Hadiah merupakan sesuatu yang sering diberikan oleh seseorang kepada insan yang lain. Hadiah dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama manusia. Hadiah dapat menggembirakan insan yang menerimanya daripada insan yang lain. Selain itu, hadiah juga bukan harta semata-mata. Hadiah yang paling berharga ialah kasih sayang dan kesetiaan yang abadi.
Sokongan sering aku berikan kepada rakan-rakan dan mereka yang memerlukan. Bagiku harta bukan segalanya. Selagi aku mampu aku akan melakukannya biarpun diri ini tidak hidup dalam kemewahan.
Hadiah sering aku berikan kepada sahabat sejati dan rakan-rakannya lain. Hadiah hari lahir,hadiah kejayaan, hadiah persahabatan dan hadiah kebahagiaan. Namun itu hadiah semata-mata kerana bagiku,aku belum layak digelar sahabat sejati. Kesetiaan aku hilang entah ke mana walaupun kasih sayang aku sering bersama mereka.
Aku sedar tentang diri ini. Tidak semua manusia sempurna segalanya. Manusia sering melakukan kesilapan dan mereka cuba memperbaikinya.
Bertahun-tahun aku bersahabat dengan dirinya tetapi baru kini aku dapat membaca isi hatinya. Ditinggalkan warkah untuk aku sebelum dia berhijrah mencari rezeki di daerah orang.
WARKAHKU BUATMU SAHABAT
Assalamualaikum,terima kasih kerana sudi membaca coretanku yang tidak seberapa ini. Namun,nukilan ini pastinya berkisar mengenai perasaan tulus ikhlasku kepadamu wahai sahabatku yang setia dan sejati.
Aku amat berterima kasih kepadamu yang sudi menerima huluranku sebagai seorang sahabat. Sejujurnya, aku bukanlah sahabat yang baik. Banyak kekurangan yang ada pada diriku sehingga kadangkala aku berasa tidak layak untuk bergandingan dan menemanimu sepanjang kita bersama. Dari sehari ke sehari,waktu berlalu dengan pantas sehingga aku terasa baru mengenalimu semalam. Kadangkala aku berasa takut kau akan melupakanku dan sebaliknya. Tapi aku akan sentiasa mengingati dan memerhatimu walau kita berjauhan. Sejujurnya aku rasa bersyukur kerana Allah meminjamkan kau kepadaku, terasa tiap hari yang berlalu denganmu sungguh seronok. Aku tidak keruan tanpamu di sisi.
Di kesempatan ini,aku menyusun sepuluh jari memohon kemaafan darimu.Selama ini aku selalu menyusahkan kau walaupun kau selalu berkata tidak kisah. Tapi sebagai manusia yang dianugerahkan oleh Allah akan perasaan. Aku sentiasa ambil peduli akan perkara yang kau tidak kisah.
Sahabatku,sebenarnya banyak lagi yang inginku tintakan di sini,namun aku tidak mahu kau membaca novel.Jadi cukuplah sampai di sini. Cuma satu pintaku, selepas ini jika ditakdirkan kita berpisah, janganlah kau selalu berkata kau tidak kisah. Kalau benar kau tidak kisah,diamkan sahaja kerana aku risau orang akan mengambil kesempatan kepada kau. Mereka akan mendampingimu ketika susah sahaja dan tidak akan ada sekelumit perasaan pun terhadap dirimu. Aku tidak mahu orang lain mempergunakan kau. Kecuali aku kerana aku yakin akan diriku yang sentiasa menghargaimu.
Kumencari-cari teman yang sejati
Buat menemani perjuangan suci
Kepadamu Tuhan kupanjatkan doa
Agar berkekalan kasih sayang kita.
Tiap kali aku merinduinya dia hadir di depanku. Jika dia tidak ke sini mungkin dia akan membuat panggilan telefon kepadaku. Rasa rindu ini bukan hanya diriku kepada dia, namun rasa rindu ini adalah rasa rindu kami yang sehaluan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan