Rabu, 1 April 2015

KISAHKU : AKU TIDAK DILAYAN

Aku sering menantikan mesej daripada dia dan sering mengharapkan dia membalas semua mesej dan whatapp yang aku selalu hantar. Namun, dia jarang membalasnya. Mesej, whatapp secara peribadi dan kumpulan, chat dalam facebook atau email, semuanya tidak dibalas. Walaupun aku tahu perkara itu akan berlaku, aku tetap juga melakukannya.

Setiap kali aku membuka whatpp, aku akan membuka dan melihat profil dia. Aku sengaja bertegur sapa dengan dia dalam kumpulan whatapp apabila dia berada dalam talian. Namun, yang membalas sapa aku adalah beberapa orang rakan yang berada dalam kumpulan tersebut dan tidak termasuk dia.


Apabila aku merinduinya, aku akan membuka facebook miliknya dan melihat gambar-gambarnya dan keluarganya. Dia jarang mengemaskini facebooknya tetapi dia sering online. Kadang-kala aku tidak faham, kenapa dia tidak membalas chat aku walaupun dia tahu aku sering menghantarnya.

Dia selalu muncul dalam mimpiku apabila aku merinduinya. Suaranya, wajahnya, senyumannya, gelak tawanya, gayanya dan cara berjalanya tidak dapat aku lupakan walaupun sudah sekian lama kami tidak berjumpa. Kadang-kala aku tahu dia akan datang dan kami akan bertemu di sini. Sememagnya perkara itu berlaku setiap kali gerak hati aku mengatakan bahawa dia akan ke sini. Walaupun dia tidak melayaniku, aku tetap rasa gembira kerana rindu aku terhadapnya telah terubat walaupun seketika.

Dahulu dia pernah melayani aku walaupun seketika. Tetapi kini, dia langsung tidak bertegur sapa dengan aku walaupun kami berkali-kali bertemu. Aku tidak faham, kenapa dia boleh membalas whatapp kawan-kawan yang lain dengan segera tetapi dia tidak pernah membalasnya dengan secepat itu apabila aku yang bertegur sapa dan ingin berbual dengan dia. Dia tidak pernah melayani aku seperti mana dia melayani kawan-kawan yang lain.

Apabila orang bercakap perkara buruk tentang dia, aku cuba mempertahankan diri dia walaupun di hadapan sahabat baik aku sendiri. Walaupun perkara yang dikatakan itu ada kalanya betul tetapi aku tetap cuba mempertahankan dirinya. Sahabat aku tidak suka akan dirinya kerana mereka sering bergaduh apabila mereka bertemu sejak zaman persekolahan lagi.

Aku tahu siapa dirinya. Aku tahu kebaikan dan keburukannya. Aku tahu tentang dirinya yang orang lain tidak pernah ambil tahu. Aku tahu dia mempunyai banyak rahsia. Aku tahu dia ramai peminat. Aku tahu dia sukakan seseorang tetapi orang itu hanya jadikan dia batu loncatan untuk melalui alam percintaan dan mereka beransur-ansur menjadi sahabat kerana gadis itu bersama-sama insan yang lebih dicintainya. Aku juga tahu dia sedang kesunyian dan aku tahu apa yang difikirkannya setiap kali kami bertemu kerana aku sering memerhatikanya.

Dia boleh layan orang lain seperti rakan-rakannya tetapi kenapa dia tidak boleh melayan aku seperti rakan-rakannya juga? Siapakah aku di mata dia sebenarnya? Kawan, lawan, penghalang atau orang asing? Selama sepuluh tahu aku mengenalinya walaupun tidak terlalu rapat dengan dia dan aku pernah cuba untuk mendekatinya walaupun hanya sebagai seorang rakan sekelas tetapi jarang sekali dia berbual-bual dengan aku jika dibandingkn dengan mereka yang baru sahaja menjadi rakan sekelas.

Aku tahu siapa aku. Aku kenal diri aku. Aku tidak sesuai menjadi rakannya mahupun orang yang istimewa bagi dirinya. Aku hanya dianggap sebagai seseorang yang jarang wujud dalam kehidupannya atau cuma halimunan yang berada di dalam kelas itu selama ini.

Aku perhatikannya, tanpa aku sedari aku terlalu obses tentang dirinya. Aku tidak tahu perfume jenis apa yang dia pakai tetapi aku cuma dapat cam dia apabila terbau perfume jenis itu. Tidak hairan kalau aku tahu di mana dia berada walaupun tanpa memberi salam.

Kami ada persamaan dan kami ada perbezaan. Perbezaan kami lebih banyak daripada persamaan. Tetapi disebabkan persamaan yang terlalu sedikit itu yang membuatkan aku ingin mengetahui tentang dirinya dengan lebih mendalam. Hanya sebab dia sahaja aku melakukannya kerana bagi aku, dia adalah seseorang yang pernah menarik perhatian aku selepas aku kehilangan seorang insan yang paling aku cintai sejak zaman persekolahan lagi.

Seorang insan yang paling rapat dengan aku sehingga seorang pelajar perempuan itu membuat satu perkara yang menyebabkan persahabatan kami terputus serta-merta. Hanya kerana pelajar perempuan itu, persahabatan yang baru dua tahun bermula telah terputus sehingga sekarang. Insan yang paling aku cintai itu hanya buat tidak nampak sahaja apabila aku berada di hadapannya dan dia hanya berbual-bual dengan rakan-rakan yang lain tanpa berbual dengan aku yang telah lama tidak berjumpa.
Kadang-kala aku berasa geram apabila bertemu dengan pelajar perempuan itu tetapi aku tetap cuba bersabar kerana perkara tersebut telah enam tahun berlalu. Aku hanya berpura-pura tersenyum dan mesra dengan pelajar perempuan tersebut apabila kami bertemu tetapi siapa tahu, dalam hati aku api kemarahan sedang marak membakar kesabaran ini.

Demi masa hadapan, aku cuba lupakan kisah silam yang melukakan itu. Dia menjadi pilihan aku untuk melupakan kisah lama aku bersama-sama insan yang aku paling cintai itu kerana mereka ada persamaan. Hanya mereka yang boleh menarik minat aku setakat ini.

Sekarang aku rasa sunyi apabila tiada sesiapa yang melayani diri ini. Hanya aku dan komputer. Menulis, menulis dan terus menulis segala yang terbuku dalam isi hati aku ini. Tanpa aku sedari, azan subuh berkumandang. Daripada pukul 8.00 pagi sehingga 6.00 pagi pada keesokan harinya, aku asyik menulis tanpa rasa lapar dan dahaga tetapi solat tidak dilupakan. Aku menulis tanpa henti selagi aku ada idea untuk menghasilkan beberapa karya yang sangat rumit untuk aku hasilkan. Demi janji aku kepada seorang sahabat, aku akan tunaikan tidak kira di mana dia berada. Jangka tiga tahun sangat singkat dan aku telah menghabiskan setahun aku untuk menulisnya sehingga sekarang.

Aku sudah tidak kisah apabila mereka tidak melayani aku kerana aku tahu siapa diri aku. Aku tidak memaksa untuk mereka menerima aku kerana mereka juga tidak memaksa aku untuk menerima mereka. Aku pernah marah,geram dan kecewa kepada mereka tetapi aku cuba bersabar apabila berhadapan dengan mereka. Aku hanya seseorang yang tidak berperasaan apabila di hadapan mereka tetapi cuma seorang sahaja yang perasan tentang perasaan aku yang sebenarnya. Dia tahu aku marah, sedih dan kecewa walaupun aku tidak pernah memberitahunya dan tidak pernah menunjukan reaksi wajah sedemikian. Dia adalah sahabat istimewa aku yang pertama kali pernah menerima kewujudan aku di sisi mereka.

Bagi dia, aku adalah sahabat, pendorong dan penasihatnya. Aku seorang yang pengecut tetapi disebabkan dia, aku menjadi berani walaupun tidak seberani dirinya yang sering berada di atas pentas pertandingan dari dalam sekolah sehingga ke wakil negeri. Kebanyakkan urusan dia dalam pertandingan dan pelajaran aku yang uruskan supaya dia tidak terlalu terkejar-kejar sehingga dia rasa tertekan. Aku faham masalah peribadinya walaupun aku tidak merasainya kerana kami tidak banyak bezanya. Anak sulung memang perlu uruskan banyak perkara dalam keluarga jika dibandingkan dengan adik-adik yang masih kecil.

Insan itu, dia dan sahabatku merupakan inspirasi aku untuk menulis sehingga kini. Mereka sangat baik dengan aku tetapi itulah kisahnya. Diri ini sedang kesunyian dan sedang menanti masa untuk merantau ke daerah lain. Merantau untuk mencari ilmu dan terus berkarya walaupun aku tahu aku bukan orang yang berseni. Aku berdiri di atas bakat seni walaupun aku bukan pelajar kelas seni. Setiap kali ada pertandingan seni memang nama aku tersenarai.

Aku hanya tahu menulis tetapi bukan membaca seperti sajak,pantut,seloka dan sebagainya. Aku terkejut apabila seorang guru pakar seni telah membuat penilaian terhadap hasil seni lukisan aku kerana aku telah menganggap seni lukisan aku itu yang paling teruk sebab aku telah lama meninggalkan seni lukisan sejak tangan aku sakit. Tanpa aku jangka, aku setanding dengan pelajarnya daripada kelas seni walhal lukisan mereka lebih bagus daripada aku. Lukisan yang menggunakan pelbagai jenis warna seperti warna air, cat minyak, arang dan sebabaginya sangat rumit untuk dilakukan tetapi karya mereka sangat cantik. Jika dibandingkan dengan aku yang hanya menggunakan warna biasa dan krayon.

Aku tidak mengharapkan sebarang penghargaan daripada hasil seni aku kerana aku melakukannya untuk minat aku sendiri. Tetapi jika mereka memberi penghargaan, aku hanya menerimanya dan rasa bersyukur kerana aku tahu aku masih wujud di dunia nyata ini walaupun hanya kerana seni.
Berkarya hanya hobi sahaja dan bukan mahukannya sebagai kerjaya. Selepas sekian lama aku berhenti berkarya tetapi kini aku kembali berkarya walaupun aku tahu tiada sesiapa berminat untuk membacanya. Selagi aku ada idea dan mampu menulis dan melukis, aku akan menerukannya kerana semua itu buatkan aku hilang stress.

Tidak kisahlah mereka kata, “Tidak penat menulis ke? Tidak bosan menulis ke?” Atau cikgu kata, “Berhentilah menulis tu. Tidak penat ke sejak saya masuk tadi awak dah menulis? Saya pula yang rasa stress bila tengok awak menulis,” walaupun waktu itu aku sedang menulis karangan Bahasa Melayu di hadapan guru ganti itu. Daripada tidak tahu nak berbual apa-apa dengan cikgu itu, lebih baik aku siapkan karangan. Kadang-kala aku juga melukis apabila waktu cikgu itu gantikan cikgu yang tidak hadir ke sekolah dan soalan yang sama juga dia bertanya sehinggakan sahabat baik aku sorok semua buku dan kotak pensil aku ketika cikgu itu masuk ke dalam kelas.

Kisah silam aku jadikan karya,

Masa kini aku jadikan titik permulaan,

Susah senang aku akan cuba sehingga berjaya,

Kerana usaha tangga kejayaan.