TIPU
SEPANJANG HAYAT
Seorang
penipu akan terus menipu tanpa rasa bersalah. Diminta simpati dan perhatian
dengan cara yang salah. Tanpa memikirkan kesan buruk, dia terus menipu. Tipu
kepada diri sendiri dan orang sekeliling. Tiada keamanan dan kepuasan bagi
seorang penipu.
BUKAN
SIMPATI
Kita
tidak tahu apa yang akan berlaku kepada diri kita pada masa akan datang,
sesuatu yang baik atau buruk. Diri ini bukan meminta simpati tetapi diri ini
mahukan sahabat yang boleh menerima diri ini dengan seadanya. Manusia sangat
rumit untuk difahami tetapi tidak mustahil untuk mencubanya kerana setiap
manusia ada kelebihan dan kekurangannya.
PENCINTA
SENI
Pencinta
seni tidak mampu hidup dengan tenang tanpa seninya kerana seni sebahagian
daripada hidupnya. Seni sangat rumit, halus dan bernilai tetapi tidak semua
orang tahu cara untuk menghargainya kerana hanya orang yang berfikiran seni
mampu menilai sesebuah seni itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan