bayang-bayang hitam itu
pada ketika ini. Tidak lama kemudian, ia lenyap entah ke mana tetapi bau pelik
itu masih terasa.
Aku berlari sejurus
bayang-bayang hitam itu lenyap. Namun, langkah aku terhenti ketika di hadapan
pagar asrama perempuan.
Mata aku melihat ke
atas di mana lembaga berbaju putih dan berambut panjang terbang dari blok A ke
blok bangunan terbakar yang terletak berhampiran blok A. Aku terundur ke
belakang kerana terkejut. Aku melihat sekeliling dengan perasaan gerun, sendirian
tanpa manusia lain di kawasan situ.
Ketika aku berdiri di
situ, aku merasakan bahawa diri ini diperhatikan dari jarak jauh dan dekat.
Mata-mata ghaib memerhati aku. Mungkin benar atau hanya perasaan sahaja.
Bunyi tapak kaki
kedengaran jelas, setapak demi setapak menghampiri aku dari belakang. Mata aku
dipejamkan kerana takut. Aku hayati perasaan ini. Yassin masih digenggam erat
di dalam poket. Tatkala mata dibuka, pandangan menjadi semakin gelap. Bulan
yang tadinya kelihatan tiba-tiba menghilang. Ruang di sekeliling kosong, tiada
lagi asrama dan infrastruktur lain. Aku hanya dapat melihat ruang kosong yang
gelap.
Situasi yang tidak
menyenangkan. Aku masih ingat keadaan ini. Perkara ini aku pernah alami ketika
kali pertama aku memiliki six sense. Fikiran aku kosong.
Aku mula mengatur
langkah untuk meluar dari situ tetapi tidak berjaya. Hal ini demikian kerana
kaki aku terasa berat seperti ditarik oleh seseorang. Aku melihat ke bawah,
tiada sesiapa yang menarik kaki aku.
Sayup-sayup kedengaran
suara tagisan, jeritan, dan gauman yang tidak dapat aku tafsirkan. Ruang hitam
yang kosong ini seperti memantulkan bunyi yang sangat kuat.
“Di manakah aku
berada?” Persoalan yang bermain di benak fikiran aku sejak aku membuka mata.
Sergahan daripada
lembaga yang menakutkan telah membuatkan aku menjerit ketakutan. Pandangan aku
menjadi gelap selepas itu.
Ternyata itu hanya
mimpi. Tapi bila masa pula aku berada di dalam bilik ini? Sedangkan tadi aku
baru balik dari kelas tambahan malam. Bilik tanpa penghuni, hanya aku di situ.
Aku melihat jam tangan
aku. Detik menunjukkan sudah pukul 12 malam, “Mana kawan-kawan aku yang lain?”
Itulah persoalannya.
Angin kuat menyapu
langsir yang menghala ke arah hutan. Maka, ruang gelap di kawasan itu
kelihatan. Dia sedang berdiri di situ sambil melihat aku di atas katil.
Bayang-bayang hitam dengan matanya yang berwarna merah itu memang ada di situ.
Malah, itu bukan mimpi tetapi kenyataan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan