Kisah
hidupku baru bermula, aku tidak akan mulakannya sekiranya tirai pentas
persembahan masih belum dibuka. Jari-jemariku lancar menaip ayat, fikiranku
ligat menyusun kata. Tatkala aku menulis , segala tekanan hilang entah ke mana.
Aku menulis bukan kerana suka-suka, aku menulis kerana hidup ini tidak lengkap
tanpa karya.
‘Karyaku Hidupku’ tercetus kerana dirinya yang menjadikan aku lebih maju daripada dulu. Hidup tanpanya memang perit tetapi aku adalah aku. Aku masih tercari-cari di manakah semangat keberanian aku telah hilang selepas setengah tahun aku tidak berperasaan sedemikian.
Motivasi diri diperlukan bagi setiap orang. Aku? Diri yang berbeza, jiwa yang bercelaru dan fikiran yang tidak dijangka. Aku bergerak atas dasar kosong, hanya mengikut kaki yang melangkah. Jiwa semakin menjunam ke arah kegelapan. Namun, diri ini masih ada erti keimanan abadi. Suara semangat dan nasihat kedengaran dalam fikiran, “Allah Maha Mengetahui dan hidayah milik Allah,” itulah diriku yang semakin lenyap ketika dahulunya.
Kini, aku kembali dengan diriku yang baru. Diri yang penuh dengan motivasi. Aku bersyukur kerana diberi kesedaran pada saat aku kekusutan dalam rencah kegelapan. Hidup ini jangan terlalu leka dengan kemewahan kerana kemewahan merupakan salah satu ujian-Nya di dunia ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan