Jumaat, 26 Jun 2015

LAGU : KAU DAN AKU SELAMANYA



Kisah kau dan aku
Tersemat rapi dalam memoriku
Tidak mungkin akan aku lupakan tentangnya
Memori indah aku jadikan kenangan
Memori pahit aku jadikan pengajaran dalam hidup ini.

Merdu sungguh suaramu
Tatkala kau berbicara denganku
Lembut sungguh pandanganmu
Tatkala lirikan matamu melihatku

Akan aku lukis gambarmu
Buat tatapan rinduku
Akan aku tulis kisah hidupmu
Buat kenangan bersamamu
Akan aku rakam suaramu
Buat mengubati rindu ini.

Walaupun kau jauh di mataku
Aku tetap bersamamu
Biarpun sempadan memisahkan kita
Namun kau dan aku tetap bersama
Bersama dalam dilema rindu kita.

Sabtu, 20 Jun 2015

KISAHKU : SENDIRIAN SELAMANYA

Berkawan hanya seketika,
Bersahabat untuk selamanya.

Kini, aku sendirian tanpa dirinya di sisi. Di sini tiada seorang pun yang layak mendampingiku sebagai seorang sahabat seperti dirinya. Aku sendirian beada di dalam duniaku, duani yang hanya ada aku dan diriku. Tidak seorang pun yang berjaya membuka gerbang duniaku untuk memasuki jiwaku yang sepi ini.

Aku tahu siapa aku dan aku tahu siapa mereka.

Dunia yang gelap tanpa cahaya, siapa yang peduli? Berjalan sendirian  dalam kegelapan tanpa hala tuju, siapa yang tahu? Hanya aku dan diriku, perlahan-lahan menempuhi cabaran sendirian.

Aku berjalan sendirian untuk mencari cahaya di hujung sana. Namun, hampa kerana tiada cahaya di situ.

Rakan,
Kadang-kala bersama-sama dan kadag-kala tersisih. Aku sudah leka dengan semua itu kerana aku adalah aku, menerima sesiapa sahaja tanpa motif negatif.

Sahabat,
Susah dan senang sentiasa bersama-sama, suka dan duka sentiasa setia, hati senang hidup bahagia, resah gelisah hilang serta-merta. Hanya sahabat sahaja yang mampu melakukannya kerana dia menerimaku dengan seadanya.

Sabtu, 13 Jun 2015

PUISI : CORETAN TAKDIR

Akanku tulis kisah hidupmu dalam coretan memoriku
Akanku ingat tentang dirimu dalam setiap detik hidupku
Walau terpisah sedetik pun aku berharap kita bertemu juga
Andaikata aku dan kau ditakdirkan berpisah untuk selamanya
Redailah takdir Allah kerana Dia Maha Mengetahui masa depan hamba-Nya.

Aku tahu kau mahu mengenaliku dengan lebih lagi
Aku tahu kau pernah meraguiku walaupun sedetik
Aku tahu aku tak jujur dan teruk
Namun aku sedang mencuba yang terbaik untukmu
Kerana demi persahabatan ini aku mahu ianya kekal selamanya.

Aku tidak tahu mengapakah hati ini semakin melonjak untuk menyatakannya
Mungkin tiba masanya nanti aku juga akan ketahui jawapannya
Aku takut sendirian tetapi itu ialah hakikat hidup ini
Aku tidak pasti apa yang aku nyatakan ini benar atau tidak
Tetapi itulah isi hatiku
Semoga dipanjangkan umur dan berjumpa lagi.

KHAS BUATMU SAHABAT

Khamis, 4 Jun 2015

PENDAPAT



TIPU SEPANJANG HAYAT

Seorang penipu akan terus menipu tanpa rasa bersalah. Diminta simpati dan perhatian dengan cara yang salah. Tanpa memikirkan kesan buruk, dia terus menipu. Tipu kepada diri sendiri dan orang sekeliling. Tiada keamanan dan kepuasan bagi seorang penipu.


BUKAN SIMPATI

Kita tidak tahu apa yang akan berlaku kepada diri kita pada masa akan datang, sesuatu yang baik atau buruk. Diri ini bukan meminta simpati tetapi diri ini mahukan sahabat yang boleh menerima diri ini dengan seadanya. Manusia sangat rumit untuk difahami tetapi tidak mustahil untuk mencubanya kerana setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya.


PENCINTA SENI

Pencinta seni tidak mampu hidup dengan tenang tanpa seninya kerana seni sebahagian daripada hidupnya. Seni sangat rumit, halus dan bernilai tetapi tidak semua orang tahu cara untuk menghargainya kerana hanya orang yang berfikiran seni mampu menilai sesebuah seni itu.

KISAHKU : MOTIVASI DIRI



Kisah hidupku baru bermula, aku tidak akan mulakannya sekiranya tirai pentas persembahan masih belum dibuka. Jari-jemariku lancar menaip ayat, fikiranku ligat menyusun kata. Tatkala aku menulis , segala tekanan hilang entah ke mana. Aku menulis bukan kerana suka-suka, aku menulis kerana hidup ini tidak lengkap tanpa karya.

‘Karyaku Hidupku’ tercetus kerana dirinya yang menjadikan aku lebih maju daripada dulu. Hidup tanpanya memang perit tetapi aku adalah aku. Aku masih tercari-cari di manakah semangat keberanian aku telah hilang selepas setengah tahun aku tidak berperasaan sedemikian.

Motivasi diri diperlukan bagi setiap orang. Aku? Diri yang berbeza, jiwa yang bercelaru dan fikiran yang tidak dijangka. Aku bergerak atas dasar kosong, hanya mengikut kaki yang melangkah. Jiwa semakin menjunam ke arah kegelapan. Namun, diri ini masih ada erti keimanan abadi. Suara semangat dan nasihat kedengaran dalam fikiran, “Allah Maha Mengetahui dan hidayah milik Allah,” itulah diriku yang semakin lenyap ketika dahulunya.

Kini, aku kembali dengan diriku yang baru. Diri yang penuh dengan motivasi. Aku bersyukur kerana diberi kesedaran pada saat aku kekusutan dalam rencah kegelapan. Hidup ini jangan terlalu leka dengan kemewahan kerana kemewahan merupakan salah satu ujian-Nya di dunia ini.