Selasa, 8 September 2015

KISAHKU : AKU BERPIJAK DI ALAM NYATA



Aku berjalan sendirian di sini bagaikan berjalan di atas angin, tidak menjejakkan kaki ke tanah. Angin deras menyapa keras wajah dan rambutku yang pendek. Dari mula sehingga kini tiada penamatnya. Adakah anda tahu aku berada di mana sekarang? Aku berada di udara bagaikan sedang terbang merentasi tiupan angin yang kencang.

Aku pusingkan badan aku ke belakang dan aku dapat melihat suasana bandar yang sangat jelas. Semakin lama semakin kelihatan dekat. Adakah aku sudah mati?

Tidak. Aku masih hidup lagi. Ternyata aku masih hidup dan benar-benar berada di udara tanpa sayap atau tali. Sebenarnya, aku telah terjatuh dari helikopter selepas berlakunya perbalahan anatara aku dan rakan aku. Hal ini demikian kerana dia seorang musuh dalam selimut.

Jarak antara langit dan bumi sangat jauh sehingga mengambil masa yang lama untuk aku menjejakkan kaki ke atas tanah. Aku terkapai-kapai seperti mahu mencapai awan yang kelihatan lembut dan putih.

Andaikata aku jatuh terhempas ke tanah pada ketinggian ini, mungkin aku akan mati. Tetapi tidak semudah itu sebelum aku selesaikan misi kelas S ini.

Aku pejamkan mata serapat-rapatnya dan cuba untuk tenangkan fikiran. Sepasang sayap mekanikal muncul seraya mataku dibuka. Lantas aku mengibas-ngibasnya ke atas dan ke bawah. Aku terbang dengan posisi berdiri.

Satu letupan berlaku di sebuah bandar yang aku tidak pasti namanya. Lantas mataku tertumpu kepada bandar itu. “Tak guna!” Ujarku dengan nada geram.

Kemudian, satu lagi bandar diletupkan oleh bom yang dilepaskan dari atas. Aku mendongak ke atas sambil mataku ligat mencari keberadaan helikopter tersebut.

Pada masa yang sama, terdapat lima buah jet perjuang terbang pantas menuju ke barat bandar ini. Aku kenal warna jet itu, biru kehitaman warnanya. Itu ialah jet milik pihak musuh. Ternyata mereka telah lama merancang untuk bekerjasama dengan musuh bagi menghancurkan bandar-bandar di negara ini. Tapi apakah tujuannya?

Sebuah jet meluru pantas ke arah aku tanpa aku perasani lalu dengan sengajanya melanggar aku. Namun, nasib berpihak kepada aku apabila sebuah robot armada yang besar muncul secara tiba-tiba dan melindungi aku. Robot armada tersebut dikenali sebagai Megarolum. Megarolum yang mencul di hadapan aku ini diberi nama sebagai LUWES MAC 003

“Aku tak lambat,kan?” Soal seseorang yang berada di dalamnya. Aku kenal orang itu. Dia ialah Andric Cliffer, sahabat setiaku.

“Tepat pada masanya,” jawabku ringkas sambil tersenyum.

Kedengaran bunyi besi dipotong oleh besi yang tajam. Aku dan Andric berpaling melihatnya. Ternyata sebuah lagi megarolum yang dikenali dengan nama LUWES MAC 004 telah memotong jet pejuang tersebut sambil menjerit, “Berani kau cuba nak bunuh kawan aku!”

“Bersemangatnya Lence,” aku memerli Lence tatkala melihatnya.

Andric ketawa kecil lalu berkata, “ Macam kau tak kenal dengan dia.”

Lence Alchemedes merupakan seorang yang baran dan bersifat melindungi. Maka, tiada sesiapa pun yang berani mengganggu orang yang rapat dengannya seperti kami. Tapi ada seorang yang berani buat dia marah, Danish Mark yang memiliki LUWES MAC 002.

“Kapten, saya dah jumpa kedudukan helikopter itu,” beritahu seseorang yang berada di dalam sebuah minirolum, SML 005 yang mempunyai ketinggian yang sama seperti ketinggian manusia.

“Ekori dan serang mereka,” arahku selaku kapten pasukan pertama dalam misi kali ini.

“Baik!” Tabik diberi sebelum beredar dari situ. Tiga buah minirolum mengekori SML 005 untuk menjalankan misi mereka.

“Michaclis, LUWES MAC 001 akan sampai dalam masa 15 minit lagi,” beritahu Andric.

“Lambat sangat. Kita perlu uruskan musuh segera,” aku tidak suka membazir masa.

“Tapi dalam keadaan kau yang macam ni, macam mana nak lawan. Bahayalah,” nasihat Andric.

“Tak ada masalah,” ujarku.

“ Kau memang degil. Kenapa kau masuk ke dalam helikopter itu tanpa pengetahuan kami? Nasib baik ada CCTV dekat kawasan landasan itu. Kalau tidak dah lama kau mati,” tegas
Lence.
 Aku terdiam selepas dibidas sedemikian dan aku bagaikan manusia yang sangat kecil bagi mereka. Hal ini demikian kerana aku hanya berketinggian separuh pinggang mereka sahaja kerana saiz megarolum sangat besar.

Sebuah megarolum menuju pantas ke arahku. Hampir sahaja mahu melanggar aku. Megarolum itu terbang pantas menuju ke atas tetapi aku tidak tahu ke mana destinasinya. Megarolum yang berwarna merah itu sangat aku kenali, LUWES MAC 002 milik Danish.

“Megarolum itu kosong. Mungkin dia mengawalnya dari jauh,” ujar Andric yang kelihatannya sedang mencari LUWES MAC 002 selepas hilang di sebalik awan.

“Tak cukup dengan bom, dia nak gunakan megarolum pula. Dia memang sengaja memalukan nama baik Nelumbo Nucifera Army,” bengang Lence sambil menggenggam erat pedang yang digunanya tadi untuk memotong jet pejuang milik musuh.

“Kenapa dia nak buat macam tu pada bandar dia sendiri?” Soal Andric yang kehairanan.

“Kerana masa silamnya. Sebenarnya dia sama seperti aku, robot yang dicipta untuk berperang. Tapi dia marah sebab ada diantara ahli Nelumbo Nucifera Army telah membunuh pencipta kami, Dr. Will Mick,” jelasku kepada mereka berdua.

“Maksudnya, kau di hantar ke sini pun atas sebab yang sama ke?” Soal Lence yang mula curiga kepada aku.

“Ya. Tapi aku tidak bercadang untuk melakukan perkara ini. Aku cuma nak bawa penjenayah itu ke muka pengadilan saja. Tak sangka dia dah rancang peperangan di bandar ini,” aku kesal terhadap rakan sepencipta.

“Jadi, kau pihak mana sekarang? Dia atau kami?” Soal Lence.

“Aku berpihak kepada keamanan,” aku maksudkan mereka.

Kedengaran bunyi deruan angin yang kuat sedang menuju ke arah kami dari arah atas. Masing - masing mendongak ke atas di mana LUWES MAC 002 berada. Serangan peluru berpandu dilepaskannya ke arah kami.

“Hati-hati!” Jeritku sekuat hati.

Mereka meluncur laju untuk mengelak daripada semua peluru berpandu itu. Manakala, aku terbang ke atas.

Michaclis, aku ingat kau dah mati lepas aku tolak kau tadi. Ternyata kau masih di sini,” ujarnya dengan nada memerli. “Panjang betul umur kau. Walaupun 12 tahun lebih tua daripada aku.”

“Hentikan semua ini!” Jeritku kepadanya.

“Ha? Apa? Aku tak dengarlah,” sengaja dia berkata sedemikian.

“Aku kata hentikan!” Dua pucuk pistol berkuasa tinggi diacukan kepada dia lalu aku melepaskan tembakkan kepadanya.

Pantas dia bergerak untuk mengelak serangan tersebut, “Tidak semudah itu. Kau terlalu lemah untuk berhadapan dengan aku,” ujarnya dengan angkuh.

Danish melepaskan peluru berpandu kepada aku dalam bentuk bulan untuk mengepung kedudukan aku.

“Michaclis!” Lence menjerit.

Aku cuba melarikan diri tetapi gagal. Mungkin hayat aku hanya sampai di sini sahaja. Aku pejamkan mata kerana tidak sanggup melihat kematian sendiri.

“Michaclis, kamu tak boleh mati sekarang. Peperangan masih belum tamat. Tolong hentikan Danish sebelum bandar ni hancur semuanya,” Aku membuka mata kerana terkejut apabila terdengar bisikkan itu.

Aku kenal suara orang itu, “Dr. Will.”

LUWES MAC 001 meluncur laju ke arah aku sebelum sempat peluru berpandu mengenai aku, “Maaf kerana terlambat.”

“One? Terima kasih,” aku beryukur kerana megarolum kesayangan aku sempat selamatkan aku di sini.

LUWES MAC 001 berbeza dengan megarolum lain kerana dia boleh bergerak dengan sendirinya dan mampu berbicara.

Pintu LUWES MAC 001 pada dadanya dibuka. Lantas aku masuk ke dalamnya. Aku mengambil tempat di sebuah kerusi di mana terdapatnya alat kawalan untuk menggerakkan LUWES MAC 001.

“Mari hapuskan LUWES MAC 002 dan Danish,” arah aku kepada LUWES MAC 001.
“Baik!”

“Kalau kau tak nak bekerjasama dengan aku untuk hapuskan pembunuh itu. Biar aku sendiri yang lakukannya,” ujar Danish.

“Sebelum kau hapuskan pembunuh tu. Aku akan hapuskan kau dulu sebab kau dah rosak,” lantang aku bersuara kerana melepaskan geram.

“Mari kita tengok, siapa yang lagi kuat dan layak selesaikan kes ini?” Danish melepaskan tambakan bertubi-tubi ke arah aku. Aku mengelak.

“Lighting Sword,” aku keluarkan pedang untuk berlawan dalam jarak yang dekat.

“Berani betul kau,” perlinya.

Aku menggunakan kelebihan LUWES MAC 001 untuk berhadapan dengan Danish iaitu kepantasan.

Aku menyusup ke belakang LUWES MAC 002 tanpa diketahui oleh Danish.

“Ke mana dia menghilang?” Danish hairan apabila aku hilang daripada pandangannya secara tiba-tiba.

Tanpa membuang masa, aku menusuk pedang milik aku pada belakang LUWES MAC 002 sehingga tembus ke hadapan dadanya. Maka, Danish yang berada di dalamnya turun terkena tusukan tersebut.

“Bila masa kau....” Danish menjeling kelihat aku yang berada di belakangnya.

“Aku tak akan benarkan kau hancurkan bandar ni. Mereka tak bersalah. Perlukah disebabkan seorang pembunuh, semua penduduk di sini kau bunuh?” Tanya aku dengan nada amarah.

“Kalau macam tu, kau tahu ke siapa yang bunuh Dr. Will?” Soalnya kembali.


“Aku tahu. Dia ialah Lucifer Cralin. Orang yang telah hasut kau selama ini,” jelas aku yang baru mengetahui hal ini sehari yang lepas.

“Apa?” Sepertinya dia tidak dapat menerima hakikat itu.

“Dia dah rosakkan permikiran kau supaya semua orang akan benci kau. Hal ini kerana dia dapat tahu bahawa kau telah dicipta oleh Dr. Will yang dibunuhnya lima tahun lepas,” Aku pun tidak sanggup melihat rakan sendiri mati di hadapan mata.

“Macam itu ke? Aku ni hanya mainan dia saja. Bodohnya aku,” dia mula berasa kesali.

“Danish, aku....”

“Michaclis, aku minta maaf sebab dah menyusahkan kau. Aku rasa aku tak layak untuk teruskannya. Jadi, kau tolonglah selesaikan perkara ini,” ujarnya.

“Kau macam mana?”

“Aku dah rosak. Tak boleh diperbaiki lagi. Dr. Will pun dah tak ada. Apa gunanya aku hidup lagi. Michaclis, tolong hapuskan dia untuk Dr. Will dan .....Aku,” pintanya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.

Aku cabut pedang dari LUWES MAC 002. Maka, dia jatuh ke bawah.

“Julian, tolong arahkan pasukan 3 untuk bawa balik LUWES MAC 002,” arah aku melalui alat perhubungan.

“Baik!”

Beberapa minit kemudian, sekumpulan minirolum muncul sebelum LUWES MAC 002 jatuh ke bumi. Ketika ini aku melihat LUWES MAC 002 dibawa pergi dari situ.

“Aku akan selesaikan misi ini,” tekad aku.

“Lence! Andric! Mari pergi!” Arahku. Kami terbang menuju ke destinasi di mana helikopter itu berada.

Kedengaran bunyi bom meletup di udara. Serpihan helikopter terpelanting dan hampir mengenai kami. Namun, kami sempat mengelak.

“Macam mana boleh meletup?” Soal Lence.

Kami mara ke sana untuk melihat siapa yang melakukan letupan itu.

“Dia ke?” Andric seperti mengenali orang yang berada di dalam megarolim berwarna hitam itu. Megarolum itu juga dikenali LUWES SRT 001.

“Siapa tu?” Soal aku yang tidak mengenali orang itu.

“Lero Daroza. Ketua pasukan rahsia,” jelas Andric.

“Misi dah selesai,” LUWES SRT 001 menunjukkan tanda ‘Okey’ kepada kami bertiga.

“Bagus. Senang betul kerja kita,” ujar Lence.

“Tapi cuba tengok bawah,” ujar aku sambil melihat ke bawah di mana terletaknya bandar-bandar besar. Masing-masing turut melihatnya.

“Kau rasa?” Soal aku kepada mereka berdua.

“Banglo aku!” Jerit Lence. Dia bengang apabila terdapat kipas helikopter di kawasan rumah banglonya yang telah musnah.

“Relax, rumah aku tak kena pun,” pujuk Andric.

“Apa yang susah sangat. Tinggal saja dengan Lero. Lagi pun dia yang buat rumah kau macam tu,” cadang aku.

“Michaclis!”Marah Lence.

Inilah kisah aku yang hidup dalam kalangan manusia. Ada kalanya perkara manis dan pahit dikongsi bersama. Hargailah sahabat. Tapi jangan pula salah memilih sahabat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan