Aku berjalan sendirian
di sini bagaikan berjalan di atas angin, tidak menjejakkan kaki ke tanah. Angin
deras menyapa keras wajah dan rambutku yang pendek. Dari mula sehingga kini
tiada penamatnya. Adakah anda tahu aku berada di mana sekarang? Aku berada di
udara bagaikan sedang terbang merentasi tiupan angin yang kencang.
Aku pusingkan badan aku
ke belakang dan aku dapat melihat suasana bandar yang sangat jelas. Semakin
lama semakin kelihatan dekat. Adakah aku sudah mati?
Tidak. Aku masih hidup
lagi. Ternyata aku masih hidup dan benar-benar berada di udara tanpa sayap atau
tali. Sebenarnya, aku telah terjatuh dari helikopter selepas berlakunya
perbalahan anatara aku dan rakan aku. Hal ini demikian kerana dia seorang musuh
dalam selimut.
Jarak antara langit dan
bumi sangat jauh sehingga mengambil masa yang lama untuk aku menjejakkan kaki
ke atas tanah. Aku terkapai-kapai seperti mahu mencapai awan yang kelihatan
lembut dan putih.
Andaikata aku jatuh
terhempas ke tanah pada ketinggian ini, mungkin aku akan mati. Tetapi tidak
semudah itu sebelum aku selesaikan misi kelas S ini.
Aku pejamkan mata
serapat-rapatnya dan cuba untuk tenangkan fikiran. Sepasang sayap mekanikal
muncul seraya mataku dibuka. Lantas aku mengibas-ngibasnya ke atas dan ke
bawah. Aku terbang dengan posisi berdiri.
Satu letupan berlaku di
sebuah bandar yang aku tidak pasti namanya. Lantas mataku tertumpu kepada
bandar itu. “Tak guna!” Ujarku dengan nada geram.
Kemudian, satu lagi
bandar diletupkan oleh bom yang dilepaskan dari atas. Aku mendongak ke atas
sambil mataku ligat mencari keberadaan helikopter tersebut.
Pada masa yang sama,
terdapat lima buah jet perjuang terbang pantas menuju ke barat bandar ini. Aku
kenal warna jet itu, biru kehitaman warnanya. Itu ialah jet milik pihak musuh. Ternyata
mereka telah lama merancang untuk bekerjasama dengan musuh bagi menghancurkan
bandar-bandar di negara ini. Tapi apakah tujuannya?
Sebuah jet meluru
pantas ke arah aku tanpa aku perasani lalu dengan sengajanya melanggar aku.
Namun, nasib berpihak kepada aku apabila sebuah robot armada yang besar muncul
secara tiba-tiba dan melindungi aku. Robot armada tersebut dikenali sebagai
Megarolum. Megarolum yang mencul di hadapan aku ini diberi nama sebagai LUWES MAC
003
“Aku tak lambat,kan?”
Soal seseorang yang berada di dalamnya. Aku kenal orang itu. Dia ialah Andric
Cliffer, sahabat setiaku.
“Tepat pada masanya,”
jawabku ringkas sambil tersenyum.
Kedengaran bunyi besi
dipotong oleh besi yang tajam. Aku dan Andric berpaling melihatnya. Ternyata
sebuah lagi megarolum yang dikenali dengan nama LUWES MAC 004 telah memotong
jet pejuang tersebut sambil menjerit, “Berani kau cuba nak bunuh kawan aku!”
“Bersemangatnya Lence,” aku memerli Lence tatkala melihatnya.
Andric ketawa kecil
lalu berkata, “ Macam kau tak kenal dengan dia.”
Lence Alchemedes
merupakan seorang yang baran dan bersifat melindungi. Maka, tiada sesiapa pun
yang berani mengganggu orang yang rapat dengannya seperti kami. Tapi ada
seorang yang berani buat dia marah, Danish Mark yang memiliki LUWES MAC 002.
“Kapten, saya dah jumpa
kedudukan helikopter itu,” beritahu seseorang yang berada di dalam sebuah
minirolum, SML 005 yang mempunyai ketinggian yang sama seperti ketinggian
manusia.
“Ekori dan serang
mereka,” arahku selaku kapten pasukan pertama dalam misi kali ini.
“Baik!” Tabik diberi
sebelum beredar dari situ. Tiga buah minirolum mengekori SML 005 untuk
menjalankan misi mereka.
“Michaclis, LUWES MAC
001 akan sampai dalam masa 15 minit lagi,” beritahu Andric.
“Lambat sangat. Kita
perlu uruskan musuh segera,” aku tidak suka membazir masa.
“Tapi dalam keadaan kau
yang macam ni, macam mana nak lawan. Bahayalah,” nasihat Andric.
“Tak ada masalah,”
ujarku.
“ Kau memang degil.
Kenapa kau masuk ke dalam helikopter itu tanpa pengetahuan kami? Nasib baik ada
CCTV dekat kawasan landasan itu. Kalau tidak dah lama kau mati,” tegas
Lence.
Aku terdiam selepas dibidas sedemikian dan aku
bagaikan manusia yang sangat kecil bagi mereka. Hal ini demikian kerana aku hanya
berketinggian separuh pinggang mereka sahaja kerana saiz megarolum sangat
besar.
Sebuah megarolum menuju
pantas ke arahku. Hampir sahaja mahu melanggar aku. Megarolum itu terbang
pantas menuju ke atas tetapi aku tidak tahu ke mana destinasinya. Megarolum
yang berwarna merah itu sangat aku kenali, LUWES MAC 002 milik Danish.
“Megarolum itu kosong.
Mungkin dia mengawalnya dari jauh,” ujar Andric yang kelihatannya sedang
mencari LUWES MAC 002 selepas hilang di sebalik awan.
“Tak cukup dengan bom,
dia nak gunakan megarolum pula. Dia memang sengaja memalukan nama baik Nelumbo
Nucifera Army,” bengang Lence sambil menggenggam erat pedang yang digunanya
tadi untuk memotong jet pejuang milik musuh.
“Kenapa dia nak buat macam tu pada bandar dia
sendiri?” Soal Andric yang kehairanan.
“Kerana masa silamnya. Sebenarnya dia sama seperti
aku, robot yang dicipta untuk berperang. Tapi dia marah sebab ada diantara ahli
Nelumbo Nucifera Army telah membunuh pencipta kami, Dr. Will Mick,” jelasku
kepada mereka berdua.
“Maksudnya, kau di hantar ke sini pun atas sebab
yang sama ke?” Soal Lence yang mula curiga kepada aku.
“Ya. Tapi aku tidak bercadang untuk melakukan
perkara ini. Aku cuma nak bawa penjenayah itu ke muka pengadilan saja. Tak
sangka dia dah rancang peperangan di bandar ini,” aku kesal terhadap rakan
sepencipta.
“Jadi, kau pihak mana sekarang? Dia atau kami?” Soal
Lence.
“Aku berpihak kepada keamanan,” aku maksudkan
mereka.
Kedengaran bunyi deruan angin yang kuat sedang
menuju ke arah kami dari arah atas. Masing - masing mendongak ke atas di mana
LUWES MAC 002 berada. Serangan peluru berpandu dilepaskannya ke arah kami.
“Hati-hati!” Jeritku sekuat hati.
Mereka meluncur laju untuk mengelak daripada semua
peluru berpandu itu. Manakala, aku terbang ke atas.
“Michaclis, aku
ingat kau dah mati lepas aku tolak kau tadi. Ternyata kau masih di sini,”
ujarnya dengan nada memerli. “Panjang betul umur kau. Walaupun 12 tahun lebih
tua daripada aku.”
“Hentikan semua ini!”
Jeritku kepadanya.
“Ha? Apa? Aku tak
dengarlah,” sengaja dia berkata sedemikian.
“Aku kata hentikan!”
Dua pucuk pistol berkuasa tinggi diacukan kepada dia lalu aku melepaskan
tembakkan kepadanya.
Pantas dia bergerak
untuk mengelak serangan tersebut, “Tidak semudah itu. Kau terlalu lemah untuk
berhadapan dengan aku,” ujarnya dengan angkuh.
Danish melepaskan
peluru berpandu kepada aku dalam bentuk bulan untuk mengepung kedudukan aku.
“Michaclis!” Lence menjerit.
Aku cuba melarikan diri
tetapi gagal. Mungkin hayat aku hanya sampai di sini sahaja. Aku pejamkan mata
kerana tidak sanggup melihat kematian sendiri.
“Michaclis, kamu tak
boleh mati sekarang. Peperangan masih belum tamat. Tolong hentikan Danish
sebelum bandar ni hancur semuanya,” Aku membuka mata kerana terkejut apabila
terdengar bisikkan itu.
Aku kenal suara orang
itu, “Dr. Will.”
LUWES MAC 001 meluncur
laju ke arah aku sebelum sempat peluru berpandu mengenai aku, “Maaf kerana
terlambat.”
“One? Terima kasih,”
aku beryukur kerana megarolum kesayangan aku sempat selamatkan aku di sini.
LUWES MAC 001 berbeza
dengan megarolum lain kerana dia boleh bergerak dengan sendirinya dan mampu
berbicara.
Pintu LUWES MAC 001
pada dadanya dibuka. Lantas aku masuk ke dalamnya. Aku mengambil tempat di
sebuah kerusi di mana terdapatnya alat kawalan untuk menggerakkan LUWES MAC
001.
“Mari hapuskan LUWES
MAC 002 dan Danish,” arah aku kepada LUWES MAC 001.
“Baik!”
“Kalau kau tak nak
bekerjasama dengan aku untuk hapuskan pembunuh itu. Biar aku sendiri yang
lakukannya,” ujar Danish.
“Sebelum kau hapuskan
pembunuh tu. Aku akan hapuskan kau dulu sebab kau dah rosak,” lantang aku
bersuara kerana melepaskan geram.
“Mari kita tengok,
siapa yang lagi kuat dan layak selesaikan kes ini?” Danish melepaskan tambakan
bertubi-tubi ke arah aku. Aku mengelak.
“Lighting Sword,” aku
keluarkan pedang untuk berlawan dalam jarak yang dekat.
“Berani betul kau,”
perlinya.
Aku menggunakan
kelebihan LUWES MAC 001 untuk berhadapan dengan Danish iaitu kepantasan.
Aku menyusup ke
belakang LUWES MAC 002 tanpa diketahui oleh Danish.
“Ke mana dia
menghilang?” Danish hairan apabila aku hilang daripada pandangannya secara
tiba-tiba.
Tanpa membuang masa,
aku menusuk pedang milik aku pada belakang LUWES MAC 002 sehingga tembus ke
hadapan dadanya. Maka, Danish yang berada di dalamnya turun terkena tusukan
tersebut.
“Bila masa kau....”
Danish menjeling kelihat aku yang berada di belakangnya.
“Aku tak akan benarkan
kau hancurkan bandar ni. Mereka tak bersalah. Perlukah disebabkan seorang
pembunuh, semua penduduk di sini kau bunuh?” Tanya aku dengan nada amarah.
“Kalau macam tu, kau
tahu ke siapa yang bunuh Dr. Will?” Soalnya kembali.
“Aku tahu. Dia ialah
Lucifer Cralin. Orang yang telah hasut kau selama ini,” jelas aku yang baru
mengetahui hal ini sehari yang lepas.
“Apa?” Sepertinya dia
tidak dapat menerima hakikat itu.
“Dia dah rosakkan
permikiran kau supaya semua orang akan benci kau. Hal ini kerana dia dapat tahu
bahawa kau telah dicipta oleh Dr. Will yang dibunuhnya lima tahun lepas,” Aku
pun tidak sanggup melihat rakan sendiri mati di hadapan mata.
“Macam itu ke? Aku ni
hanya mainan dia saja. Bodohnya aku,” dia mula berasa kesali.
“Danish, aku....”
“Michaclis, aku minta
maaf sebab dah menyusahkan kau. Aku rasa aku tak layak untuk teruskannya. Jadi,
kau tolonglah selesaikan perkara ini,” ujarnya.
“Kau macam mana?”
“Aku dah rosak. Tak
boleh diperbaiki lagi. Dr. Will pun dah tak ada. Apa gunanya aku hidup lagi.
Michaclis, tolong hapuskan dia untuk Dr. Will dan .....Aku,” pintanya sebelum
dia menghembuskan nafas terakhir.
Aku cabut pedang dari
LUWES MAC 002. Maka, dia jatuh ke bawah.
“Julian, tolong arahkan
pasukan 3 untuk bawa balik LUWES MAC 002,” arah aku melalui alat perhubungan.
“Baik!”
Beberapa minit
kemudian, sekumpulan minirolum muncul sebelum LUWES MAC 002 jatuh ke bumi.
Ketika ini aku melihat LUWES MAC 002 dibawa pergi dari situ.
“Aku akan selesaikan
misi ini,” tekad aku.
“Lence! Andric! Mari
pergi!” Arahku. Kami terbang menuju ke destinasi di mana helikopter itu berada.
Kedengaran bunyi bom
meletup di udara. Serpihan helikopter terpelanting dan hampir mengenai kami.
Namun, kami sempat mengelak.
“Macam mana boleh
meletup?” Soal Lence.
Kami mara ke sana untuk
melihat siapa yang melakukan letupan itu.
“Dia ke?” Andric
seperti mengenali orang yang berada di dalam megarolim berwarna hitam itu.
Megarolum itu juga dikenali LUWES SRT 001.
“Siapa tu?” Soal aku
yang tidak mengenali orang itu.
“Lero Daroza. Ketua
pasukan rahsia,” jelas Andric.
“Misi dah selesai,”
LUWES SRT 001 menunjukkan tanda ‘Okey’ kepada kami bertiga.
“Bagus. Senang betul
kerja kita,” ujar Lence.
“Tapi cuba tengok
bawah,” ujar aku sambil melihat ke bawah di mana terletaknya bandar-bandar
besar. Masing-masing turut melihatnya.
“Kau rasa?” Soal aku
kepada mereka berdua.
“Banglo aku!” Jerit
Lence. Dia bengang apabila terdapat kipas helikopter di kawasan rumah banglonya
yang telah musnah.
“Relax, rumah aku tak
kena pun,” pujuk Andric.
“Apa yang susah sangat.
Tinggal saja dengan Lero. Lagi pun dia yang buat rumah kau macam tu,” cadang
aku.
“Michaclis!”Marah
Lence.
Inilah kisah aku yang
hidup dalam kalangan manusia. Ada kalanya perkara manis dan pahit dikongsi
bersama. Hargailah sahabat. Tapi jangan pula salah memilih sahabat.