Isnin, 28 Disember 2015

KISAHKU : KERATAN MAUT

Pernahkah anda mendengar sebuah kes pembunuhan yang mengerikan terutama kes yang berkaitan dengan senjata tajam. Keratan atau lebih dikenali sebagai mengerat badan manusia kepada beberapa bahagian. Di sini saya menghidangkan sebuah kisah yang mungkin benar atau hanya fantasi sahaja di atas muka bumi ini. Kisahnya bermula tatkala seorang gadis membenci rakan serumahnya pada beberapa hari yang lalu.

TOK! TOK! TOK!

Pintu utama diketuk ketika seorang gadis sedang khusyuk menulis kisah cinta menggunakan computer ribanya. Amalina mengendahkannya dan cuba mengumpul keberaniannya untuk terus berada di situ demi ilhamnya yang mencurah-curah. Ketukan tersebut berhenti selepas sepuluh minit berlalu. Di saat itu, aura yang menyeramkan memenuhi ruang di ruang tamu ini. Hatinya mula berdebar-debar dan tidak senang duduk.

Angin bertiup kencang apabila had kelajuan kipas meningkat secara tiba-tiba. Pada masa yang sama, derapan kaki seseorang telah mengkakukan jiwa yang tadinya kukuh dengan keberanian. Amalina tidak berani untuk berpaling ke belakang.

Bunyi derapan semakin menghampirinya sehingga jarak satu inci. Amalina mula mengatur strategi untuk melarikan diri dari situ tetapi bahu kirinya terlebih dahulu dicapai oleh seseorang. Amalina terkejut dengan sentuhan tersebut lantas dia menelan air liurnya sendiri. Tangan yang menyentuh bahunya tadi mula merayap ke lehernya. Amalina cuba memberanikan dirinya untuk berpaling ke belakang. Ternyata tiada sesiapa di belakangnya, yang ada hanya tangan tanpa badan.

Amalina menjerit dan bingkas bangun dari sofa. Dia mencampak tangan tersebut ke lantai lalu langkahnya pantas menuju ke kamarnya yang terletak di tingkat dua. Perasaan takut menyelubungi jiwanya sehingga menyebabkan wajah jelitanya menjadi pucat. Sementara itu, tangan yang dicampaknya tadi hilang entah ke mana..

Amalina mengunci pintu dan terus melompat ke atas katilnya. Dicapainya selimut lalu di menyorok di dalamnya sambil menggigil ketakutan. Pada masa yang sama, bunyi derapan kaki keengaran jelas menuju ke biliknya dan berhenti di hadapan pintu billik.

“Amalina~” sayup-sayup kedengaran suara seorang gadis memanggil namanya di hdapan pintu bilik.

Amalina memegang erat selimutnya. Bibirnya terketar-ketar dan matanya dipejamkan kerana ketakutan. Tiba-tiba, Amalina dapat merasakan ada tangan sedang menyentuh tubuh dan rambutnya. Amalina tersentak lantas dia membuka mata dan selimutnya. Sepasang tangan sedang membelai tubuh dan rambutnya . dia terduduk di atas katil dalam ketakutan sambil mencapak sepasang tangan tersebut ke lantai.

Bau hanyir darah menusuk hidungnya. Amlina menekup mulut dengan menggunakan kedua-dua tangannya apabila terasa mual kerana bau darah tersebut. Manakala , tangan yang di campaknya tadi terapung di udara tanpa tali. Wajah si gadis bertambah pucat apabila melihat situasi tersebut.

Amalina berpaling ke kiri apabila dia terlihat setitis darah membasahi tilamnya. Kemudian, ada sesuatu telah jatuh di atas kepalanya dan terjuntai di hadapan wajahnya. Amalina menarik benda tersebut lalu dia melihatnya. Siapa sangka benda yang dipegangnya itu ialah usus. Amalina menjerit hysteria apabila dia melihatnya.

Amalina bingkas bangun dari katil lalu menuju ke pintu biliknya. Pintu itu berkunci dari luar. “tolong!” jeritnya sekuat hati sambil mengetuk-ngetuk pintu. Siapakah yang akan menolongnya sedangkan dia sendirian di dalam rumah ini lepas rakannya meninggal dunia.

“Amalina, kenapa kau sanggup buat aku macam ni?” suara sedih yang sangat menyayat hati itu sangat dikenali oleh Amalina.

Amalina berpaling ke belakang. “Wisda? Kau dah mati. Kenapa kau ganggu aku di sini?” wajah pucatnya bertambah pucat apabila dia melihat kepala Wisda terapungdi dalam biliknya.

“Sebab kau dah bunuh aku!” Berang Wisda. Sepasang tangan menerkam kea rah Amalina yang berdiri di hadapan pintu.

Amalina meronta-ronta untuk melepaskan dirinya tetapi tidak berjaya apabila biliknya dibanjiri darah secara tiba-tiba.

“Kau akan mati juga selepas kau lakukan semua ini kepada aku,” marah Wisda, makala pada tangan kanannya terdapat sebilah pisau yang pernah digunakan oleh Amalina untuk membunuhnya pada beberapa hari yang lalu.

Amalina menjerit sekuat hatinya tatkala dia lemas dalam banjiran darah yang berbau hanyir itu. Wisda mengendahnya. Senyuman sinis diberikan seraya tangannya mengelar leher Amalina. Hilaian kedengaran memenuhi setiap ruang rumah tersebut.


Darah di dalam bilik tersebut mula kering dan menghilang seraya Wisda menghilang.Wisda lenyap selepas dia membalas dendamnya terhadap Amalina yang telah mengeratnya kepada lapan bahagian. Begitulah jadinya kepada Amalina apabila roh Wisda tidak tenang.

Isnin, 7 Disember 2015

KISAHKU : LEMBAGA HUTAN



Di sebuah hutan yang kaya dengan kelestarian alam, tinggalnya sebuah keluarga miskin di dalamnya. Pak Harun merupakan seorang pengutip hasil hutan yang sering pergi ke pekan untuk menjual hasil hutan yang diperolehnya. Maka, tinggallah isterinya sendirian di rumah apabila Pak Harun pergi ke pekan. Ketika ini Mak Biah sarat mengandung dan mungkin akan beranak pada bila-bila masa sahaja.

“Biah, hari ini abang nak pergi ke pekan. Banyak akar kayu yang perlu dijual. Biah duduk di rumah baik-baik, ya,” ujar Pak Harun sambil mengusap rambut isteri kesayangannya.

“Abang boleh balik awal sikit hari ini?” Tanya Mak Biah sambil melihat wajah suaminya.
Dipegangnya tangan kanan suaminya lalu diletakkan pada perutnya, “Saya risau kalau saya terberanak sendirian nanti. Perut ni dah rasa sakit sangat.”

“Ya, abang akan balik awal. Biah berehatlah dulu. Abang nak pergi ke pekan,” tangan kirinya diturunkan dari kepala isterinya.

Mak Biah mengucup tangan Pak Harun yang dipegangnya tadi, “Hati-hati ya, abang. Biah tunggu abang balik nanti.”

Kemudian, Pak Harun mengucup dahi isterinya, “Abang minta diri dulu. Assalammualaikum.”

Pak Harun menapak turun anak tangga dan memakai kasut selipar. Selepas itu dia mencapai dua karung akar kayu yang terletak di tepi tangga rumah. Pak Harun sempat berpaling melihat isterinya sebelum dia melangkah menuju ke arah laluan ke pekan.

Mak Biah sengosok-gosok perutnya lalu berkata, “Sabar ya sayang.”

Pak Harun kembali ke rumahnya selepas seharian pergi ke pekan. Suasana sunyi pada waktu petang buatkan hutan ini kelihatan seram.

“WARGH!!!!!!!!” Jeritan yang kuat kedengaran dari rumah Pak Harun.

Pak Harun bergegas menuju ke rumahnya. Karung akar kayu yang dibawa tadi dilemparkan ke tepi tangga. “Biah!”

Pak Harun naik ke rumah. Dilihatnya Mak Biah telah terlantar di atas lantai.

“Abang, Biah dah nak beranak,” ujar Biah dalam kesakitan.

“Biah bertahanlah. Abang pergi panggilkan bidan,” Pak Harun bergegas keluar dari rumahnya dan menuju ke pekan kampung berdekatan untuk mencari bidan.

Mak Biah mengalirkan air matanya kerana terlalu sakit. Darah mula mengalir keluar dan membasahi lantai rumahnya.

Bayu kencang membadai alam, bunyi gemersik kedengaran jelas dalam suasana sunyi di dalam hutan ini. Mak Biah berpaling ke kiri di mana terletaknya pintu rumah yang terbuka luas. Di situ berdirinya seorang nenek tua yang memakai baju kebaya dan kain batik.

“Siapa kamu?” Soal Mak Biah yang tidak bermaya.

Dia menapak naik anak tangga, “Nek Bidan.”

“Bidan? Mana suami saya?”

“Nenek tak tahu. Nenek datang ke sini pun sebab terdengar cucu menjerit tadi,” bicaranya sambil berjalan menghampiri Mak Biah.

“Nek Bidan, tolong saya,” pintanya dalam tagisan kesakitan.

“Biah!”Pak Harun berlari pulang ke rumah.

“Abang minta maaf. Abang tak jumpa bidan,” beritahu suaminya sambil tercungap-cungap kepenatan di hadapan pintu rumah.

Pak Harun terkejut apabila melihat seseorang duduk di sebelah isterinya,” Siapa kau?”

Nenek itu hanya mendiamkan diri sambil memegang sesuatu pada kedua-dua tangannya. Dia kelihatan seperti sedang makan.

Pak Harun memberanikan dirinya untuk naik ke dalam rumahnya, “Apa yang kau buat dalam rumah aku?”

Kemudian, dia melihat ke arah isterinya. Darah banyak mengalir sehingga ke hujung kaki, “Biah.”

Nenek itu tiba-tiba berpaling melihat Pak Harun di belakangnya. Mulutnya berdarah dan pada tangannya terdapat uri yang berdarah. Pak Harun terkejut lalu terundur ke belakang dan terjatuh.
Nenek itu berdiri dan melihat ke arahnya. Pada ketika ini, Pak Harun juga dapat melihat perut isterinya dirobek dan anaknya juga telah mati.

“Kau ni siapa sebenarnya?” Pak Harun kelihatan cuak. Dia berundur ke belakang dengan menggunakan kedua-dua tapak tangannya.

Nenek ini mencampak uri ke lantai lalu diterkamnya Pak Harun dengan pantas dan dirobeknya perut Pak Harun. Jeritan Pak Harun bergema di dalam hutan itu.

Kini, sudah 30 tahu kisah itu berlalu. Namun, rumah usang itu masih utuh di dalam hutan tebal itu. Dahulunya dihuni oleh manusia tetapi kini dihuni oleh lembaga hutan. Suara tagisan sering kedengaran di dalam hutan ini dan ramai orang yang masuk ke hutan ini tidak pernah kembali lagi.