Ahad, 18 September 2016

MESEJ PSIKO

Pernahkah anda berhadapan dengan keadaan sedemikian? Bermesej dengan seorang psiko atau anda ialah orang itu sendiri?

12 September 2017, 00:00 a.m

Asus milik seorang gadis berbunyi menandakan mesej whatapps diterima. Dicapainya telefon bimbit tersebut dari atas meja mini di sebelah kanan katil lalu dilihatnya mesej tersebut. Ternyata mesej itu berada dalam Prunus Group.

Mika : Hello sweet heart😙
Anri : Hai, Mika. Eh? Tadi kau kata nak tidur. Kenapa tak off lagi phone?
Yun : Yela.
Mika : Did I said like that?
Yun : Ya. Dah lupa ke?
Anri : Kau dah nyanyuk ke, Mika?
Mika : Mika? I'm not😆
Yun : Kalau kau bukan Mika. Kau siapa?
Mika : Akim.
Anri : Setahu aku. Mika ni anak tunggal je. Mana ada adik-beradik yang lain.
Yun : Ya la. Mika, kau saja nak kenakan kitaorang, kan?
Mika : No. It's real.

Yun yang berada di atas katil menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Apa yang dia merepek ni? Aku tak faham." Bengangnya.

Yun :Wei, kitaorang dah lama kenal kau. Pernah jumpa kau. Kitaorang kawan kau. Kitaorang tahulah kau ni tipu je, kan.
Mika : Princess Yun. Do you want to know the real me?
Yun : Tak payah la. Hari-hari aku dah jumpa kau.
Anri : Sebab kau bosan. Sebab tu kau merepek macam ni, kan. Kau pergi la tidur sana, Mika.
Mika : Queen Anri. Can you sleep with me to night. I can't sleep alone at here.
Anri : Jangan nak merepek la. Malam-malam macam ni aku nak pergi rumah kau. Memang tak la.
Mika : So, wait for me on your bed.
Yun : Wei, Mika. Seram la aku baca ayat kau ni.
Mika : Sayang. Kan saya dah cakap tadi. Saya Akim bukan Mika. Kalau nak tahu. Dia tengah tidur sekarang ni. Fly to fantasy.
Yun : Geli la ayat kau.
Anri : Aku rasa macam nak termuntah. Hahahaha.

Yun menghempas Asus di atas katil. "Sayang? Sejak bila dia panggil aku 'sayang' ni? Gelinya."
Kemudian, Yun mengabaikan mesej tersebut. Hanya Mika @ Akim dan Anri sahaja yang bermesej pada malam itu.

12 September 2017, 08:30 a.m

Yun berlari ke arah Mika apabila terlihat gadis itu melintasi kelasnya. Mika berpaling kepada rakannya. "Kenapa?"

"Semalam kau memang saja nak kenakan aku dengan Anri, kan?" Soalnya dengan wajah serius.
Mika tampak hairan. " Eh? Semalam? Aku tak faham. Kenakan apa ni?"

"Tak payah nak berdalih la. Aku tahu, kau yang mesej kitaorang malam tadi. Bersayang-sayang bagai." Tegasnya.

"Kejap. Aku masih tak faham. Pukul berapa mesej yang kau cakap tu? Semalam aku tidur awal, okey." Mika masih tampak blur.

"12:00 tengah malam."

Mika terdiam.

"Kenapa diam? Betul la kau yang sengaja mesej aku guna ayat geli-geli macam tu, kan?" Marah Yun. Anri pun keluar apabila terdengar suara sahabatnya itu
.
"Kalau pukul 12:00 malam tu. Aku dah off data dan tidur. Atau kau yang mimpi?"
Yun menyeluk poket skirtnya lalu mencapai Asus. Ditunjukkan mesej mereka pada malam tadi. "Puas hati?"
 
Mika mencapai telefon tersebut dan membaca setiap mesej itu. "Kau sendiri pun tahu. Aku ni bukan reti speaking. Perlu ke aku tulis Bahasa Inggeris semata-mata nak berbual dengan kau?" Telefon bimbit dikembalikan.

Yun terdiam dan fikir sejenak. "Betul juga. Selama ni pun dia tulis BI selalu je salah."

"Mika, kau tengah bercinta dengan sesiapa ke sekarang ni?" Soal Anri.

"Tak. Aku malas fikir pasal cinta. Kenapa?"

"Sebab ayat kau bagi dekat aku jiwang sangat." Kritik Anri.

"Aku tak tahu. Bukan aku yang mesej dengan korang malam tadi." Jelasnya.

"Dekat rumah kau ada siapa selain daripada kau dengan family?" Soal Yun yang masih tidak puas hati.

"Aku sorang je dekat rumah. Mak ayah aku pergi London. Ada kerja." Jelasnya tanpa rasa ragu-ragu.

"Kalau bukan kau yang mesej kitaorang malam tadi. Habis siapa yang mesej? Siapa Akim tu sebenarnya?" Tegas Yun kepada Mika.
 
"Aku tak tahu."

13 September 2017, 00:00 a.m

Anri dan Yun sedang seronok menonton televisyen di rumah Yun. Maklumlah, malam ini Anri teman Yun sebab ibu bapa Yun ada parti di rumah kawan mereka. Mungkin dua jam lagi ibu bapanya kembali ke rumah.

Asus berbunyi. Mata masing-masing tertumpu kepada Asus yang berada di atas meja mini yang terletak bertentangan dengan mereka. Yun mencapainya lalu dia membaca mesej tersebut.

Mika : 😙Free kiss for my sweet heart.
Yun : Geli la, wei.
Mika : What are you doing now?
Yun : Tengok tv dengan Anri.
Mika : Together?
Yun : Ya. Sebab parents aku tak ada dekat rumah. Abang aku pun tak ada.
Mika : Can I join you all tonight?

Yun melihat ke arah Anri yang berada di sebelah kanannya. "Nak ajak ke?"

"Entah. Suka hati kau la. Ni rumah kau, bukan rumah aku." Jawab Anri.

"Ajak je la. Lagi pun tu Mika. Dia sengaja je buat kita pening bila mesej dengan dia." Ujarnya sedikit ketawa.

"Macam mana kalau bukan dia yang kita mesej selama ni?" Teka Anri. 

"Apa maksud kau?" Yun mula cuak.

"Maksud aku. Ada hantu yang main phone dia."

Yun ketawa terbahak-bahak. "Mana ada hantu main phone. Apa la kau ni. Mika tu saja je. Dia bosan sebab tu dia mesej macam tu." Cuba fikir positif.

"Tapi dia tak reti BI. Kau dah lupa ke?"

"Dia mesti rujuk mana-mana buku atau guna google translate." Jelasnya tanpa rasa ragu-ragu kerana semua itu tidak mustahil.

Mika : So?
Yun : Okey. Datang la. 😎
Mika : Thank you, honey😍

Anri tanpak cuak selepas melihat mesej Yun dan Mika. Fikirannya mula memproses sekiranya yang datang itu bukan Mika sebaliknya hantu.

Pintu rumah Yun diketuk selepas 10 minit mesej dihantar. Anri menemani Yun menuju ke pintu utama. Pintu dibuka oleh Yun. Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat manusia yang berada di hadapan pintu itu ialah seorang lelaki berjaket hitam bersama-sama sejambak mawar merah pada tangan kanannya.

"Hello, beautiful priencess." Sapa lelaki itu.
Masing-masing ketakutan. "Siapa kau?" Soal Yun.

"Akim. Did you forgot about me?" Mata hazelnya terserlah disebalik rambut hadapannya yang panjang.

"Kejap. Kau ni mesti Mika. Mika, perlu ke kau pakai macam ni untuk takutkan aku?" Tengking Yun di hadapan pintu.

Akim tersenyum. "Bukankah saya pernah cakap sebelum ini? Saya Akim bukan Mika." Sejambak bunga mawar pada tangan kanannya dilepaskan jatuh di hadapan pintu. Akim melangkah masuk ke dalam rumah tersebut manakala mereka berdua berlari menyelamatkan diri apabila melihat jejaka itu marah.

Sebilah pisau kecil dikeluarkan dari poket seluar belakangnya. "Sayang-sayang sekalian. Nak pergi ke mana?" Panggilnya dengan nada mesra.

"Kalau kau bukan Mika. Kau nak apa daripada kami? Apa yang kau dah buat dekat Mika?" Soal Yun di sebalik dinding dapur.

Akim ketawa. "Mika? Dia dah lama mati. Setahun yang lalu. Kau dah lupakah pasal kejadian tu? Kau lari tinggalkan dia sendirian berhadapan dengan lelaki-lelaki tak guna di lorong rumah kau ni." Emosinya bertukar amarah.

"Habis tu yang selama ni kita jumpa tu siapa?" Soal Anri kepada Yun. Masing-masing cuak.

Akim menuju ke dapur dan menjengukkan kepalanya pada dinding dapur. "I can see you, sweet heart." Ujarnya yang berada betul di hadapan muka Yun.

Yun menjerit. "Apa kau nak daripada aku?"

"Aku nak balas dendam atas kematian Mika."

"Kalau Mika mati. Siapa pula yang selalu pergi sekolah tu?" Tegas Yun.

"Mika."

"Tadi kau kata Mika dah mati. Apa sebenarnya semua ni? Atau kau yang dah gila?" Tengkingnya. Anri pula memeluk kemas lengan Yun sebab takut.

"Yang gila tu kau. Sebab kau je yang nampak dia. Kau pun sama." Ditunjuknya pisau pada tangan kanannya ke arah Anri.

"Apa semua ni? Mika dah mati. Mika pergi sekolah?" Jeritnya dalam hati bagaikan orang gila. Anri pula menggeletar.

Akim menghampiri. "Jadi, kematian dibalas dengan kematian baru la adil. Kan?" Diletaknya pisau pada leher Yun. Yun terkejut. Anri pula lari keluar dari rumah Yun.

Yun kaku. Tidak tahu hendak lari ke mana lagi. Perlahan-lahan leher itu dimakan mata pisau yang tajam sehinggalah gadis itu rebah sujud di hadapan kaki Akim.

13 September 2017, 09:40 a.m

Mika pergi ke sekolah seperti biasa. Dilihatnya ke arah kelas Yun dan Anri apabila dia terdengar rakan-rakan kelas tersebut bercerita tentang Yun dan Anri.

"Aku dengar Yun mati dalam rumah dia malam tadi. Betul ke?"

"Betul la tu. Pagi tadi aku ada nampak polis dekat rumah dia."

"Siapa yang bunuh dia?"

"Aku rasa Anri. Sebab malam tadi aku ajak Anri main game dekat rumah aku tapi dia tak nak sebab dia kata dia nak pergi rumah Yun." Jelas pelajar perempuan itu.

"Dekat rumah Yun tu pun tak ada orang. Mak ayah dia pergi parti dekat rumah kawan ayah aku."

"Jadi macam mana dengan Anri? Masuk penjara ke?"

"Tak. Dia masuk hospital gila."

"Kenapa?"

"Sebab dia kata hantu Mika datang nak bunuh dia dengan Yun. Tu apa yang aku dengar masa dia menjerit ketika pihak hospital nak bawa dia pergi. Ya la rumah aku sebelah rumah dia je."

"Mika? Budak tu bukan hidup lagi ke lepas kejadian rogol malam tu? Mana pula datang hantu Mika tu? Sedangkan semalam aku baru nampak deorang berbual depan kelas."
 
"Adakah Mika yang bunuh Yun?"

"Kenapa pula? Mika tu baik je aku tengok. Rapat pula tu. Rumah dia dengan Yun pun jauh. Malam-malam macam tu berani ke dia jalan sedirian. Tak pasal-pasal dia kena rogol lagi." 

Suara-suara manusia yang tidak dikenali itu buatkan Mika tertarik untuk mendengarnya sambil mengukir sedikit senyuman puas.

"MANUSIA." Mika berlalu pergi dari situ dan menuju ke tandas.

Di tandas dia melihat cermin di hadapannya. Wajah yang senyum itu ditatapnya lama sebelum bersuara. "Mika, aku dah buat segalanya untuk kau. Sekarang masa untuk kau hidup dengan tenang. Tiada lagi bayang-bayang masa silam kau dalam sekolah ni. Kalau perlukan aku, seru saja. Sebab aku akan sentiasa dalam hatimu." Bicaranya sendirian bagaikan orang gila.

Adakah anda turut terikut-ikut dengan gaya permainan penulis dalam penulisannya atau anda mampu berfikir lebih daripada itu?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan